Archive for April 2016

Semakan Keputusan Temuduga Calon KEMAS 2016


posted by Unknown

6 comments

As salam semua..

Hari ini saya nak update pasal keputusan temuduga KEMAS yang saya pergi hujung bulan 3 yang lalu.

Keputusan boleh disemak di http://sistemkemas.com/spakk/semak.php

Jadi, bagaimana dengan keputusan saya??


Belum ada rezeki saya lagi.. saya cuma dapat sebagai calon simpanan sahaja.

Bagi sesiapa yang berjaya.. saya ucapkan tahniah untuk anda! :)




Percutian di Kota Kinabalu, Sabah PART 4


posted by Unknown

No comments

As salam semua...

Celik je mata pagi ni, tetibe dengar orang menyanyi..."Happy Birthday to u... happy birthday to my wife...happy birthday to u....." sambil dia tersengihII... 
Nota: Terima Kasih yea suami... love u!! dengan nyanyian je pun da cukup bermakna... siap bawak p holiday untuk celebrate anniversary n birthday... Next year nak holiday lagi boleh?? hehehee

Hari ini adalah hari terakhir kami di Sabah, kami just lepakII dan ambil angin dipagi hari di todak waterfront.


 Todak Waterfront

SambilII itu, kami melihat botII besar dijeti yang baru balik dari laut. Da puas pusingII, kami balik ke hotel semula. Pada pukul 1.00 tengahari kami check out.

Sementara menunggu flight kami pada pukul 8.10 malam... Kami berjalanII di Suria Sabah Mall.

 
Kami makan tengahari dan menghabiskan masa dengan shopping kat sini... tp, takdela shopping banyak pun.. shopping untuk kami berdua je...hehee
 
 
Dalam pukul 4.00 petang pula, kami ke pasar Filipina semula untuk beli udang kering & ikan bilis yang telah dikirim. Siap ada perkhidmatan packing dalam kotak untuk memudahkan kita semasa naik flight nanti.
 
Lepas settle semua, kami singgah ke gerai di area situ jgak untuk minum cendol. Dengan cuaca panas dapat minum air sejukII memang syok!!
 
 
Cendol Sabah bah... :)
 
 
Pukul 5.30 petang, kami lepak di Segama Waterfront sambil melihat suasana yang semakin senja.
 
 
Dalam pukul 6.30, kawan kami datang untuk menjemput kami dan membawa kami ke lapangan terbang kota kinabalu (KKIA) untuk pulang ke KLIA.
 

Habis sudah trip kami untuk kali ini. Sampai sini sahaja coretan saya pada hari ni...byeII

Percutian di Kota Kinabalu, Sabah PART 3


posted by Unknown

No comments

As salam semua...

Pada hari ke-3 (isnin) 4 April 2016, kami bercadang untuk ke kundasang.
Jadi, pada pukul 7.30 pagi, saya mula google mencari kereta sewa yang murah,
akhirnya dapat la sebuah Viva manual berharga RM90 untuk 1 hari.

Pukul 8.30 pagi, penyewa kereta menghantar kereta tersebut di depan lobi hotel. Sementara fiq turun bawah ambil kereta saya pula bersiapII. Tak lama kemudian fiq pula naik dan bersiap. Selesai bersiap, kami breakfast dulu di hotel.


Inila kereta sewanya :)

Pada pukul 9.30 pagi kami mula bertolak, memandangkan kami tak tahu jalan, so fiq mula buka waze. Kami bercadang untuk ke rumah terbalik dahulu. Sebab melalui blogII yang saya baca sebelum ini, rumah terbalik lebih dekat dan ia jalan sehala ke kundasang.

Perjalanan ke rumah terbalik cuma mengambil masa dlm 45minit. Pada pukul 11 pagi kami sampai disana. Tiket masuk ke rumah terbalik RM10.60 untuk seorang (dewasa).


Di dalam rumah terbalik, anda hanya dibenarkan melihat sahaja keadaan di dalam rumah terbalik tanpa dibenarkan mengambil sebarang gambar. Tetapi, diluar rumah terbalik kita bebas untuk bergambar.

 

Jom!! Next perjalanan...
 
Setelah melihat sekeliling kawasan rumah terbalik, lebih kurang pukul 11.45 pagi saya dan suami meneruskan perjalanan ke desa cattle dairy farm di kundasang. Perjalanan ke kundasang dari rumah terbalik mengambil masa lebih kurang dalam 1 jam 30minit.

Sepanjang perjalanan ini, memang banyak roundabout, tapi jangan risau, roundabout yang ada, anda hanya perlu ambil jam 12 je mengikut waze. Laluan ke kundansang juga lebih kurang perjalanan ke genting yang berbukit bukau. Jadi, berhatiII yea.

 
Da nak sampai...

 
Sampai jugak akhirnya..

Lebih kurang pukul 1.30 tengahari kami sampai, tiket masuk RM5 untuk seorang (dewasa). Pemandangan disini sangatII cantik, perasaan seperti berada diluar Negara.


 
Anyway...Alhamdullilah...hari ni genap 2 tahun perkahwinan kami.. 
Happy Anniversary Husband!
I hope our relationship will last longer and insyaAllah we will stay together until jannah.
May Allah bless our life..Amin...
 
Disini kita boleh kasi lembu or kambing makan. Untuk memberikan lembu minum susu, dikenakan harga rm1.50 unutk memberi makan rumput berharga RM1.


Setelas puas bergambar dan lepak di dairy farm pada pukul 2.30 petang kami bercadang untuk pulang ke KK semula.

Semasa perjalanan pulang, saya cadangkan kat suami untuk singgah ke Jalan sulaman untuk makan lokan bakar dan kelapa bakar yang selalu disebutII jika datang ke sabah.

Fiq mula waze dan lebih kurang dalam pukul 3.30 petang kami sampai di deretan kedaiII yang menjual lokan. Harganya juga agak murah RM12.

 
Memang sedapp!! AndaII kena cuba tau!!

Sejam kami disitu, pada pukul 4.30 petang kami meneruskan perjalanan ke pusat bandar KK.

Lebih kurang pukul 5.15 petang, kami sampai di pusat Bandar KK dan kami singgah ke Oceanus Waterfront Mall pula.



Kami berjalanII dan melihat pemandangan yang sudah senja disitu pada pukul 6.00petang.


Dan, pulang ke hotel semula untuk berehat. Malamnya kami cuma melepak di hotel kerana agak penat. Makan malam pun kami just menggunakan room service jer..

 
Lamb chop & chicken chop + orange juice

PART 4


Percutian di Kota Kinabalu, Sabah PART 2


posted by Unknown

2 comments

As salam semua...

Pakej aktiviti ke pulau saya amik melalui blogII yang pernah pergi ke Sabah dan saya mencari pakej dari Island Hop Ekpress, dan saya dapat berhubung dengan en James (014-8619586) saya booking 2 minggu sebelum ke sabah.

Saya ambil pakej ke 3 pulau termasuk snorkelling dan BBQ lunch berharga RM200 untuk 2 orang. Pada hari ahad pukul 8.30pagi kami da turun dari hotel untuk ke jesselton point. Dari hotel kami ke jeti jesselton cuma 8minit je dengan berjalan kaki. Sangat dekat!!

Sampai kat Jeti jesselton, kami ke kaunter 10 untuk jumpa dengan en. james, kami diberi tiket untuk mengambil item snorkelling dan tunggu bot di jeti.


Pada pukul 8.45pagi kami menaiki bot untuk ke Pulau Manukan, kami diberi masa sehingga ke pukul 12 tengahari. Pulau Manukan memang sangt cantik, airnya yang jernih.

 
BerjamII kami berendam untuk snorkeling. IkanII disini juga senang dilihat nakII pula kalau kita campak makanan ikan. Memang sangat berpuas hati.
 
 
Pada pukul 12 tengahari pula, kami ke destinasi ke-2, Pulau Mamutik. Di pulau ini, kami buat keputusan untuk berehat sambil makan tengahari. Di pulau ini, kami cuma mengambil gambar dan bersantai di tepi pulau sahaja sampai pukul 2 petang.

 
Pulau mamutik juga sangat cantik!!


Kemudian ke destinasi ke-3, iaitu Pulau Sapi... Di pulau sapi, kami beraktiviti lagi di area snorkelling... Fiq la yang lama berendam dalam air, seronok sangat tengok ikanII sambil kasi makanan ikan sampaila ke pukul 5 petang.


 
really love Sabah Islands

 
Memang sangat berbaloi dan puas hati la. Kemudian kami tunggu bot tiba untuk pulang ke jeti semula. Habis sudah trip islands :)

Pada malamnya, kami makan di kedai makan area jeti jesselton sambil menikmati pemandangan malam area jeti yang agak romantik suasananya.

Nantikan sambunganya...

PART 3

Percutian di Kota Kinabalu, Sabah PART 1


posted by Unknown

No comments

As salam semua...

Hari ini saya nak menceritakan pengalaman saya pergi bercuti ke Sabah pada 2-5 April 2016.

Kami mengambil tiket pada 2 April (sabtu) kerana tiket pada hari itu agak murah RM58 oneway. Disebabkan kenaikan harga tiket erl, kami  bercadang menaiki jetbus dari tbs ke klia2. Perjalananan mengambil masa 1jam dan berharga RM10.00 untuk seorang. Sangat jimat!! hehehe

 
Da sampai ke klia2 :)

Perjalanan dari KL ke Sabah mengambil masa 2 jam 15 minit. Flight kami pada pukul 2.45petang dan sampai disana pada pukul 5.00 petang.

Sampai di KKIA, kami dijemput oleh kawan. Memandangkan kami sudah agak lapar, kami meminta yoyon bawak kami pergi makan. Disana, pada pukul 6petang, cuaca sudah agak senja. Kami makan petang sambil menikmati pemandangan senja di pantai tanjung aru.


Selepas settle makan, yoyon bawak kami pusingII sekitar Bandar KK. Dalam pukul 7 malam baru kami check-in di Gaya Center Hotel, kami menginap disini 4 hari 3 malam.

Pukul 8 malam, kami menunggu abang long iaitu abang kepada suami saya yang tinggal di Sabah. Mereka membawa kami pergi makan malam di area pasar Filipina.


Di sini pelbagai makanan laut disediakan, memang rambang mata nak pilih seafood bakar. Memang sedap dan harganya juga agak murah.

Selesai makan, kami lepak di todak waterfront sambil melihat pemandangan laut dimalam hari, agak ramai juga pengunjung dan juga penduduk Sabah yang duduk melepak disitu.

Da puas melepak area situ, kami pulang ke hotel semula untuk berehat. Esoknya pula kami ada aktiviti ke pulau.

PART 2