As salam semua..
Hari ini saya hendak menceritakan pengalaman kami bercuti di Langkawi selama 3 hari 2 malam bersama kawanII pada 8-10 May 2015. Tiket air asia juga agak murah..RM39 one-way. Kami pergi seramai 7orang termasuk saya dengan fiq.
Sampai sahaja di airport langkawi, kami menaiki van yang telah disewakan dan menuju ke 3D Art Museum dan Cable Car. Nasib baik ada kawan yang tahu jalan, jadi tak susah la nak menuju kesana..
Memang menarik sangatII 3D Art kat langkawi ni, kami bergambar sakan!! hahahaa..
Da puas bergambar, kami pergi naik cable car pulak.. adoii!! gayat ler :(
Habis melawat area situ, kami teruskan perjalanan ke chalet untuk check in, kami stay di Langgura Baron di area chenang. Chenang merupakan tempat tumpuan untuk mereka menginap kerana berdekatan dengan pantai dan juga kemudahan yang banyak.
Sampai je di chalet, kami berehat dan pada malamnya kami keluar berjalanII area pantai chenang dan makan malam bersamaII.
Da makan kenyangII, kami lepak dipantai untuk ambil angin malam..