Dalam rahim mama ada SAYA!! Sudah 27 tahun kini


posted by fiza saiza

10 comments

As salam semua,

Hari ini sudah genap usia saya yang ke 17 tahun..ehhh..bukan 27 tahun ke??
Yupp..memang 27 tahun la..saja ja nak mengeletis...hehee  

Terciptanya saya di dunia yang penuh dengan pancaroba ini dengan kuasa Allah s.w.t yang menjadikan kita daripada tanah. Bermulanya, melalui dengan air mani yang dikumpulkan didalam rahim mama saya.

Kemudian saya menjadi segumpal darah didalam perut mama saya. Selepas itu pula, saya menjadi seketul daging kecil yang semakin hari semakin membesar lalu tumbuh tulang berserta daging yang membuatkan saya sempurna dan cukup sifat. 

Lalu dengan kuasa besar-Nya, diutuskan malaikat lalu meniupkan roh kedalam tubuh saya. Kemudian genap 9 bulan barulah saya lahir sebagai bayi yang comel..comel kerr??

Disini saya selitkan gmbr mase kecik..




Saya sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini untuk mengenal dunia melalui pengalaman yang saya alami sepanjang hidup saya. Terima kasih kepada abah dan mama..Anda adalah segalaIInya bagi saya..
Love both of you so much

  


10 comments

Leave a Reply