Teknik baru peminta sedekah


posted by fiza saiza

20 comments

Haii..Haii..Haiii..

Pada hari jumaat lepas selepas habis waktu bekerja pada pukul 6 petang saya hendak pulang ke kuantan. Tiket bas pukul 7 petang. 

Sampai di titiwangsa dalam pukul 6.45petang. Tapi, bas tidak kelihatan, saya terus ke kaunter pertanyaan. Abang di kaunter bagitau jalan sesak, bas tiba lewat. Saya pun duduk menunggu disitu.

Sementara menunggu bas saya main candy crush. Tengah seronok main game. Tetiba datang seorang makcik ni yang berusia 30-an anggaran saya. Kelihatan seperti mahu menuju kearah saya.

Mukanya makeup agak tebal, siap ada letak blusher merah lagi dipipi, bibirnya disapu dengan lipstick merah. Dia memakai baju ibu mengandung berwarna hitam yang agak lusuh,tapi, dia tidak mengandung pun..berstoking hitam dan memakai kasut getah berwarna kelabu dengan membawa beg yang digalas ditepi bahu.


Lepas tu, tibaII sahaja terus dia duduk sebelah saya. Saya masih gigih main game tanpa pedulikan makcik tersebut. Namun, dia asyik memerhati saya..risau pulak saya dibuatnya..saya memerhati sekeliling..ada orang ramai..

Takut jugak jika tak ada orang ramai disitukan. Kemudian barulah makcik tuh bersuara. Dia bertanya, '"Adik, adik nak naik bas ke? Adik nak balik kemana? Akak pun nak naik bas jugak. Tapi, akak tertinggal bas". katanya.


Saya masih diam membisu..sambil concentrate pada candy crush yang makin lama corak permainannya semakin kejam...Susah betul nak lepas kat level ni.

Kemudian akak tu bersuara lagi.. "Adik, tu tpon iphone ehh..berapa harga tepon tuh dik?? Seratus ke dua ratus? Kawan akak ada kirim minta beli telefon macam tuh.."katanya lagi..

Saya mula berpikir, waras ke tak akak ni.. Kemudian dia berkata lagi. "Adik naik bas apa?" Pukul berapa? Saya pun bersuara."transnational, pukul 7petang, tapi, bas lewat..jalan sesak.." kataku...

"Akak terlepas bas la dik.."katanya lagi. Saya pun membalas, beli jela tiket baru kak kalau da terlepas bas. Lepas tuh, dia bersuara... "Itulah, tiket tuh dah tak leh pakai lagi".. katanya.

Kemudian dia mencari sesuatu didalam beg kecilnya yang dipenuhi kertas sahaja sambil dia ulang perkataan yang sama..."Akak tertinggal bas dik, itulah tiket tuh da tak leh pakai lagi..." sambil saya memerhati tingkah lakunya.


Kemudian dia berkata lagi... "Adik, ada no telefon tak?".. sambil dia memegang pen dan sehelai kertas...Saya pun berkata. "Nak buat apa?" Akak tu jawab.. "Akak nak topap kat adik semula nanti. Saya memandang akak tuh dengan kehairanan..

"Akak nak minta RM5 dik.. Sebab akak nak p topap, akak ada RM10.. tak cukup duit akak nak topap, Adik kasi RM5, nanti akak ganti balik akak masukkan topap kat adik semula RM5...

Sah!!.. Akak ni dah tak waras + peminta sedekah... Saya pun menjawab.."Tak ada duit".. sambil mata saya tertumpu pada game dan tak pedulikan akak tuh lagi.

Tak lama kemudian, dia beredar dari situ selepas saya tak pedulikan dia lagi.. Saya lihat dia menuju kearah budak perempuan lain pula.. Dalam hati saya, pasti budak perempuan tu akan jadi sasaran dia pula.

Dan bas pun tiba jugak akhirnya dalam pukul 7.30 petang...

nota: Macam mana boleh tak cukup RM5 untuk topap....sedangkan dah ada RM10...Hanya membantu pada yang layak sahaja.... Beginikah teknik baru peminta sedekah?? hurmmm..

20 comments

Leave a Reply