Rawatan Spa yang Terbaik!!


posted by Unknown

14 comments

As salam kawanII,

Hari ini saya nak review pakej yang saya buat sebelum majlis perkahwinan saya awal bulan 4 yang lalu...

Cherry Eyka Saloon & Spa :

Disini terdapat pelbagai perkhidmatan kecantikan disediakan bermula dari rambut hingga la ke hujung kaki..Antaranya saloon rambut, rawatan kuku, rawatan muka dan juga rawatan badan (spa) dan sebagainya.


Sehari sebelum majlis pernikahan berlangsung saya pergi membuat rawatan spa. Fiq telah buat appointment awalII lagi untuk saya, memandangkan saya ni jenis tak suka berspa bagai.. tapi, kena pergi jugakla...

Katanya, just p rehatkan badan je..tak payah pkirkan halII yang lain.. Untuk menaikkan seri muka pengantin dan segarkan tubuh badan katanya lagi..hehehe.. saya pergi jugakla membuat rawatan seri pengantin di cherry eyka spa.

Tak tahula pakej apa yg fiq amik untuk saya selama 4 jam...Terbeliak kejap bijik mata...lama giler tu....Layankan je la...

Mereka mulakan dengan rawatan urutan kaki yang dipanggil foot bath Herb. 1st time okey kaki saya di massage oleh mesin yang bergetar...pada mulanya saya rasa geli sbb benda alah tu bergetar kat bawah tapak kaki kan...huhuu.. tapi, lama2 jadi selesa n best sangat... Sambil tu mereka hidangkan saya jus oren suam.

Kemudian saya diarahkan pindah bilik lain untuk buat rawatan muka.
Ini la blik untuk rawatan muka..dengan lampu yang romantik dan alunan muzik yang menenangkan..


Proses rawatan muka pun bermula dengan membuang whitehead/blackhead, mencuci muka, urutan muka, memakaikan gold mask dimuka & macamII lagi sampai saya tertido..ZZzzzzzZZzz..hehee..

Step seterusnya pergi ke bilik rawatan untuk badan pula untuk Sauna Herb.
Saya diarahkan duduk di dalam benda yang empat segi tu...tak tahula apa nama benda alah tu..cuma kepala saya je di luar, tapi badan saya seperti di steam kan...hehehee.. tapi memang bagus rawatan ni..boleh membuang lemakII & toksikII di dalam badan.. Bermandi peluh saya duk dalam tu... Pembantu spa disini sangat baik dan peramah.. tak la bosan & boring sangat bila ada teman untuk berbual.

Lepas 40 minit kemudian, mereka meminta saya berpindah ke katil pula untuk menscrubkan badan saya. Seluruh badan saya disental untuk membuang segala-gala kekotoran dan daki yang bermaharajalela...hehehe.. 

Selesai scrubkan badan, body massage pula. Memang saya tido aje la... Badan yang penat jadi segar kembali..hehehee... Selepas beberapa jam proses body treatment.

Kemudian, rawatan mandi susu pula, sambil mandi susu, mereka syampukan rambut saya dan buat urutan kepala..memang bertambah selesa dan best la.. hilang segala sakitII kepala..

Selepas itu, mereka kasi masa untuk saya berendam dalam milk bath tu.. Saya pun apa lagi..berendam lama la sikit untuk merehatkan badan dan otak...huhuu

Da puas berendam dan bilas badan. Rawatan terakhir adalah hair treatment dan dihidangkan ginger tea.

Konklusinya, saya amat berpuas hati dengan layanan mereka. Dan suasana spa yang mendamaikan.. 

Jika sesiapa yang berada di Kuantan boleh la berkunjung ke kedai Puan Eyka.
Anda pasti berpuas hati dengan perkhidmatan mereka..

Cherry Eyka Saloon & Spa (012-909 4550)
B-24 Lorong Tun Ismail 6,
Sri Dagangan Bussiness Centre
25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur



14 comments

Leave a Reply