Beraya sambil berjalanII di Terengganu


posted by fiza saiza

2 comments

As salam semua,

Hari ini saya masih post cerita yang tersimpan dalam draft.. heheee

Raya Haji tahun 2016, saya beraya di Terengganu dirumah mak saudara belah mama saya. Belah suami semua ipar-duai beraya dirumah mertua masingII memandangkan mak mertua dan ayah mertua saya tiada, mereka masih menunaikan haji disana.

Jadi, saya dan suami buat keputusan untuk ikut saudara-mara belah mama saya beraya di Terengganu. Kami bertolak pada petang hari dari Kuantan sehari sebelum raya dan lewat petang juga kami sampai di Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Sampai je dirumah mak saudara di Terengganu, kami berehat dulu. Pada malamnya kami berjalanII di Dapo Pata yang famous dan menjadi bualan orang ramai. Agak menarik juga tempatnya, terdapat pelbagai geraiII disana.


Pada esok harinya, masingII bersiap untuk menyambut hari raya bersamaII, bagi yang lelaki mereka pergi menunaikan sembahyang raya. Kami yang perempuan membantu mak saudara menyediakan hidangan dipagi raya.

Setelah semua ada, kami berkumpul dan makan beramaiII.. memang seronok bila dapat berkumpul ramaiII.

Mengayakan jubah dari koleksi Jubahsouq :)

Berfotogedik bersama sepupu..heheee


Petangnya kami keluar berjalanII di Bandar Terengganu dan sempat singgah di Masjid Kristal.


Ini adalah sebahagian rombongan kami yang ke Terengganu.


Sambungan cerita untuk hari seterusnya bersambung di Part2 ok. :)










2 comments

Leave a Reply