BerjalanII di Muzium Sungai Lembing


posted by fiza saiza

13 comments

Haluuuu...Hai..hai..haii..

Pada raya ke-5, saya bersama kawanII sepermainan ketika kecil pada awalnya merancang untuk berkelah di pantai cherating seperti yang saya pernah bagitau dalam entri sebelum ini..klik sini :) 

Kami juga telah membahagikan tugas masingII untuk menyediakan makanan ketika berkelah. Lauk yang disediakan adalah nasi putih, tomyam campur, ayam goreng kunyit, cendawan goreng, agarII, air sirap dan juga pelbagai jenis makanan ringan.

Pada pukul 11.30 pagi kami mula bertolak. Semasa hendak bertolak kami merancang semula tempat perkelahan kami. Memandangkan kami bertolak agak lewat jadi kami batalkan niat kami untuk berkelah dipantai.

Jadi, kami mengambil keputusan untuk berkelah di pasir kubur, sungai lembing. Agak menakutkan nama tempat perkelahan ini kan?? huhuu..

Perjalanan dari Kuantan ke Sg lembing mengambil masa 1 jam. Sampai disana terdapat ramai juga familyII lain yang sedang berkelah dan ada yang sedang membakar ikan bakar. Ada juga yang sedang memasang khemah.

Memandangkan jam ketika itu sudah 12.30 tengahari & cuaca yang panas terik kami batalkan lagi niat kami untuk berkelah disitu. Kami merancang pula untuk berkelah di Air Terjun Sungai Pandan.

Semasa perjalanan kami menghala ke Air Terjun sungai Pandan. Kami merancang untuk singgah & melihat lombong biji timah yang telah dibuka untuk pengunjung. Kami pun meneruskan perjalanan kami ke Terowong Bijih Timah.

Sesampai disana,  dalam pukul 1.00 petang. Namun, tiada rezeki kami untuk melihat keadaan dalam terowong bijih timah yang mempunyai pelbagai artifak didalamnya kerana renovation sedang dilakukan.

 
Jadi kami merancang pula pergi ke Muzium Sungai Lembing. Ianya tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Muzium Sungai Lembing. Hanya perlu mendaftarkan nama sahaja.

Muzium ini mempamerkan episod-episod gemilang Sungai Lembing sebagai kawasan perlombongan bawah tanah yang terbesar di dunia.


Turut dipamerkan adalah artifak tinggalan perusahaan perlombongan bijih timah bawah tanah seperti alat pengerudi, pakaian dan topi keselamatan pelombong, rel dan gerabak keretapi, perabot dan peralatan yang digunakan pada masa itu.

 
 
Bangunan ini terletak diatas bukit disebelah timur menghala ke Sungai Kenau. Ia digunakan sebagai tempat kediaman bagi pengurus-pengurus besar Syarikat lombong bijih timah di Sungai Lembing.
 
 
Kami melihat dan membaca serba sedikit info bijih timah. Kami menghabiskan masa berada disitu sehinggalah pukul 2 petang. Itu sahajala serba sedikit yang saya tahu berkenaan dengan sejarah muzium ini...
 
Jom bergambar sebelum ke destinasi seterusnya...
 
 
 
Destinasi berkelah di Air Terjun Sungai Pandan akan disambung pada entri seterusnya..Tunggu yea :)
 
p/s: Seronok dapat melihat artifakII yang diperlihatkan dan dapat menambah pengetahuan tentang sejarah dahulu kala.









13 comments

Leave a Reply