Diupah untuk menghasilkan logo baru


posted by fiza saiza

24 comments

Haii..haii...hai...

Minggu lalu , saya telah diupah untuk menghasilkan logo untuk sebuah syarikat. Asalnya syarikat ini telah ada logo sendiri. Namun, syarikat ini mahu memperbaharui logo yang sedia ada.(re-branding).

Syarikat ini menyediakan perkhidmatan seperti merekabentuk (design) pamplet, banner,kad perniagaan, poster dan sebagainya. Selain itu, juga menyediakan perkhidmatan editing video (video montaj,video korporat) dan rakaman video.

Jadi saya pun mula mencari idea dan menghasilkan logo. Hasilnya tak la sebaik dan sebagus mana. Namun, saya cuba membuat yang terbaik mengikut kehendak client saya.


Ini, adalah logo asal syarikat tersebut.


Saya telah menghasilkan 3 jenis bentuk logo & client saya telah memilih no 1 dan berpuas hati dengan hasil yang saya berikan.


Itu sahaja entri saya pada hari ini... :)

24 comments

Leave a Reply