Berikan Kasih Sayang Kita


posted by Unknown

12 comments

Haiii..haiii..Haii...

Penting bagi kita memberikan kasih sayang kita sesama makhluk. Ini kerana kekuatan kasih sayang itu mampu menaklukkan manusia yang keras, walaupun sekeras singa.

Pada suatu masa dahulu, terdapat kisah seekor singa yang hebat sampai ke setiap sudut dunia. 


Seorang lelaki berasa kagum dengan kisah itu sehingga beliau datang dari satu tempat yang jauh dan pergi ke hutan tempat singa itu tinggal. Perjalanannya mengambil masa setahun.

Beliau berjalan dari satu desa ke satu desa seterusnya sebelum sampai ke hutan itu dan melihat singa itu dari jauh, beliau terdiam dan tidak dapat mendekatinya.

Orang yang berada disitu bertanya kepadanya, "Adakah engkau datang dari jauh tanpa rasa cinta dan kasih sayang sama sekali kepada singa ini? Singa ini tidak melukai orang yang datang kepadanya dengan kasih sayang.

Namun apabila, orang yang datang melihatnya berasa takut ataupun cemas, ia menjadi marah. Singa ini pernah menyerang beberapa orang yang datang kepadanya dengan niat yang jahat."

p/s: Menunjukkan kasih sayang kepada orang yang lalai melalui teguran ataupun nasihat. Lakukan dengan kelembutan bukan dengan kekasaran. Memandang orang yang derhaka dengan mata yang jernih bukan dengan mata yang menghina..

12 comments

Leave a Reply