Jangan Derhaka kepada Ibu Bapa


posted by fiza saiza

6 comments

Haiii...haaii..haiii,

Kedudukan ibu bapa bagi seseorang itu adalah di antara orang yang termulia dan diwajibkan supaya memulia dan menghormatinya.

hug mom

Kedudukan mereka telah diletakkan pada taraf yang tinggi juga. Seseorang yang cuma bersyukur kepada-Nya tanpa diiringi bersyukur kepada kedua ibubapa, kesyukurannya ditolak.

Janganlah kita mengaibkan ibubapa kita di khalayak ramai. Walaupun, kadangkala pendapat kita berbeza dengan kedua ibubapa, tapi perlu ingat..tanpa mereka tiadala kita didunia ini.

Renungan untuk kita bersama :)

"Keredaan Allah terletak kepada kedua ibubapa dan kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan ibubapa"

6 comments

Leave a Reply