Archive for May 2014

Candy Buffet & Photobooth yang superb!!


posted by fiza saiza

4 comments

As salam....hallooo..hallo..halloo..

ChocoLicius (Chocholate Fountain & Candy Bufet)

ChocoLicius menyediakan perkhidmatan candy buffet untuk majlis istimewa anda!! Contohnya majlis perkahwinan, ulangtahun kelahiran,sambutan tahun baru dan macamII lagi la bagi yang ingin merayakan apaII majlis.

Pada hari persandingan, saya membuat tempah candy buffet untuk tetamu saya. Terdapat pelbagai jenis pilihan candy dan buah-buahan. Antaranya choc fountain,marshmallow, sticks, candies, jelly, creampuff dan macamII lagi la. 

Set up dan gubahan team chocoLicius yang sediakan. Jadi, saya tak perlu risau apepun semuanya di tanggung beres...hehehee


Tengokla, terutama kanakII memang berebut nak amik pelbagai jenis candy yang disediakan.. Memang marbelless uolls. Saya da merasa anda bagimana pula?? hehehehee

Pakej dan harga yang diberikan sangat berbaloi.. Rugi jika anda tak mencuba. Tapi....tapii..tempahan hanya di terima bagi area KUANTAN sahaja..

Ini pula, area guestbook dan photobooth.. Bagi tetamu saya yang ingin meninggalkan jejak, mereka akan memberikan ucapan di guestbook ini :)



Bagi yang ingin membuat tempahan chocolate fountain & Candy Buffet, saya sertakan nama dan no telefon owner chocoLicius ni :)

chocoLicius
Man : 017 - 9514304
Zhee : 017 - 9243931 (FB : Zhee Nazirah Ali)
(Tempahan yang diterima hanya di kawasan KUANTAN sahaja)




Inai yang sangat cantik!! - Henna Classic Design


posted by fiza saiza

4 comments

As salam semua :)

Sambungan cerita semalam lepas buat rawatan spa.... heheee

Henna Classic Design:

Lepas settle semua rawatan, saya pergi pula ke Kuantan Parade untuk membuat inai dijari. 

Pada asalnya saya ada membuat inai sendiri. Saya ambil dari pokok yang ditanam belakang rumah family saya. Da siap tumbuk semua pun..

Saya ada pakai inai tu, tapi disebabkan kesibukan yang melanda diri, saya tak dapat nak pakai lama inai buatan sendiri...hehee..

Iyalah, pukul 3 pagi barula free & dapat kakak pakaikan inai, lepas tu pukul 6.30pagi da kena bersihkan.. Nak solat subuh lagi, nak sambung buat persiapan doorgift n lainII lagi. Hasilnya memang inai di jari berwarna oren.. huhuuuu...

Zaman sekarang bukan mcm dulu..kita hulurkan je jari..orang lain buat kerja itu ini.. Orang yang nak pakaikan kita inai pun bz sbb nak tolong buat kerja lainII untuk persiapan kenduri kita.

Jadi, saya mengambil langkah mudah, pergi buat inai segera je..hehee
Tapi, inai yang saya buat ni, dengan orang melayu. Mereka pun guna inai dari mekah. Jadi, xde masalah la... Kerana ada segelintir yang was-was kan nk guna inai segera yang macam ni..

Lagipun, inai ni sangat cepat kering dan warnanya merah.. Hanya dalam 1 jam saja masa diperlukan...Lepas tu siap & hanya tunggu kering sahaja...hehehee

Inilah hasilnya....tadaaaaa...cantik kann???...


Memang saya sangat berpuas hati sangat dengan hasilnya :)

Saya sarankan kepada bakal pengantin untuk membuat inai jari atau nak buat ukiran bolehla hubungi kak ayu...

Henna Classic Design:
Kak Ayu : 017-9321566
Kiosk Kuantan Parade.


Rawatan Spa yang Terbaik!!


posted by fiza saiza

14 comments

As salam kawanII,

Hari ini saya nak review pakej yang saya buat sebelum majlis perkahwinan saya awal bulan 4 yang lalu...

Cherry Eyka Saloon & Spa :

Disini terdapat pelbagai perkhidmatan kecantikan disediakan bermula dari rambut hingga la ke hujung kaki..Antaranya saloon rambut, rawatan kuku, rawatan muka dan juga rawatan badan (spa) dan sebagainya.


Sehari sebelum majlis pernikahan berlangsung saya pergi membuat rawatan spa. Fiq telah buat appointment awalII lagi untuk saya, memandangkan saya ni jenis tak suka berspa bagai.. tapi, kena pergi jugakla...

Katanya, just p rehatkan badan je..tak payah pkirkan halII yang lain.. Untuk menaikkan seri muka pengantin dan segarkan tubuh badan katanya lagi..hehehe.. saya pergi jugakla membuat rawatan seri pengantin di cherry eyka spa.

Tak tahula pakej apa yg fiq amik untuk saya selama 4 jam...Terbeliak kejap bijik mata...lama giler tu....Layankan je la...

Mereka mulakan dengan rawatan urutan kaki yang dipanggil foot bath Herb. 1st time okey kaki saya di massage oleh mesin yang bergetar...pada mulanya saya rasa geli sbb benda alah tu bergetar kat bawah tapak kaki kan...huhuu.. tapi, lama2 jadi selesa n best sangat... Sambil tu mereka hidangkan saya jus oren suam.

Kemudian saya diarahkan pindah bilik lain untuk buat rawatan muka.
Ini la blik untuk rawatan muka..dengan lampu yang romantik dan alunan muzik yang menenangkan..


Proses rawatan muka pun bermula dengan membuang whitehead/blackhead, mencuci muka, urutan muka, memakaikan gold mask dimuka & macamII lagi sampai saya tertido..ZZzzzzzZZzz..hehee..

Step seterusnya pergi ke bilik rawatan untuk badan pula untuk Sauna Herb.
Saya diarahkan duduk di dalam benda yang empat segi tu...tak tahula apa nama benda alah tu..cuma kepala saya je di luar, tapi badan saya seperti di steam kan...hehehee.. tapi memang bagus rawatan ni..boleh membuang lemakII & toksikII di dalam badan.. Bermandi peluh saya duk dalam tu... Pembantu spa disini sangat baik dan peramah.. tak la bosan & boring sangat bila ada teman untuk berbual.

Lepas 40 minit kemudian, mereka meminta saya berpindah ke katil pula untuk menscrubkan badan saya. Seluruh badan saya disental untuk membuang segala-gala kekotoran dan daki yang bermaharajalela...hehehe.. 

Selesai scrubkan badan, body massage pula. Memang saya tido aje la... Badan yang penat jadi segar kembali..hehehee... Selepas beberapa jam proses body treatment.

Kemudian, rawatan mandi susu pula, sambil mandi susu, mereka syampukan rambut saya dan buat urutan kepala..memang bertambah selesa dan best la.. hilang segala sakitII kepala..

Selepas itu, mereka kasi masa untuk saya berendam dalam milk bath tu.. Saya pun apa lagi..berendam lama la sikit untuk merehatkan badan dan otak...huhuu

Da puas berendam dan bilas badan. Rawatan terakhir adalah hair treatment dan dihidangkan ginger tea.

Konklusinya, saya amat berpuas hati dengan layanan mereka. Dan suasana spa yang mendamaikan.. 

Jika sesiapa yang berada di Kuantan boleh la berkunjung ke kedai Puan Eyka.
Anda pasti berpuas hati dengan perkhidmatan mereka..

Cherry Eyka Saloon & Spa (012-909 4550)
B-24 Lorong Tun Ismail 6,
Sri Dagangan Bussiness Centre
25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur



Majlis Akad nikah


posted by fiza saiza

4 comments

As salam...Hai..Haii...Haii

Ha....Saya sekarang ni macam biskut chipsmore kan...Sekejap ada..sekejap tak ada...huhuuhu..

Beberapa bulan yang lepas saya agak sibuk sikit..Kerana menguruskan halII untuk majlis perkawinan saya awal bulan 4 yang lalu.. 

Pada 4/4/2014 (Jumaat) lepas Isyak, majlis pernikahan saya dilangsungkan di Masjid Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang.

Situasi yang mendebarkan bagi kami.. Tapi, Alhamdullilah..dengan sekali lafaz saya sah bergelar isteri kepada En.Mohd Taufiq Bin Ismail. 

Perkenalan kami selama 10 tahun di akhiri dengan ijab&qabul. Namun, ini semua adalah permulaan untuk kami memulakan hidup sebagai suami isteri.


Amin...Semoga kami dapat mengharungi dugaan bersamaII kelak. Doakan kebahagian kami till Jannah yea :)



Nota : Macam tak percaya, saya sudah jadi wife orang..hehehee

Pakej Andaman : Andaman Sri Faza (Faizal) : 019-998 6554
Lot 1.20 Aras 1 Kompleks Teruntum, Kuantan, Pahang