As salam.... Haloo.. haloo.. halloo..
Memandangkan sudah setahun saya tak pedulikan blog ini.
Hari ini mula terasa nak mengupdatekan segala benda yang sudah bertahun duduk dalam draf.. hahaa..
Saya ingin menceritakan pengalaman kami bercuti ke krabi untuk 3 hari 2 mlm.
Kami pergi ke krabi pada 3-5 April 2015 sempena anniversary kami yang baru setahun ketika ini.
Flight kami dari KUL(kuala Lumpur) ke KBV (krabi) pada pukul 4.15petang sampai disana pada pukul 4.40petang. Kami amik tiket petang sebab tiket sangat murah waktu itu berharga RM78 untuk oneway.
Waktu disana awal sejam dari tempat kita. Sampai sahaja disana kami dijemput oleh pemandu airport yang kami booking untuk transport pergi dan balik ke airport krabi. Kami menginap di J Hotel yang berdekatan dengan Aonang.
Sesampai di Hotel, kami terus check in untuk letakII barang, kemudian kami keluar balik utk melihat sekitar pantai aonang. Aonang adalah tempat yang paling strategik untuk korang menginap kerana disini kemudahan yang sangat banyak selain dekat dengan pantai.
Tanpa buang masa kami surveyII pakej untuk ke pulau untuk aktiviti esoknya.
Kami ambil pakej Phi Phi Island untuk ke 6 buah pulau termasuk makan tengahari. Aktiviti pulau dari pkul 9pagi sehingga 5petang dan kami juga amik transport untuk ke night market pada malamnya dari pkul 8.30malam sampai pukul 11 malam.
Da settle booking untuk aktiviti esok pagi, kami balik ke hotel semula untuk berehat dan keluar pula pada malamnya untuk makan malam. Jangan risau disini terdapat jugak restoran yang halal.. Selesai makan kami pusingII lagi disekitar aonang ini.
Kawasan aonang ini sangat meriah walaupun dimalam hari. Sudah puas pusingII disini. Kami pun balik ke hotel semula, esok nak beraktiviti di pulau pulak.. so, kna balik rehat la... :)
PART 2