Archive for August 2013

Diupah untuk menghasilkan logo baru


posted by Unknown

24 comments

Haii..haii...hai...

Minggu lalu , saya telah diupah untuk menghasilkan logo untuk sebuah syarikat. Asalnya syarikat ini telah ada logo sendiri. Namun, syarikat ini mahu memperbaharui logo yang sedia ada.(re-branding).

Syarikat ini menyediakan perkhidmatan seperti merekabentuk (design) pamplet, banner,kad perniagaan, poster dan sebagainya. Selain itu, juga menyediakan perkhidmatan editing video (video montaj,video korporat) dan rakaman video.

Jadi saya pun mula mencari idea dan menghasilkan logo. Hasilnya tak la sebaik dan sebagus mana. Namun, saya cuba membuat yang terbaik mengikut kehendak client saya.


Ini, adalah logo asal syarikat tersebut.


Saya telah menghasilkan 3 jenis bentuk logo & client saya telah memilih no 1 dan berpuas hati dengan hasil yang saya berikan.


Itu sahaja entri saya pada hari ini... :)

Segmen Giveaway fizizaidi With Blogger Awesome!"


posted by Unknown

22 comments

Selamat bersegmen korang yang sudi menyertai segmen GA yang tidak seberapa ini dan kepada stalker O< jemput join GA ini juga^^..jangan segan-segan..kita berkenal kenalan selain dapat mengikat ukwah sesama blogger.. pepatah ada berbunyi tak kenal maka tak cinta.

Segmen ini available on a month dan fizi mencari pemenang bagi 4 kategori hadiah iaitu 3 helai Jersey dengan tempekkan nama korang pada Jersey..tempek pun bolee, peluang untuk memiliki Simcard TuneTalk yang bernilai Rm35 , 2+ pemenang Top-up untuk hubungan telekomunikasi yang lebih lama dengan orang tersayang dan 2 pemenang bertuah bakal di review oleh BLOG AKU PENGHIBUR tak minat ke blog di review oleh blogger terkenal lagi mesra? rugi woo tak join

 Hanya 5 langkah mudah diperlukan :
 
  1. Follow blog FIZIZAIDI KARYAKU, AKU PENGHIBUR, BLOG MADAH CINTA &  PHEONIXCHARLOTTE  Add To Circle Google+ FIZIZAIDI, AKU PENGHIBUR & BLOG MADAH CINTA.
  2. klik iklan  iklan nuffnang pada blog PHEONIXCHARLOTTE tunggu sampai habis loding ye kekawan.
  3. Buat entri bertajuk "Segmen Giveaway fizizaidi With Blogger Awesome!"
  4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.


Segmen ini akan tamat pada 19/09/2013 |12:00 malam dan pemilihan pemenang bakal di dipilih oleh Brother Random.org sendiri dan Senarai pemenang akan diberitahu pada 22/09/2013
 

Apa tunggu lagi, jom meriahkan segmen ini^^

Nikmatilah apa yang anda miliki saat ini


posted by Unknown

6 comments

Haii..Haii..haii...

Seorang pelaut terumbang-ambing di Lautan Teduh selama 21 hari. Ketika di selamatkan, dia ditanya oleh orang ramai tentang pengajaran terbesar yang dia dapat daripada peristiwa itu.


Katanya: " Pengajaran terbesar yang dapat aku ambil daripada pengalaman ini adalah : Jika anda masih memiliki air yang bersih dan makanan yang cukup, tidak perlu bersedih."

Seseorang mengatakan : "Kehidupan hanyalah sesuap nasi dan seteguk air. Adapun selebihnya adalah suatu kelebihan yang tidak terlalu diperlukan. hurmm..betul ke??

p/s : Kegembiraan dan keriangan adalah makanan jiwa yang amat bermanfaat.


Berkelah di Air Terjun Sungai Pandan, Kuantan


posted by Unknown

9 comments

As salam..Hai...haii..haii..

Kesinambungan untuk entri sebelum ini..klik disini.. Destinasi berkelah di Air terjun Sungai Pandan (Pandan Waterfall) atau lebih dikenali Air Terjun Panching.

Dalam pukul 2 petang, kami mula berasa lapar dan kami meneruskan perjalanan kami untuk berkelah di air terjun. Selepas 40minit kemudian akhirnya kami sampai jugak ke destinasi utama rancangan kami sebelum ini..

Sampai di sana, bayaran RM2.00 setiap seorang dikenakan untuk sekali masuk.


Selepas membuat pembayaran. Kami mencari parking dan mengeluarkan barangII perkelahan seperti tikar, makanan dan pakaian mandi dan terus berjalan menghala ke kawasan air terjun.

Disini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya, tempat letak kenderaan, gerai makanan, tandas, surau, padang, tapak perkhemahan, pondokII rehat, kolamII mandian, serta sebuah jambatan gantung menghadap air terjun.



Kami berhenti sekejap untuk salin pakaian dan setelah siap kami mula mendaki keatas untuk mencari port perhentian kami.

 
 
Setelah jumpa tempat yang sesuai tanpa melengahkan masa, kami hamparkan tikar dan terus hidangkan lauk yang telah siap dimasak dari rumah dan kami pun mula makan.
 
Selesai makan, kami pun turun untuk mandi dan merasakan kesejukan air terjun. Sangat best dan menyeronokkan.
 
Nampaknya kawanII saya seronok betul mandi air terjun...Bertambah seronok lagi mereka apabila saya jadi photographer mereka..huhuhuu..
 
 
Ok..giliran mereka pula untuk mengambil gambar saya.. :)
 
 
Pada pukul 5petang kami mula mengemas untuk pulang. Inilah aktiviti saya pada hari raya yang ke-5 bersama kawanII..hehehee 
 
 
 
 
 
 

BerjalanII di Muzium Sungai Lembing


posted by Unknown

13 comments

Haluuuu...Hai..hai..haii..

Pada raya ke-5, saya bersama kawanII sepermainan ketika kecil pada awalnya merancang untuk berkelah di pantai cherating seperti yang saya pernah bagitau dalam entri sebelum ini..klik sini :) 

Kami juga telah membahagikan tugas masingII untuk menyediakan makanan ketika berkelah. Lauk yang disediakan adalah nasi putih, tomyam campur, ayam goreng kunyit, cendawan goreng, agarII, air sirap dan juga pelbagai jenis makanan ringan.

Pada pukul 11.30 pagi kami mula bertolak. Semasa hendak bertolak kami merancang semula tempat perkelahan kami. Memandangkan kami bertolak agak lewat jadi kami batalkan niat kami untuk berkelah dipantai.

Jadi, kami mengambil keputusan untuk berkelah di pasir kubur, sungai lembing. Agak menakutkan nama tempat perkelahan ini kan?? huhuu..

Perjalanan dari Kuantan ke Sg lembing mengambil masa 1 jam. Sampai disana terdapat ramai juga familyII lain yang sedang berkelah dan ada yang sedang membakar ikan bakar. Ada juga yang sedang memasang khemah.

Memandangkan jam ketika itu sudah 12.30 tengahari & cuaca yang panas terik kami batalkan lagi niat kami untuk berkelah disitu. Kami merancang pula untuk berkelah di Air Terjun Sungai Pandan.

Semasa perjalanan kami menghala ke Air Terjun sungai Pandan. Kami merancang untuk singgah & melihat lombong biji timah yang telah dibuka untuk pengunjung. Kami pun meneruskan perjalanan kami ke Terowong Bijih Timah.

Sesampai disana,  dalam pukul 1.00 petang. Namun, tiada rezeki kami untuk melihat keadaan dalam terowong bijih timah yang mempunyai pelbagai artifak didalamnya kerana renovation sedang dilakukan.

 
Jadi kami merancang pula pergi ke Muzium Sungai Lembing. Ianya tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Muzium Sungai Lembing. Hanya perlu mendaftarkan nama sahaja.

Muzium ini mempamerkan episod-episod gemilang Sungai Lembing sebagai kawasan perlombongan bawah tanah yang terbesar di dunia.


Turut dipamerkan adalah artifak tinggalan perusahaan perlombongan bijih timah bawah tanah seperti alat pengerudi, pakaian dan topi keselamatan pelombong, rel dan gerabak keretapi, perabot dan peralatan yang digunakan pada masa itu.

 
 
Bangunan ini terletak diatas bukit disebelah timur menghala ke Sungai Kenau. Ia digunakan sebagai tempat kediaman bagi pengurus-pengurus besar Syarikat lombong bijih timah di Sungai Lembing.
 
 
Kami melihat dan membaca serba sedikit info bijih timah. Kami menghabiskan masa berada disitu sehinggalah pukul 2 petang. Itu sahajala serba sedikit yang saya tahu berkenaan dengan sejarah muzium ini...
 
Jom bergambar sebelum ke destinasi seterusnya...
 
 
 
Destinasi berkelah di Air Terjun Sungai Pandan akan disambung pada entri seterusnya..Tunggu yea :)
 
p/s: Seronok dapat melihat artifakII yang diperlihatkan dan dapat menambah pengetahuan tentang sejarah dahulu kala.









Bersantai di Teluk Cempedak di Malam raya ke-3


posted by Unknown

10 comments

Haloooo... Hallooo...

Pada hari raya ke-3 saya hanya duduk dirumah sambil menanti tetamu yang datang beraya.. Pada pukul 6 petang kawan sepermainan saya semasa kecil datang beraya.

BermacamII cerita yang kami ceritakan..memandangkan kami sudah lama tidak berjumpa.. Dari cerita zaman kecil hinggala dewasa. Saya berasa amat seronok dan gembira.

Kemudian selepas maghrib kami pergi pula beraya dirumah kawan saya lagi seorang yang tinggal berdekatan dengan rumah saya. Setelah beraya disitu, salah seorang dari kami mengajak beraya dirumah kawannya di area cenderawasih pula.

Semasa menaiki kereta kawan saya untuk beraya di cenderawasih. Kebetulan ada tudung yang tergantung didalam keretanya. Terasa nak pakai tudung juga ketika itu, memandangkan mereka semua memakai tudung. Saya pun pinjam tudung kawan saya....hehehe

Selepas sampai disana dan beraya disana dalam pukul 10 malam kami ingin pulang. Semasa perjalanan pulang, kami singgah pula ke Teluk Cempedak dan sambung berborak disana.

Dan kami juga berfotogedik bersamaII sebelum pulang.. :)

  
Ketika dalam perjalanan pulang kami merancang untuk berkelah di Cherating pada hari isnin raya ke-5 :)

p/s: Kawan sekampung dan sepermainan masa kecil adalah kawan yang paling best dan menyeronokkan :)



Selamat Hari Raya !!


posted by Unknown

14 comments

Haiii...haii..haii...

Selamat Hari Raya buat semua umat islam yang menyambut hari raya iaitu hari kemenangan bagi orang yang lulus mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. 

Bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan siang hari sepanjang Ramadan. Malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana kalau, buat batal puasa. 

Pada hari raya pertama, saya bangun awal pagi untuk mengikut bapa saya pergi sembahyang raya di Masjid yang berdekatan dengan rumah saya. 


Selesai sembahyang raya kami adik - beradik berkumpul untuk memohon ampun dan maaf dari kedua ibubapa kami. Dalam pukul 11 pagi, kami ke kedai gambar untuk shoot gambar studio family.


Kemudian kami terus pergi beraya di rumah saudara mara. Setiap rumah yang saya pergi saya akan makan & terus makan.. Memang kekenyangan dibuatnya.

Berikan Kasih Sayang Kita


posted by Unknown

12 comments

Haiii..haiii..Haii...

Penting bagi kita memberikan kasih sayang kita sesama makhluk. Ini kerana kekuatan kasih sayang itu mampu menaklukkan manusia yang keras, walaupun sekeras singa.

Pada suatu masa dahulu, terdapat kisah seekor singa yang hebat sampai ke setiap sudut dunia. 


Seorang lelaki berasa kagum dengan kisah itu sehingga beliau datang dari satu tempat yang jauh dan pergi ke hutan tempat singa itu tinggal. Perjalanannya mengambil masa setahun.

Beliau berjalan dari satu desa ke satu desa seterusnya sebelum sampai ke hutan itu dan melihat singa itu dari jauh, beliau terdiam dan tidak dapat mendekatinya.

Orang yang berada disitu bertanya kepadanya, "Adakah engkau datang dari jauh tanpa rasa cinta dan kasih sayang sama sekali kepada singa ini? Singa ini tidak melukai orang yang datang kepadanya dengan kasih sayang.

Namun apabila, orang yang datang melihatnya berasa takut ataupun cemas, ia menjadi marah. Singa ini pernah menyerang beberapa orang yang datang kepadanya dengan niat yang jahat."

p/s: Menunjukkan kasih sayang kepada orang yang lalai melalui teguran ataupun nasihat. Lakukan dengan kelembutan bukan dengan kekasaran. Memandang orang yang derhaka dengan mata yang jernih bukan dengan mata yang menghina..