Archive for 2013

Makan nasi minyak lagi......


posted by Unknown

2 comments

As salam....Haii...haii...haii..

Bila masuk hujung tahun, jemputan perkahwinan memang banyak diterima. Ramai yang pilih untuk melangsungkan hari bahagia mereka pada musim cuti sekolah.

2 minggu yang lalu saya pulang ke kuantan untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan saya.

Pada 16 November 2013 (sabtu),saya menghadiri majlis persandingan kawan sekolah lama saya iaitu ain di kampung peramu kuantan berdekatan juga dengan rumah saya.

Dalam pukul 12.30 tengahari saya ditemani mama saya ke rumah pengantin. Sementara menunggu kawanII yang lain tiba..saya bersama mama menjamu selera terlebih dahulu.

Dah siap makan...apa lagi, acara bertemu dengan pengantin dilaksanakan la untuk berfotogedik. :)

Guestbook area :)



Ok...snap..snap...& snap...
 
 
Terima kasih yea ain atas jemputan dihari bahagiamu :)

 
 
P/s: Semoga Berbahagia hingga ke Jannah buat Ain & Aiman.
 
sambungan...

Pada keesokkan harinya, 17 November(Ahad) saya menghadiri lagi 2 majlis perkahwinan kawan saya.

Satu diadakan di dewan KIPSAS, Kuantan.

Bergambar dengan pengantin- Ekin & Hakim.


P/s:  Selamat menjalani kehidupan yang baru bersama suami tersayang yea ekin :)


Pada hari yang sama, saya ke majlis mashita & Fendi pula.

Bergambar bersama pengantin baru yang tinggi lampai


P/s: Selamat Pengantin Baru mashita dan cepatII dapat baby yang comelII yea :)

Itu sahaja coretan saya buat kali ini.. :)
 
 
 

 


Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda


posted by Unknown

6 comments

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat.
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan.


Jom dapatkannya sekarang...



Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

Hari Istimewa....Tahniah!!


posted by Unknown

4 comments

Hallooo....haloo...

Alamakkkk...sudah berhabuk blog ni..Da lama tak updatekan entri. Maklumla..agak sibuk dengan kekangan kerja untuk mencari rezeki..

Hari ini free sikit..so, saya nak ceritakan aktiviti saya pada minggu lepas. Akhirnya hari istimewa buat housemate saya berlangsung jugak pada 2 Nov 2013 yang lalu..Mereka telah diijabkabulkan pada tepat 11pagi di Tropical Inn Hotel, Johor Bahru.

Jadi, pada hari jumaat malam saya bertolak ke JB kerana pagi sabtu majlis pernikahan akan berlangsung. Saya menjadi salah seorang gadis dulang.

Jom lihat beberapa gambar ketika majlis pernikahan azryck & erni...

 
Bridemaids 
 
Groom & Bride with Bridemaids
 
Debaran pengantin sebelum diijabkabul :)


 Gambar fotogedik saya buat tatapan anda :p

 
Pada malamnya pula tepat pukul 8.30malam majlis bersandingan pula berlangsung.
 
 
Sama pulak warna baju dengan pengantin...hehehee
 

Yeahhh..fotogedik lagi...Kenyang sudah :D

 
 

p/s : Buat pengantin baru azryck & erni. Semoga korang berbahagia hingga ke jannah dan dikurniakan cahayamata yang comelII :)

Pak Mat STRESS!!


posted by Unknown

19 comments

Hallo...hallo..hallo....

Kisah Pak Mat pemandu teksi :

Pak Mat pemandu teksi menaikkan seorang gadis cantik di tengah jalan, tibaII gadis itu pengsan di dalam kereta dan Pak Mat menghantarnya ke Hospital.

Pak Mat sedikit Stress!


Sampai di Hospital doktor mengatakan bahawa gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada Pak Mat. Pak Mat mengatakan bahawa dia bukan ayah dari bayi itu, tapi gadis itu mengatakan bahawa Pak Matlah ayah bayi itu.

Pak Mat bertambah Stress!!

Pak Mat meminta test DNA untuk membuktikan bahawa dia ayah bayi itu atau bukan. Pak Mat pun ditahan sementara menunggu hasil ujian.

Pak Mat semakin Stress!!!
 
 
Setelah ujian selesai doktor mengatakan bahawa Pak Mat mandul sejak dari lahir. Pak Mat pun kemudian dibenarkan pulang.
 



Ketika dalam perjalanan pulang, dia memikirkan 3 anaknya di rumah.

SEKARANG PAK MAT BENAR2 STRESS!!!! SIAPA BAPAK ANAK2NYA??


p/s: Siapakah yang patut dipersalahkan? Seorang remaja perempuan atau seorang yang bergelar isteri...heheheheee

Rintihan individu yang ingin berubah


posted by Unknown

9 comments

Haiii...haii..Haii

Situasi sedih...

"Sejak saya bertudung, ayah kerap menampar saya...
Mak saya asyik menangis.....
saudara mara saya menjauhkan diri dari saya...
rakanII saya asyik persendakan saya..."

Salah ke apa yang saya buat ni??? Salah ke saya berubah.....?


Luahan beliau pada kaunselor telah menyebabkan beliau juga menerima satu tendangan tepat kat mukanya, lalu kaunselor tu pun sound kat dia :

"Mu jate la benggong!!!!! "

p/s: hahahahahaa..macam ni pun ada...

Segmen - Saya Mahu Ditegur


posted by Unknown

30 comments

Haiiii..haii..haii..


 
Rasanya masih belum terlambat untuk saya join segmen ini. Sebenarnya rasa agak gementar jugak bila nak join segmen ini kerana saya masih baru sangat dalam dunia blogger ini.
 
Namun, tetap kuatkan hati dan yakinkan diri untuk join segmen dari blogger yang lebih senior dan lebih berpengalaman ini. Ini kerana tanpa teguran sesama kita, sukar untuk diri sendiri tahu kelemahan dan kekuatan kita.


Jadi, saya akan menerima segala teguran anda dan cuba memperbaiki dalam kekurangan yang ada pada blog saya ini. Selamat Maju Jaya buat semua :)

Dulu vs Sekarang


posted by Unknown

32 comments

Haiii..haiii...haii...

Zaman dulu..org tua cakap letak surah yassin bawah bantal tidur..



Zaman  sekarang... kebanyakkan letak fon bawah bantal tidur...

p/s: Sejenis penyakit yang sukar diubati..

Diupah untuk menghasilkan logo baru


posted by Unknown

24 comments

Haii..haii...hai...

Minggu lalu , saya telah diupah untuk menghasilkan logo untuk sebuah syarikat. Asalnya syarikat ini telah ada logo sendiri. Namun, syarikat ini mahu memperbaharui logo yang sedia ada.(re-branding).

Syarikat ini menyediakan perkhidmatan seperti merekabentuk (design) pamplet, banner,kad perniagaan, poster dan sebagainya. Selain itu, juga menyediakan perkhidmatan editing video (video montaj,video korporat) dan rakaman video.

Jadi saya pun mula mencari idea dan menghasilkan logo. Hasilnya tak la sebaik dan sebagus mana. Namun, saya cuba membuat yang terbaik mengikut kehendak client saya.


Ini, adalah logo asal syarikat tersebut.


Saya telah menghasilkan 3 jenis bentuk logo & client saya telah memilih no 1 dan berpuas hati dengan hasil yang saya berikan.


Itu sahaja entri saya pada hari ini... :)

Segmen Giveaway fizizaidi With Blogger Awesome!"


posted by Unknown

22 comments

Selamat bersegmen korang yang sudi menyertai segmen GA yang tidak seberapa ini dan kepada stalker O< jemput join GA ini juga^^..jangan segan-segan..kita berkenal kenalan selain dapat mengikat ukwah sesama blogger.. pepatah ada berbunyi tak kenal maka tak cinta.

Segmen ini available on a month dan fizi mencari pemenang bagi 4 kategori hadiah iaitu 3 helai Jersey dengan tempekkan nama korang pada Jersey..tempek pun bolee, peluang untuk memiliki Simcard TuneTalk yang bernilai Rm35 , 2+ pemenang Top-up untuk hubungan telekomunikasi yang lebih lama dengan orang tersayang dan 2 pemenang bertuah bakal di review oleh BLOG AKU PENGHIBUR tak minat ke blog di review oleh blogger terkenal lagi mesra? rugi woo tak join

 Hanya 5 langkah mudah diperlukan :
 
  1. Follow blog FIZIZAIDI KARYAKU, AKU PENGHIBUR, BLOG MADAH CINTA &  PHEONIXCHARLOTTE  Add To Circle Google+ FIZIZAIDI, AKU PENGHIBUR & BLOG MADAH CINTA.
  2. klik iklan  iklan nuffnang pada blog PHEONIXCHARLOTTE tunggu sampai habis loding ye kekawan.
  3. Buat entri bertajuk "Segmen Giveaway fizizaidi With Blogger Awesome!"
  4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.


Segmen ini akan tamat pada 19/09/2013 |12:00 malam dan pemilihan pemenang bakal di dipilih oleh Brother Random.org sendiri dan Senarai pemenang akan diberitahu pada 22/09/2013
 

Apa tunggu lagi, jom meriahkan segmen ini^^

Nikmatilah apa yang anda miliki saat ini


posted by Unknown

6 comments

Haii..Haii..haii...

Seorang pelaut terumbang-ambing di Lautan Teduh selama 21 hari. Ketika di selamatkan, dia ditanya oleh orang ramai tentang pengajaran terbesar yang dia dapat daripada peristiwa itu.


Katanya: " Pengajaran terbesar yang dapat aku ambil daripada pengalaman ini adalah : Jika anda masih memiliki air yang bersih dan makanan yang cukup, tidak perlu bersedih."

Seseorang mengatakan : "Kehidupan hanyalah sesuap nasi dan seteguk air. Adapun selebihnya adalah suatu kelebihan yang tidak terlalu diperlukan. hurmm..betul ke??

p/s : Kegembiraan dan keriangan adalah makanan jiwa yang amat bermanfaat.


Berkelah di Air Terjun Sungai Pandan, Kuantan


posted by Unknown

9 comments

As salam..Hai...haii..haii..

Kesinambungan untuk entri sebelum ini..klik disini.. Destinasi berkelah di Air terjun Sungai Pandan (Pandan Waterfall) atau lebih dikenali Air Terjun Panching.

Dalam pukul 2 petang, kami mula berasa lapar dan kami meneruskan perjalanan kami untuk berkelah di air terjun. Selepas 40minit kemudian akhirnya kami sampai jugak ke destinasi utama rancangan kami sebelum ini..

Sampai di sana, bayaran RM2.00 setiap seorang dikenakan untuk sekali masuk.


Selepas membuat pembayaran. Kami mencari parking dan mengeluarkan barangII perkelahan seperti tikar, makanan dan pakaian mandi dan terus berjalan menghala ke kawasan air terjun.

Disini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya, tempat letak kenderaan, gerai makanan, tandas, surau, padang, tapak perkhemahan, pondokII rehat, kolamII mandian, serta sebuah jambatan gantung menghadap air terjun.



Kami berhenti sekejap untuk salin pakaian dan setelah siap kami mula mendaki keatas untuk mencari port perhentian kami.

 
 
Setelah jumpa tempat yang sesuai tanpa melengahkan masa, kami hamparkan tikar dan terus hidangkan lauk yang telah siap dimasak dari rumah dan kami pun mula makan.
 
Selesai makan, kami pun turun untuk mandi dan merasakan kesejukan air terjun. Sangat best dan menyeronokkan.
 
Nampaknya kawanII saya seronok betul mandi air terjun...Bertambah seronok lagi mereka apabila saya jadi photographer mereka..huhuhuu..
 
 
Ok..giliran mereka pula untuk mengambil gambar saya.. :)
 
 
Pada pukul 5petang kami mula mengemas untuk pulang. Inilah aktiviti saya pada hari raya yang ke-5 bersama kawanII..hehehee 
 
 
 
 
 
 

BerjalanII di Muzium Sungai Lembing


posted by Unknown

13 comments

Haluuuu...Hai..hai..haii..

Pada raya ke-5, saya bersama kawanII sepermainan ketika kecil pada awalnya merancang untuk berkelah di pantai cherating seperti yang saya pernah bagitau dalam entri sebelum ini..klik sini :) 

Kami juga telah membahagikan tugas masingII untuk menyediakan makanan ketika berkelah. Lauk yang disediakan adalah nasi putih, tomyam campur, ayam goreng kunyit, cendawan goreng, agarII, air sirap dan juga pelbagai jenis makanan ringan.

Pada pukul 11.30 pagi kami mula bertolak. Semasa hendak bertolak kami merancang semula tempat perkelahan kami. Memandangkan kami bertolak agak lewat jadi kami batalkan niat kami untuk berkelah dipantai.

Jadi, kami mengambil keputusan untuk berkelah di pasir kubur, sungai lembing. Agak menakutkan nama tempat perkelahan ini kan?? huhuu..

Perjalanan dari Kuantan ke Sg lembing mengambil masa 1 jam. Sampai disana terdapat ramai juga familyII lain yang sedang berkelah dan ada yang sedang membakar ikan bakar. Ada juga yang sedang memasang khemah.

Memandangkan jam ketika itu sudah 12.30 tengahari & cuaca yang panas terik kami batalkan lagi niat kami untuk berkelah disitu. Kami merancang pula untuk berkelah di Air Terjun Sungai Pandan.

Semasa perjalanan kami menghala ke Air Terjun sungai Pandan. Kami merancang untuk singgah & melihat lombong biji timah yang telah dibuka untuk pengunjung. Kami pun meneruskan perjalanan kami ke Terowong Bijih Timah.

Sesampai disana,  dalam pukul 1.00 petang. Namun, tiada rezeki kami untuk melihat keadaan dalam terowong bijih timah yang mempunyai pelbagai artifak didalamnya kerana renovation sedang dilakukan.

 
Jadi kami merancang pula pergi ke Muzium Sungai Lembing. Ianya tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Muzium Sungai Lembing. Hanya perlu mendaftarkan nama sahaja.

Muzium ini mempamerkan episod-episod gemilang Sungai Lembing sebagai kawasan perlombongan bawah tanah yang terbesar di dunia.


Turut dipamerkan adalah artifak tinggalan perusahaan perlombongan bijih timah bawah tanah seperti alat pengerudi, pakaian dan topi keselamatan pelombong, rel dan gerabak keretapi, perabot dan peralatan yang digunakan pada masa itu.

 
 
Bangunan ini terletak diatas bukit disebelah timur menghala ke Sungai Kenau. Ia digunakan sebagai tempat kediaman bagi pengurus-pengurus besar Syarikat lombong bijih timah di Sungai Lembing.
 
 
Kami melihat dan membaca serba sedikit info bijih timah. Kami menghabiskan masa berada disitu sehinggalah pukul 2 petang. Itu sahajala serba sedikit yang saya tahu berkenaan dengan sejarah muzium ini...
 
Jom bergambar sebelum ke destinasi seterusnya...
 
 
 
Destinasi berkelah di Air Terjun Sungai Pandan akan disambung pada entri seterusnya..Tunggu yea :)
 
p/s: Seronok dapat melihat artifakII yang diperlihatkan dan dapat menambah pengetahuan tentang sejarah dahulu kala.









Bersantai di Teluk Cempedak di Malam raya ke-3


posted by Unknown

10 comments

Haloooo... Hallooo...

Pada hari raya ke-3 saya hanya duduk dirumah sambil menanti tetamu yang datang beraya.. Pada pukul 6 petang kawan sepermainan saya semasa kecil datang beraya.

BermacamII cerita yang kami ceritakan..memandangkan kami sudah lama tidak berjumpa.. Dari cerita zaman kecil hinggala dewasa. Saya berasa amat seronok dan gembira.

Kemudian selepas maghrib kami pergi pula beraya dirumah kawan saya lagi seorang yang tinggal berdekatan dengan rumah saya. Setelah beraya disitu, salah seorang dari kami mengajak beraya dirumah kawannya di area cenderawasih pula.

Semasa menaiki kereta kawan saya untuk beraya di cenderawasih. Kebetulan ada tudung yang tergantung didalam keretanya. Terasa nak pakai tudung juga ketika itu, memandangkan mereka semua memakai tudung. Saya pun pinjam tudung kawan saya....hehehe

Selepas sampai disana dan beraya disana dalam pukul 10 malam kami ingin pulang. Semasa perjalanan pulang, kami singgah pula ke Teluk Cempedak dan sambung berborak disana.

Dan kami juga berfotogedik bersamaII sebelum pulang.. :)

  
Ketika dalam perjalanan pulang kami merancang untuk berkelah di Cherating pada hari isnin raya ke-5 :)

p/s: Kawan sekampung dan sepermainan masa kecil adalah kawan yang paling best dan menyeronokkan :)



Selamat Hari Raya !!


posted by Unknown

14 comments

Haiii...haii..haii...

Selamat Hari Raya buat semua umat islam yang menyambut hari raya iaitu hari kemenangan bagi orang yang lulus mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. 

Bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan siang hari sepanjang Ramadan. Malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana kalau, buat batal puasa. 

Pada hari raya pertama, saya bangun awal pagi untuk mengikut bapa saya pergi sembahyang raya di Masjid yang berdekatan dengan rumah saya. 


Selesai sembahyang raya kami adik - beradik berkumpul untuk memohon ampun dan maaf dari kedua ibubapa kami. Dalam pukul 11 pagi, kami ke kedai gambar untuk shoot gambar studio family.


Kemudian kami terus pergi beraya di rumah saudara mara. Setiap rumah yang saya pergi saya akan makan & terus makan.. Memang kekenyangan dibuatnya.

Berikan Kasih Sayang Kita


posted by Unknown

12 comments

Haiii..haiii..Haii...

Penting bagi kita memberikan kasih sayang kita sesama makhluk. Ini kerana kekuatan kasih sayang itu mampu menaklukkan manusia yang keras, walaupun sekeras singa.

Pada suatu masa dahulu, terdapat kisah seekor singa yang hebat sampai ke setiap sudut dunia. 


Seorang lelaki berasa kagum dengan kisah itu sehingga beliau datang dari satu tempat yang jauh dan pergi ke hutan tempat singa itu tinggal. Perjalanannya mengambil masa setahun.

Beliau berjalan dari satu desa ke satu desa seterusnya sebelum sampai ke hutan itu dan melihat singa itu dari jauh, beliau terdiam dan tidak dapat mendekatinya.

Orang yang berada disitu bertanya kepadanya, "Adakah engkau datang dari jauh tanpa rasa cinta dan kasih sayang sama sekali kepada singa ini? Singa ini tidak melukai orang yang datang kepadanya dengan kasih sayang.

Namun apabila, orang yang datang melihatnya berasa takut ataupun cemas, ia menjadi marah. Singa ini pernah menyerang beberapa orang yang datang kepadanya dengan niat yang jahat."

p/s: Menunjukkan kasih sayang kepada orang yang lalai melalui teguran ataupun nasihat. Lakukan dengan kelembutan bukan dengan kekasaran. Memandang orang yang derhaka dengan mata yang jernih bukan dengan mata yang menghina..