Yang Lalu, Biarlah Berlalu


posted by Unknown

10 comments

Hallu semua,

Mengingati masa lalu dan menghadirkan ia kembali kedalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih diatas kedukaan dan kegagalan itu merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila.
bersedihIanya sama erti dengan membunuh semangat, harapan, dan menghalang perjalananan kehidupan seadanya. Bagi yang orang yang berfikir, kenangan masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali.

Harus mengurung dan melupakannya didalam penjara, mengikat dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar melihat cahaya. Apapun, pelbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.

Dengan itu, tiada lagi kesedihan, kedukaaan dan kegagalan. Janganla hidup di dalam mimpiII buruk masa lalu, atau di bawah bayangII kesedihan masa lalu.
Angkatla diri daripada fantasi tersebut!

berduka

Orang yang kembali ke masa lalu, adalah tidak ubah seperti orang yang menggiling tepung, padahal diri sendiri tergiling didalamnya. 

Hidup kita akan terumbang-ambing apabila kita lemah menghadapi masa kini dan menyibukkan diri dengan masa lalu.

p/s : Tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajah kebelakang, kerana angin akan terus berhembus kedepan, air akan mengalir kedepan, setiap manusia akan berjalan kedepan. Oleh itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan.

10 comments

Leave a Reply