As salam..Hai...haii..haii..
Kesinambungan untuk entri sebelum ini..klik disini.. Destinasi berkelah di Air terjun Sungai Pandan (Pandan Waterfall) atau lebih dikenali Air Terjun Panching.
Dalam pukul 2 petang, kami mula berasa lapar dan kami meneruskan perjalanan kami untuk berkelah di air terjun. Selepas 40minit kemudian akhirnya kami sampai jugak ke destinasi utama rancangan kami sebelum ini..
Sampai di sana, bayaran RM2.00 setiap seorang dikenakan untuk sekali masuk.
Selepas membuat pembayaran. Kami mencari parking dan mengeluarkan barangII perkelahan seperti tikar, makanan dan pakaian mandi dan terus berjalan menghala ke kawasan air terjun.
Disini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya, tempat letak kenderaan, gerai makanan, tandas, surau, padang, tapak perkhemahan, pondokII rehat, kolamII mandian, serta sebuah jambatan gantung menghadap air terjun.
Kami berhenti sekejap untuk salin pakaian dan setelah siap kami mula mendaki keatas untuk mencari port perhentian kami.
Setelah jumpa tempat yang sesuai tanpa melengahkan masa, kami hamparkan tikar dan terus hidangkan lauk yang telah siap dimasak dari rumah dan kami pun mula makan.
Selesai makan, kami pun turun untuk mandi dan merasakan kesejukan air terjun. Sangat best dan menyeronokkan.
Nampaknya kawanII saya seronok betul mandi air terjun...Bertambah seronok lagi mereka apabila saya jadi photographer mereka..huhuhuu..
Ok..giliran mereka pula untuk mengambil gambar saya.. :)
Pada pukul 5petang kami mula mengemas untuk pulang. Inilah aktiviti saya pada hari raya yang ke-5 bersama kawanII..hehehee
da lama tak mandi manda dekat air terjun. seronok plak tgk hhehe
hehehee..memang best @Nadya Dyana dengan air yang sejuk..
i follow u back..hee. Thanks follow kte.
Dulu sy study in ump tapi tak pernah pegi air terjun berkelah. Cambest je kan..
sama2.. @Cik Nadz..
owhh..yeke? ump kat gambang tuh ehh...
Next time if turun kuantan boleh la p.. :)
Aah, dah lama takmandi air terjun... Seronoknyaa..
sekali sekala mandi air terjun memang best @Teena Tna
inin bukan air terjun panching ke ? haha. follow u :)
yalah,..dulu orang panggil air terjun panching @Liling :)
Terima kasih sudi follow fiza...hehee
wahhhhhh, hehehehe :) no-ordinaryblog(BlogKartunDunia)