Kita lebih beruntung daripada orang lain.


posted by fiza saiza

5 comments

Haiii..haii..haiii,

Sebenarnya terdapat banyak penderitaan yang terjadi dan berapa ramai pula yang sanggup bersabar menghadapinya. Dengan itu, kita bukanla satuIInya orang yang ditimpa kesusahan.

Mungkin penderitaan atau bencana yang menimpa kita tidakla seberapa berbanding dengan bencana orang lain.

terbaring kesakitan

Berapa ramai manusia di dunia ini yang terbaring sakit di atas katil selama bertahunII lamanya dan mereka hanya mampu merintih kesakitan dan menjerit menahan penderitaan.
disebalik jeriji sel

Berapa ramai orang yang dipenjara selama bertahunII tanpa dapat melihat cahaya matahari walaupun sekali dan mereka ini hanya mengenal jerijiII selnya sahaja.

Berapa ramai orang tua yang kehilangan permata hatinya pada saat masih muda , masa yang seharusnya dihiasi dengan kesenangan. Berapa ramai manusia di dunia ini yang menderita, mendapat ujian dan cubaan, belum lagi pada mereka yang setiap saat menahan kesempitan hidup!

Apabila perbandingan dibuat, kita akan sedar yang keadaan kita lebih baik jika dibandingkan dengan mereka. Malah kita akan merasakan penderitaan kita hanyalah sebahagian daripada duriII kecil yang tiada ertinya.

5 comments

Leave a Reply