Interview KEMAS


posted by Unknown

6 comments

As salam...haloo..haloo....halloo..

Minggu lepas saya dapat panggilan telefon dan sms dari pihak kemas untuk menghadiri temuduga pada 23 Mac 2016 iaitu pada hari Rabu di Institut Latihan Kemas, Kuantan.

Memandangkan, saya bekerja di KL, jadi saya meminta nama saya ditukarkan kepada 21 Mac 2016 pada hari isnin. Ini memudahkan urusan saya.. On weekend boleh balik kampung dan minta cuti untuk hari isnin.

Yang saya tahu, temuduga ini dibuat selama 3hari bermula 21-23 Mac 2016.
Untuk jawatan Guru Tadika gred S27, tapi temuduga ini cuma untuk mendapatkan kelayakan bagi sijil PAC nanti. 

Pada pagi isnin, 7.30 pagi adalah sesi pendaftaran. Temuduga ini ada 2 sesi,  sesi kecergasan dan juga sesi lisan. Nama saya untuk sesi kecergasan dan petangnya barulah sesi lisan.

Nasib baik dapat sesi kecergasan dipagi hari, tak la berpanas terik nanti... Ujian kecergasan yang dibuat cuma perlu lari 2.4km iaitu 40 pusingan tak melebihi 20minit.

Kami diukur ketinggian dan juga berat. Kemudian, volunteer untuk sesiapa saja mulakan larian, hanya 3 orang setiap larian. Jadi, saya volunteerkan diri untuk berlari pada pusingan ke-2.. Dapatla jugak abiskan 40 pusingan dengan masa 17minit. lulus la untuk ujian kecergasan tu.

Selesai ujian kecergasan, saya dibenarkan keluar dan masuk semula pada pukul 2 petang untuk ujian lisan. Sedangkan time tu baru pukul 9.30pagi..hehehee.. banyak masa untuk study ujian lisan nanti.

Disitu, saya berkenalan dengan anisah, yang datang dari kuala lipis untuk temuduga kemas juga. Dia datang dengan ibu saudaranya. Jadi, saya follow mereka. Kami keluar dari ILK, then pergi ke pusat Bandar.

Da singgah minum, lepas tu sempat jgak ibu saudara anisah ajak pergi ke cowboy untuk beli sedikit barang. Kemudian, kami buat keputusan pergi ke Teluk Cempedak untuk study di sana. KononII nak study ditempat yang tenang dan damai... Tapi, sampai sana.. angin sepoiII bahasa buat saya rasa mengantuk n malas nk study... hahaaaa..


ehh..npe mcm ada double chin je tu.. Anisah tengah malu tu mase saya snap gambar ni.. hehehe

TengahII study dengan anisah, dalam pukul 12.30 tengahari, suami call ajak beli tiket untuk blik KL.. jadi, saya minta fiq amik saya kt TC sajala masa tu.. byeII anisah..terima kasih tumpangkan saya, jumpa petang nanti yea..

Selesai pergi TSK beli tiket balik, kami pergi makan sebelum fiq anta saya semula ke ILK pada pukul 2. Pada pukul 2 petang, anisah da ada kat ILK dan kami pergi pula untuk sesi lisan.

Untuk sesi lisan, ada 2 orang panel dan 3 orang ditemuduga secara serentak.
Soalan temuduga antaranya berkaitan kemas, isu semasa dan politik.

Antara soalannya :
1) KEMAS di bawah kementerian apa?
2) Selain tadika dan taska, program apa yang KEMAS ada?
3) Apa yang anda tahu berkenaan GDW (Gerakan Daya Wawasan)
4) Apa itu GST dan apa pandangan anda sebagai rakyat tentang perkara ini?
5) Dari segi sains apa yang anda boleh contribute untuk kanakII tadika?
6) Jika anda sebagai guru tadika, dan cuma ada 3 orang kanakII sahaja disitu, apa yang akan ada lakukan untuk memperkenalkan dan membangunkan kemas selain promosi?
7) Siapakah Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah?
8) Berapakah parti yang ada dalam Malaysia?
9) Berapa kerusi parlimen dalam Malaysia?

Itu je antara soalan yang saya ingat... hehee

Apepun, saya da buat yang terbaik, berjaya atau tidak saya terima je :)

Jadi keputusan bagi yang berjaya dalam temuduga ini akan keluar pada 20-27 April 2016 di www.kemas.gov.my.

6 comments

Leave a Reply