Memancing....


posted by Unknown

4 comments

Kesabaran dan minat perlu ada untuk kaki pancing...Golongan ini sanggup menghabiskan masa mereka berjamII untuk memancing tidak kira di sungai, kolam, laut dan lainII tempat yang membolehkan mereka memancing. Kaki pancing yang tegar akan menjadikan ianya satu hobi untuk mereka dimana memancing sekadar sukaII. Apabila joran mereka berjaya memperolehi ikan, ikan tersebut akan dilepaskan semula. Ada juga yang menjadikan hasil pancingan mereka untuk juadah masakan dirumah...

Pada pukul 9.30 malam fiq mengajak saya menemaninya memancing di kolam kampung peramu, kuantan. Memandangkan saya sendiri tak tau nak buat apa di rumah, jadi saya pun bersetuju untuk mengikutinya.

Sampai di tempat memancing kolam tersebut, terdapat ramai jugak kaki pancing. Tidak kira tua dan muda..ada jugak yang membawa anak kecil yang berusia dalam 5 tahun untuk menemaninya memancing. Pada mulanya fiq hendak memancing selama 2 jam sahaja..2 jam pun sudah terlalu lama bagi saya sebagai penemannya..tetapi, kakak di kaunter tersebut cakap rugi jika amik 2 jam sahaja kerana 1 jam RM15, jika amik 3 jam terus RM30. Jika amik 2 jam harga sama RM30. Jadi, fiq pun amik selama 3 jam.

OMG!!! Terpaksa menemaninya selama 3 jam :(.. Dari pukul 9.40 malam sehingga la 12.40 malam masa tamat untuk kami memancing. TETAPI bagi peneman kaki pancing bagaimana pula yea??? Bosan!! Penat menunggu!! Tak sabar nak balik!! Boring!! Jalan kesana kemari!!.. yeaahhh..Inilah keadaan saya apabila menemani fiq memancing.





Akhirnya....hasil memancing, kami dapat juga seekor ikan siakap...besar jugakla..hehehee...

4 comments

Leave a Reply