Kendalikan perasaan anda :)


posted by fiza saiza

4 comments

As salam semua,

Kebiasaan emosi dan perasaan seseorang akan bergolak disebabkan 2 perkara iaitu kegembiraan yang memuncak dan musibah yang beratEmosi yang tidak terkawal hanya akan meletihkan, menyakitkan dan meresahkan diri sendiri sahaja. 

Jika mampu menguasai perasaan dalam setiap peristiwa, samaada yang memilukan atau mengembirakan pasti akan memperolehi kebahagiaan yang tenang kelak. hurmm...agakII betul ke??

Contoh hal kemarahan : kemarahanya akan meluap dan sukar dikendalikan membuatkan seluruh tubuh gementar, mudah memaki sesiapa sahaja, dan cenderung mengikut nafsunya.

Contoh hal kegembiraan : Andai mengalami kegembiraan, pasti kegembiraan itu dinikmati secara berlebihan, menjadikan lupa diri dan tidak ingat lagi siapa dirinya.


Inilah manusia...ketika sedang bermusuh dengan seseorang, cenderung mengherdik dan mencelanya lebih daripada segalanya sehinggakan melupakan seluruh kebaikan orang yang tidak disukai itu begitu sahaja.



Namun apabila menyukai orang lain, kekurangan orang itu akan segera dilupakan, bahkan orang itu akan terus dipujadan sanjung setinggi-tingginya seolahII tiada cacat celanya.

Peringatan bersama : Aku memohon kepadaMu (ya Allah) agar aku selalu boleh bersikap sederhana, baik ketika marah ataupun senang.

4 comments

Leave a Reply