Inai yang sangat cantik!! - Henna Classic Design


posted by fiza saiza

4 comments

As salam semua :)

Sambungan cerita semalam lepas buat rawatan spa.... heheee

Henna Classic Design:

Lepas settle semua rawatan, saya pergi pula ke Kuantan Parade untuk membuat inai dijari. 

Pada asalnya saya ada membuat inai sendiri. Saya ambil dari pokok yang ditanam belakang rumah family saya. Da siap tumbuk semua pun..

Saya ada pakai inai tu, tapi disebabkan kesibukan yang melanda diri, saya tak dapat nak pakai lama inai buatan sendiri...hehee..

Iyalah, pukul 3 pagi barula free & dapat kakak pakaikan inai, lepas tu pukul 6.30pagi da kena bersihkan.. Nak solat subuh lagi, nak sambung buat persiapan doorgift n lainII lagi. Hasilnya memang inai di jari berwarna oren.. huhuuuu...

Zaman sekarang bukan mcm dulu..kita hulurkan je jari..orang lain buat kerja itu ini.. Orang yang nak pakaikan kita inai pun bz sbb nak tolong buat kerja lainII untuk persiapan kenduri kita.

Jadi, saya mengambil langkah mudah, pergi buat inai segera je..hehee
Tapi, inai yang saya buat ni, dengan orang melayu. Mereka pun guna inai dari mekah. Jadi, xde masalah la... Kerana ada segelintir yang was-was kan nk guna inai segera yang macam ni..

Lagipun, inai ni sangat cepat kering dan warnanya merah.. Hanya dalam 1 jam saja masa diperlukan...Lepas tu siap & hanya tunggu kering sahaja...hehehee

Inilah hasilnya....tadaaaaa...cantik kann???...


Memang saya sangat berpuas hati sangat dengan hasilnya :)

Saya sarankan kepada bakal pengantin untuk membuat inai jari atau nak buat ukiran bolehla hubungi kak ayu...

Henna Classic Design:
Kak Ayu : 017-9321566
Kiosk Kuantan Parade.


4 comments

Leave a Reply