Senyumlah...senyumla..wahai cik mek molek..


posted by Unknown

11 comments

Haiii...hai..haiii,

senyum

Senyuman merupakan ubat kecemasan dan mengubat kesedihan. Dalam senyuman terdapat kekuatan yang menakjubkan dalam membuat jiwa kita gembira dan dapat menyenangkan hati sendiri.

Seringkali saya ketawa untuk membahagiakan hati sendiri. Ketawa pula pula adalah puncak kegembiraan, keceriaan dan keriangan.

Jangan pula ketawa berlebihan yang membawa maksud dengan niat mengejek atau mencemuh sebagaimana dikatakan dalam pepatah :

Janganla terlalu banyak ketawa, kerana terlalu banyak ketawa akan mematikan hati...errk...betul ker?

Seandainya saya disuruh memilih diantara harta yang paling banyak atau kedudukan yang lebih tinggi, dengan jiwa yang tenang dan selalu tersenyum, pastilah saya pilih kedua.

Sebabnya apala ertinya harta yang banyak apabila wajah selalu muram? Apa ertinya pangkat dan kedudukan sekiranya jiwa sering cemas? Apa ertinya segala yang ada didunia, apabila perasaan sering bersedih seumpama orang yang baru sahaja menghantar jenazah kekasihnya?..dahsyatnya...

FikirIIkan dan renungan bersama :)

p/s: Senyuman tidak akan berharga sekiranya tidak terbit dari hati yang tulus.

11 comments

Leave a Reply