Jadilah Diri Sendiri


posted by Unknown

10 comments

Hai peeps,

only urself

Ada 3 kecenderungan yang biasanya dialami oleh manusia dalam hidupnya, iaitu kecenderungan untuk mengikut, memilih dan mencipta.

Kecenderungan mengikut adalah meniru sikap orang lain, mengenakan peribadi mereka dan menyerupai sifatII mereka hingga melebur diri sendiri.

Timbulnya kecenderungan ini kerana rasa kagum dengan orang lain, bergantung padanya dan sangat menyukainya. Sehingga sanggup meniru semua yang dilakukan oleh orang yang dikaguminya, baik dalam perkara gerakan, lirikan, cara bercakap, cara menoleh, dsb.

Bila sampai ke tahap meniru seperti ini, sama sahaja seperti dia menguburkan hidupII peribadi sendiri dan membunuh potensi yang ada dalam dirinya serta berlawanan dengan arah dirinya.

Oleh itu hargailah diri sendiri dimana setiap manusia memiliki kelebihan, potensi dan bakat masingII.

Dengan kata lain, menerima  dengan penuh kerelaan setiap anugerah yang ada pada diri kita. Kembangkanlah, tumbuhkanlah dan dapatkanlah manfaat darinya.

10 comments

Leave a Reply