Saya Pilih Mengundi..Anda Bagaimana?


posted by Unknown

9 comments

As salam buat semua,

Lagi beberapa hari election kan... Jadi kawanII semua sudah bersedia mengundi?


Sebagai rakyat Malaysia saya sangat bertuah kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang memberi hak dan peluang kepada kita semua untuk memilih dan menentukan corak masa depan negara kita sendiri.

Hak mengundi hak kita dan undian kita adalah rahsia :)

Soalan : Kenapa saya harus mengundi pada Pilihan Raya?
Mengundi adalah hak setiap warganegara Malaysia yang termaktub dalam Perlembangan Malaysia Perkara 119. Pilihlah pemimpin anda, dan ambil bahagian dalam keputusan negara. Pilihan raya membenarkan orang ramai untuk bebas memilih wakil mereka dan memastikan mereka bertanggungjawab terhadap keputusan mereka dan undang-undang yang mereka lulus.

Soalan : Apa pentingnya undi saya dalam pilihan raya?
Sebagai individu, kita diberi hak untuk memilih calon yang tepat untuk mewakili kita dan menggunakan hak yang diberikan.

Soalan : Apakah peranan saya sebagai pemilih?
Adalah tanggungjawab kita dan hak untuk memastikan wakil rakyat yang dipilih bertanggungjawab terhadap prestasi di pejabat mereka. Kita melakukan ini melalui peti undi. Dengan itu, kita boleh membuat pililhan dengan:
memilih orang-orang yang telah berjuang, atau kita percaya akan berjuang untuk kepentingan kita dengan mengundi untuk mereka tidak memilih mereka yang tidak berjuang, atau kita percaya tidak akan berjuang untuk kita jika dipilih, dengan tidak mengundi mereka.

Soalan : Siapakah yang boleh melihat undi saya, dan bolehkah pihak lain mempengaruhi saya dalam membuat pilihan?
Tidak ada seorang pun boleh melihat atau mempengaruhi pilihan anda. Anda mempunyai kuasa untuk memilih mana-mana calon yang anda rasa layak tanpa desakan atau ugutan mana-mana pihak. Setiap undi adalah rahsia dan sulit.

Soalan : Adakah wajib saya mendaftar sebagai pemilih?
Tidak, ianya adalah hak individu. Jika ada rasa tanggungjawab untuk negara daftar la yea :)

Soalan : Jika saya tidak mendaftar sebagai pengundi, bolehkah saya mengundi?
Tidak, anda harus mendaftar sebagai pemilih mengikut syarat-syarat kelayakan untuk terlibat dalam pilihanraya.

Selamat Mengundi!!

9 comments

Leave a Reply