Ohh!! Bahayanya!! Kaki dicelah tren


posted by fiza saiza

6 comments

Hallo peeps,

Saya ada satu cerita yang hendak disampaikan, kejadian yang berlaku pada 3 bulan yang lalu..masih menjadi igauan buat saya.

Ketika saya pulang dari kerja seperti biasa, saya akan menaiki tren putra di KL sentral dan turun di masjid jamek. Sepanjang perjalanan ke stesen masjid jamek keadaan didalam tren yang agak sesak dan berhimpit antara satu sama lain.

Sesampai je di masjid jamek masingII berebut untuk keluar, dan tak kurang juga untuk berebut masuk. Mengapa tiada nilaiII displin pada rakyat malaysia ini?? Kita seharusnya bagi ruang untuk penumpang keluar terlebih dahulu...Jadi tak perlu la berebutII macam tu kan...Ketika itu, ada seorang girl ni dia nak keluar juga dari tren semasa di stesen masjid jamek.

Entah macam mana kakinya terjatuh antara ruang yang ada pada pintu tren dengan pintu stesen. Semua orang menjerit memegang pintu tren tak kasi pintu tren tertutup. Keadaan menjadi kelam kabut seketika. Kemudian ada orang cuba mengangkat girl tersebut dan dia terselamat.

Sejak berlakunya kejadian tersebut didepan mata saya, saya menjadi lebih berhatiII ketika hendak melangkah keluar dari tren. SangatII takut bila terkenangkan kejadian tersebut.




p/s : U'olls please and please and please mind the gap okay!!


6 comments

Leave a Reply