As salam dan hai..haii..haii...
Situasi : Di tempat kerja.
A : Jam berapa engkau sampai ke pejabat?
B : Malam tadi aku tidur lewat sbb tengok bola. Pagi tadi pula aku terbangun lewat sebab bini aku tak kejutkan aku. Jalan ke pejabat jem sebab ada kemalangan. Kereta aku plak semput dan mati enjin ditengah jalan...
A : (si A memotong cerita si B) Aku hanya nak tau jam berapa engkau sampai ke pejabat. Itu aje!
Agak mengelikan hati jugak jika ada perbualan seperti ini. Ada orang suka bercakap lebih daripada yang sepatutnya. Orang begini biasanya menjawab soalan yang pendek dengan jawapan yang panjang supaya mendapat markah yang lebih dalam peperiksaan.
Ia juga mengambarkan seseorang yang menyukarkan perkara yang mudah.
Mengapa kita perlu menyuap nasi dengan mengangkat tangan kanan kebelakang tengkuk untuk menyuap ke kiri mulut? Kan mudah hanya menyuapkan nasi dari pinggan terus ke mulut?
Sikap sesetengah daripada kita yang membelit sesuatu yang lurus memang pelik.
Oleh kerana sikap kita yang suka menyukarkan yang mudah, kita sendirilah yang mengheret langkah kaki dan memperlahankan tindakan. Padahnya, yang simple jadi bersimpul, yang lurus menjadi berselirat, yang senang menjadi sukar dan yang jernih menjadi keruh... kan??
Itu bermakna kan orang tu kompleks dan details to attention... hik hik hik...
Yalah..memang susahla if kena berdepan orang yang mcm ni @Farah Waheda Wahid...heheheee