Percutian di Kota Kinabalu, Sabah PART 1


posted by Unknown

No comments

As salam semua...

Hari ini saya nak menceritakan pengalaman saya pergi bercuti ke Sabah pada 2-5 April 2016.

Kami mengambil tiket pada 2 April (sabtu) kerana tiket pada hari itu agak murah RM58 oneway. Disebabkan kenaikan harga tiket erl, kami  bercadang menaiki jetbus dari tbs ke klia2. Perjalananan mengambil masa 1jam dan berharga RM10.00 untuk seorang. Sangat jimat!! hehehe

 
Da sampai ke klia2 :)

Perjalanan dari KL ke Sabah mengambil masa 2 jam 15 minit. Flight kami pada pukul 2.45petang dan sampai disana pada pukul 5.00 petang.

Sampai di KKIA, kami dijemput oleh kawan. Memandangkan kami sudah agak lapar, kami meminta yoyon bawak kami pergi makan. Disana, pada pukul 6petang, cuaca sudah agak senja. Kami makan petang sambil menikmati pemandangan senja di pantai tanjung aru.


Selepas settle makan, yoyon bawak kami pusingII sekitar Bandar KK. Dalam pukul 7 malam baru kami check-in di Gaya Center Hotel, kami menginap disini 4 hari 3 malam.

Pukul 8 malam, kami menunggu abang long iaitu abang kepada suami saya yang tinggal di Sabah. Mereka membawa kami pergi makan malam di area pasar Filipina.


Di sini pelbagai makanan laut disediakan, memang rambang mata nak pilih seafood bakar. Memang sedap dan harganya juga agak murah.

Selesai makan, kami lepak di todak waterfront sambil melihat pemandangan laut dimalam hari, agak ramai juga pengunjung dan juga penduduk Sabah yang duduk melepak disitu.

Da puas melepak area situ, kami pulang ke hotel semula untuk berehat. Esoknya pula kami ada aktiviti ke pulau.

PART 2





Leave a Reply