As salam semua,
Kebiasaan emosi dan perasaan seseorang akan bergolak disebabkan 2 perkara iaitu kegembiraan yang memuncak dan musibah yang berat. Emosi yang tidak terkawal hanya akan meletihkan, menyakitkan dan meresahkan diri sendiri sahaja.
Jika mampu menguasai perasaan dalam setiap peristiwa, samaada yang memilukan atau mengembirakan pasti akan memperolehi kebahagiaan yang tenang kelak. hurmm...agakII betul ke??
Contoh hal kemarahan : kemarahanya akan meluap dan sukar dikendalikan membuatkan seluruh tubuh gementar, mudah memaki sesiapa sahaja, dan cenderung mengikut nafsunya.
Contoh hal kegembiraan : Andai mengalami kegembiraan, pasti kegembiraan itu dinikmati secara berlebihan, menjadikan lupa diri dan tidak ingat lagi siapa dirinya.
Namun apabila menyukai orang lain, kekurangan orang itu akan segera dilupakan, bahkan orang itu akan terus dipujadan sanjung setinggi-tingginya seolahII tiada cacat celanya.
Peringatan bersama : Aku memohon kepadaMu (ya Allah) agar aku selalu boleh bersikap sederhana, baik ketika marah ataupun senang.
kadang2 kita tak sedar dgn apa yg kita buat...marah dan gembira dtg tiba2 sampai lupa diri...tapi itulah pengalaman...tanpa pengalaman tak lengkap hidup ni...yang penting bersederhana dlm kehidupan dan selalu ingat padaNya :)
betul....setuju sangat...
a'ah betul tu bila dah suka kat seseorang semua yg ada kat orang tu baik2 aje takde yg buruk akan terperasan hahaha.
tau xpe..memang selalu jadi macam ni kan...heheee