Haiii..haii..haiii,
Sebenarnya terdapat banyak penderitaan yang terjadi dan berapa ramai pula yang sanggup bersabar menghadapinya. Dengan itu, kita bukanla satuIInya orang yang ditimpa kesusahan.
Mungkin penderitaan atau bencana yang menimpa kita tidakla seberapa berbanding dengan bencana orang lain.
Berapa ramai manusia di dunia ini yang terbaring sakit di atas katil selama bertahunII lamanya dan mereka hanya mampu merintih kesakitan dan menjerit menahan penderitaan.
Berapa ramai orang yang dipenjara selama bertahunII tanpa dapat melihat cahaya matahari walaupun sekali dan mereka ini hanya mengenal jerijiII selnya sahaja.
Berapa ramai orang tua yang kehilangan permata hatinya pada saat masih muda , masa yang seharusnya dihiasi dengan kesenangan. Berapa ramai manusia di dunia ini yang menderita, mendapat ujian dan cubaan, belum lagi pada mereka yang setiap saat menahan kesempitan hidup!
Apabila perbandingan dibuat, kita akan sedar yang keadaan kita lebih baik jika dibandingkan dengan mereka. Malah kita akan merasakan penderitaan kita hanyalah sebahagian daripada duriII kecil yang tiada ertinya.
ye..kena bersyukur dengan ape yang kita miliki
betul..orang lain lebih besar dugaannya berbanding kita...
alhamdulillah.... bersyukurlah kita...
Amin...sangat2 bersyukur :)
Alhamdulillah, syukur dengan kehidupan sekarang, kat luar sana ramai lagi yang sengsara,