As salam semua,
Hampir seminggu saya tidak update blog saya kerana terpaksa balik ke kampung untuk melihat ibu saudara saya yang sakit dan telah di masukkan di wad ICU di HTAA, kuantan.
Coretan saya pada hari ini berkenaan..
Kehadiran peluh bukanlah sesuatu yang buruk kerana ia adalah proses perkumuhan semula jadi tubuh. Pada masa sama perlu juga berhati-hati dengan kesihatan kaki terutama bagi yang menghadapi masalah peluh kaki berlebihan.
Namun, ia kurang menyenangkan apabila peluh keluar berlebihan atau disebut hyperhidrosis. Kaki
berpeluh boleh berlaku pada semua orang dan menimbulkan masalah fungus
atau kulat serta bakteria penyebab bau yang kurang enak. Kebiasaannya kulat pada kaki akan muncul di celah-celah jari dan telapak kaki.
Ia
biasanya berlaku pada mereka yang memakai kasut tertutup dalam jangka
masa lama (lebih empat jam), lebih-lebih lagi di iklim tropika yang
mudah menyebabkan seseorang itu berpeluh.Ketika saya didalam bas untuk pulang ke kampung isnin lalu. TibaII saya ada terbau sesuatu yang kurang menyenangkan. Tapi, saya buat tak tau sahaja. Namun, makin lama makin kuat baunya.
Saya cuba mencari bau yang tidak menyenangkan itu dari arah mana. Dan, akhirnya mata saya tertumpu kepada penumpang yang duduk di belakang seat saya bersama ibunya...
RupanyaII dia la punca bau yang kurang enak kerana dia membuka kasutnya dan membiarkan kakinya yang berpeluh dan berbau itu melular ke arah hidung saya..Arrghhh...bau busuk betol.. Agak menghairankan jugak, takkan auntie tak terhidu bau kaki anaknya.. sabar je la..
Saya buat macamII cara untuk mengurangkan bau yang tidak menyenangkan itu daripada menghampiri lubang hidung saya.
Percubaan per-1 :
Menutup air-cond di tempat duduk saya. Tapi, malangnya tidak berhasil, makin berbau jugak.
Percubaan ke-2 :
BuatII tidur. Tidak berhasil jugak.
Percubaan ke-3 :
Saya asyik memandang muka penumpang tersebut dengan membuat memek muka seperti dibawah agar dia perasan. Tidak berhasil lagi....
Percubaan ke-4 :
Saya semburkan perfume di tempat duduk saya. Hilang jugak sekejap baunya, tetapi tak lama kemudian kakinya berbau lebih kuat :'(
Dan Percubaan terakhir saya adalah saya ingin berterus terang sahaja. Bayangkan takkan selama 3 jam 1/2 saya kena tahan bau yang kurang menyenangkan itu. Saya tidak sanggup!! Tidakkkk Sanggup!! Berterus terang adalah lebih baik.
Saya pun bercakap dengan auntie itu secara slow talk. Nasib baik auntie tuh memahami dan meminta anaknya memakai kasut semula. Tak lama kemudian bau yang tidak menyenangkan itu hilang.. Yeahh!!!! berhasil akhirnya!! :)
Wahh!! saya sudah bebas!! bebas dari cengkaman bau yang kurang enak itu.
Yang kelakarnya tak lama kemudian saya terbau perfume yang wangi.. Mungkin mereka sembur perfume kot..hehee
P/s : Sebaiknya lap dan keringkan kaki bila mula rasa kurang enak kerana terasa lembap akibat peluh.
HAHAHAHAHAa nasib baik die pakai kasut semula. kalau x, bukan akak je pengsan tapi dengan driver2 bas tuh pun pengsan haha.
hahaa..tau xpe..xsampai ke kampung la kami semua gara2 dia sorang..hahaa
kdang2 nak berterus terang agak pyah. tp klau orang tu memahami baguslahh kan :)
betul2...memang susah nak berterus terang sebenarnya tapi kena jugak berterus terang daripada diri sendiri terseksa.. :D
woh! u berani sgt
bagi i mesti tahan sampai kampung...x berani nak terus terang la XD
Hahaha..actually tak berani jugak..
tapi, tak dapat nak tahan..so, kena buat berani jugak..
hehehee :)
cayalah....mmg berani mati punye owg nie...
Da terdesak awak..tak sanggup nak tahan..hehee
tabik spring dkt sis sbb brni slow talk .. huhu
hehehe...terpaksa berani jugak untuk slow talk @Fynaz Shamz.. hehehe :)