Kaki Berbau!! Oh Tidakk!!!


posted by fiza saiza

10 comments

As salam semua,

Hampir seminggu saya tidak update blog saya kerana terpaksa balik ke kampung untuk melihat ibu saudara saya yang sakit dan telah di masukkan di wad ICU di HTAA, kuantan. 

Coretan saya pada hari ini berkenaan..

 
Kehadiran peluh bukanlah sesuatu yang buruk kerana ia adalah proses perkumuhan semula jadi tubuh. Pada masa sama perlu juga berhati-hati dengan kesihatan kaki terutama bagi yang menghadapi masalah peluh kaki berlebihan.
Namun, ia kurang menyenangkan apabila peluh keluar berlebihan atau disebut hyperhidrosis. Kaki berpeluh boleh berlaku pada semua orang dan menimbulkan masalah fungus atau kulat serta bakteria penyebab bau yang kurang enak. Kebiasaannya kulat pada kaki akan muncul di celah-celah jari dan telapak kaki.
Ia biasanya berlaku pada mereka yang memakai kasut tertutup dalam jangka masa lama (lebih empat jam), lebih-lebih lagi di iklim tropika yang mudah menyebabkan seseorang itu berpeluh.

Ketika saya didalam bas untuk pulang ke kampung isnin lalu. TibaII saya ada terbau sesuatu yang kurang menyenangkan. Tapi, saya buat tak tau sahaja. Namun, makin lama makin kuat baunya.

Saya cuba mencari bau yang tidak menyenangkan itu dari arah mana. Dan, akhirnya mata saya tertumpu kepada penumpang yang duduk di belakang seat saya bersama ibunya...

RupanyaII dia la punca bau yang kurang enak kerana dia membuka kasutnya dan membiarkan kakinya yang berpeluh dan berbau itu melular ke arah hidung saya..Arrghhh...bau busuk betol.. Agak menghairankan jugak, takkan auntie tak terhidu bau kaki anaknya.. sabar je la..

Saya buat macamII cara untuk mengurangkan bau yang tidak menyenangkan itu daripada menghampiri lubang hidung saya.

Percubaan per-1 :
Menutup air-cond di tempat duduk saya. Tapi, malangnya tidak berhasil, makin berbau jugak.


Percubaan ke-2 :
BuatII tidur. Tidak berhasil jugak.
  
Percubaan ke-3 :
Saya asyik memandang muka penumpang tersebut dengan membuat memek muka seperti dibawah agar dia perasan. Tidak berhasil lagi....
Percubaan ke-4 :
Saya semburkan perfume di tempat duduk saya. Hilang jugak sekejap baunya, tetapi tak lama kemudian kakinya berbau lebih kuat :'(
 
Dan Percubaan terakhir saya adalah saya ingin berterus terang sahaja. Bayangkan takkan selama 3 jam 1/2 saya kena tahan bau yang kurang menyenangkan itu. Saya tidak sanggup!! Tidakkkk Sanggup!! Berterus terang adalah lebih baik. 

Saya pun bercakap dengan auntie itu secara slow talk. Nasib baik auntie tuh memahami dan meminta anaknya memakai kasut semula. Tak lama kemudian bau yang tidak menyenangkan itu hilang.. Yeahh!!!! berhasil akhirnya!! :)

Wahh!! saya sudah bebas!! bebas dari cengkaman bau yang kurang enak itu.
Yang kelakarnya tak lama kemudian saya terbau perfume yang wangi.. Mungkin mereka sembur perfume kot..hehee

P/s : Sebaiknya lap dan keringkan kaki bila mula rasa kurang enak kerana terasa lembap akibat peluh.
 
 

 

10 comments

Leave a Reply