Selamat Hari Bapa buat Abah Tersayang! :)


posted by fiza saiza

7 comments

Haii...Haii...haii,

Ini cerita semalam...Seperti biasa bangun pagi untuk bersiap pergi kerja. Biasanya bila bangun terus capai tuala untuk mandi tapi pagi semalam saya terus capai telefon.

Tekan sahaja no 2, terus keluar no telefon abah. Menanti panggilan dijawab...

Sebaik sahaja panggilan dijawab, saya terus berkata "Assalamualaikum Abahhh....Selamat Hari Bapa!! Terima Kasih untuk segalanya" dengan hati yang girang.


Tapi, abah macam diam membisu seketika. Tak lama kemudian barulah abah bersuara dan berkata "Terima Kasih" dengan nada yang sebak.

Tetiba saya pun turut berasa sebak dan kami menangis bersamaII dalam talian. :'(

7 comments

Leave a Reply