As salam....
Haloo.. haloo.. halloo..
Hari ini, kami bangun awal untuk aktiviti di pulau.. Kami sangatII excited!! Bergambar dulu sementara tunggu pelancong lain datang. Dalam pukul 8.30pagi, semua pelancong sudah berkumpul dan mendengar sedikit penerangan daripada pemandu bot, kami pun bertolak.
Mereka memberi kami masa yang telah ditetapkan untuk melihat keindahan di sekeliling pulau ini dan juga untuk bergambar untuk kenangan.
Destinasi ke-2 pula, Viking Cave. Disini kami tak dibenarkan turun, cuma boleh melihat dan bergambar dari bot sahaja. Namun, dengan hanya melihat dari luar, memang dalam hati berdetik, "indahnya bumi Allah"..
Pulau ke-3 pula, kami sampai di Maya Bay.. Disini, masa diberikan agak lama untuk kita bersantai dan mandi-manda di pulau ini. Saya lebih teruja melihat sekeliling kawasan, fiq plak tak sabar nak mandi katanya.. heheee
Hari ini 4 April 2015, genapla setahun kami bergelar suami isteri. Masih jauh perjalanan kami berdua, semoga kami dikurniakan cahaya mata kelak dan kekal bahagia till Jannah..Amin... p/s : Happy Anniversary 1st year sayang!
Haa...tengokla tu, kemain lagi fiq tersadai kat pasir..tak takut sunburn ke?? Seronok yea mandi kat sini...hahahaaa
Ok.. sebelum pergi ke pulau seterusnya, kami bergambar dulu di Maya Bay Island ni untuk kenangan bersama..
Destinasi ke-4 kami dibawa pula ke Phi Phi Don, disini kami disediakan makan tengahari dan berehat... Makanan yang disediakan juga sedapII belaka. Disebabkan kekenyangan, jalan pun sambil tido..hehehee
Walaupun da kenyang, minta fiq belanja aiskrim kelapa... sedap!!
Bagi mereka yang tak reti penat, boleh sambung mandi manda kt phi phi don pula, kami buat keputusan nak berehat je, sebab nak simpan tenaga untuk snorkeling jap lagi... hehehe..
Pulau ke-6 adalah Lohsamah Bay, disini juga untuk aktiviti snorkelling. Jadi, kami sambung snorkeling lagi kat sini. Seronok betol orang belakang tu tengok ikan nemo...
Habis sudah, aktiviti pulau hari ini, muka pun da sunburn..ayuh pulang ke hotel..:)
If korang ke krabi, amikla pakej yang ke PhiPhi Island..memang berbaloi!!..