Salam Takziah


posted by Unknown

No comments


Adik Ahmad Adam Syukri yang telah lahir pada 04 Mac 2012 secara vacuum & telah mengalami BRAIN DAMAGED Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy) @ lebih dikenali sebagai kerosakan pada saraf otak..

Sewaktu kelahirannya adam keluar dlm keaadan flat & kekurangan oksigen. Scan MRI pada 9 Mac 2012 menunjukkan otak adam mengalami kerosakan yang amat teruk. Adam tidak pandai menelan air liur dan bergantung pada mesin oksigen kerana perlu sedut air liur dalam rongga hidung & mulutnya untuk terus hidup. 

Mata kanan adam mengalami injured, begitu juga dengan telinga sebelah kanan yang tidak dapat mendengar kerana kerosakan pada bahagian dalam telinganya. Doktor pakar otak mengesahkan adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal memang amat tipis. Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak adam sebagai kematian saraf otak....sumber daripada:Adik Ahmad Adam Syukri

Salam takziah kepada keluarga arwah adik adam..

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar.” 

(Surah al-Anfal, ayat 28).

Leave a Reply