Bersantai di Teluk Cempedak di Malam raya ke-3


posted by Unknown

9 comments

Haloooo... Hallooo...

Pada hari raya ke-3 saya hanya duduk dirumah sambil menanti tetamu yang datang beraya.. Pada pukul 6 petang kawan sepermainan saya semasa kecil datang beraya.

BermacamII cerita yang kami ceritakan..memandangkan kami sudah lama tidak berjumpa.. Dari cerita zaman kecil hinggala dewasa. Saya berasa amat seronok dan gembira.

Kemudian selepas maghrib kami pergi pula beraya dirumah kawan saya lagi seorang yang tinggal berdekatan dengan rumah saya. Setelah beraya disitu, salah seorang dari kami mengajak beraya dirumah kawannya di area cenderawasih pula.

Semasa menaiki kereta kawan saya untuk beraya di cenderawasih. Kebetulan ada tudung yang tergantung didalam keretanya. Terasa nak pakai tudung juga ketika itu, memandangkan mereka semua memakai tudung. Saya pun pinjam tudung kawan saya....hehehe

Selepas sampai disana dan beraya disana dalam pukul 10 malam kami ingin pulang. Semasa perjalanan pulang, kami singgah pula ke Teluk Cempedak dan sambung berborak disana.

Dan kami juga berfotogedik bersamaII sebelum pulang.. :)

  
Ketika dalam perjalanan pulang kami merancang untuk berkelah di Cherating pada hari isnin raya ke-5 :)

p/s: Kawan sekampung dan sepermainan masa kecil adalah kawan yang paling best dan menyeronokkan :)



9 comments

Leave a Reply