TIDUR. Bercakap tentang tidur, tidur ini merupakan satu keperluan dalam hidup kita. Dan bagi umat Islam, tidur juga dikira sebagai IBADAH.
Waah..bestnye jadi umat Islam ini. Tidur yang mungkin ada di kalangan kita menganggapnya remeh pun Islam anggap sebagai ibadah. Tidur pun dapat pahala? Memang Best!!!
Tapi, kadang-kala agak sukar jugak untuk saya melelapkan mata.
Lebih malang lagi jika keesokkan harinya adalah hari bekerja.
Hurmmm...pasti ke pejabat dengan muka yang letih dan tak cukup tidur.
Punca tidak boleh tidur daripada diri saya sendiri apabila disiasat iaitu :
- Melayari internet : online & ketagihan bermain games online.
- Membaca novel sampai tak sedar sudah lewat pagi (peminat novel).
- Banyak sangat berfikir : memikirkan banyak perkaraII yang perlu difikirkan.
- Tengok tv sampai tak sedar hari dah lewat malam.
- Tidur dengan waktu yang tidak menentu.
- Keadaan bilik yang terlalu gelap.
- Bilik yang tidak berkemas dan bersepah.
Dan cara untuk saya mengatasinya untuk dapatkan tidur yang secukupnya :
- Kurangkan melayari internet diwaktu malam.
- Membaca buku yang membuatkan cepat mengantuk (selain buku novel).
- Kosongkan fikiran sebelum tidur.
- Menetapkan limit menonton TV pada hari bekerja sehingga 11malam sahaja.
- Menetapkan waktu tidur sama setiap malam.
- Memerlukan cahaya untuk dapatkan tidur yang lena.
- Persekitaran bilik yang selesa dan nyaman.
- Baca doa sebelum tidur.
Doa agar mudah tidur :
اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ
يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي
Maksudnya : Ya Allah , telah malap bintang-bintang , dan telah tenang mata-mata manusia , dan Engkau maha berkuasa , Wahai yang Maha Berkuasa , lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .
Sekian sahaja dari saya...Selamat berkongsi tips dari saya untuk andaII yang mengalami kesukaran untuk tidur.
aku internet addict. mata pun da mcm panda sbb kurang tdo. :p
kcian ko x leh tido ek. aku nasihatkan ko bli la tilam yg empuk lagi menyenangkan. hahahahaa..
hahaa...2 la nik..bile malam2 jek online...mmg macam panda la mata kite nih..huhuu
if beli tilam yg empuk boleh tido ngn lena la aku pasni yekk tun...hahahaaa