Archive for March 2016

Interview KEMAS


posted by Unknown

6 comments

As salam...haloo..haloo....halloo..

Minggu lepas saya dapat panggilan telefon dan sms dari pihak kemas untuk menghadiri temuduga pada 23 Mac 2016 iaitu pada hari Rabu di Institut Latihan Kemas, Kuantan.

Memandangkan, saya bekerja di KL, jadi saya meminta nama saya ditukarkan kepada 21 Mac 2016 pada hari isnin. Ini memudahkan urusan saya.. On weekend boleh balik kampung dan minta cuti untuk hari isnin.

Yang saya tahu, temuduga ini dibuat selama 3hari bermula 21-23 Mac 2016.
Untuk jawatan Guru Tadika gred S27, tapi temuduga ini cuma untuk mendapatkan kelayakan bagi sijil PAC nanti. 

Pada pagi isnin, 7.30 pagi adalah sesi pendaftaran. Temuduga ini ada 2 sesi,  sesi kecergasan dan juga sesi lisan. Nama saya untuk sesi kecergasan dan petangnya barulah sesi lisan.

Nasib baik dapat sesi kecergasan dipagi hari, tak la berpanas terik nanti... Ujian kecergasan yang dibuat cuma perlu lari 2.4km iaitu 40 pusingan tak melebihi 20minit.

Kami diukur ketinggian dan juga berat. Kemudian, volunteer untuk sesiapa saja mulakan larian, hanya 3 orang setiap larian. Jadi, saya volunteerkan diri untuk berlari pada pusingan ke-2.. Dapatla jugak abiskan 40 pusingan dengan masa 17minit. lulus la untuk ujian kecergasan tu.

Selesai ujian kecergasan, saya dibenarkan keluar dan masuk semula pada pukul 2 petang untuk ujian lisan. Sedangkan time tu baru pukul 9.30pagi..hehehee.. banyak masa untuk study ujian lisan nanti.

Disitu, saya berkenalan dengan anisah, yang datang dari kuala lipis untuk temuduga kemas juga. Dia datang dengan ibu saudaranya. Jadi, saya follow mereka. Kami keluar dari ILK, then pergi ke pusat Bandar.

Da singgah minum, lepas tu sempat jgak ibu saudara anisah ajak pergi ke cowboy untuk beli sedikit barang. Kemudian, kami buat keputusan pergi ke Teluk Cempedak untuk study di sana. KononII nak study ditempat yang tenang dan damai... Tapi, sampai sana.. angin sepoiII bahasa buat saya rasa mengantuk n malas nk study... hahaaaa..


ehh..npe mcm ada double chin je tu.. Anisah tengah malu tu mase saya snap gambar ni.. hehehe

TengahII study dengan anisah, dalam pukul 12.30 tengahari, suami call ajak beli tiket untuk blik KL.. jadi, saya minta fiq amik saya kt TC sajala masa tu.. byeII anisah..terima kasih tumpangkan saya, jumpa petang nanti yea..

Selesai pergi TSK beli tiket balik, kami pergi makan sebelum fiq anta saya semula ke ILK pada pukul 2. Pada pukul 2 petang, anisah da ada kat ILK dan kami pergi pula untuk sesi lisan.

Untuk sesi lisan, ada 2 orang panel dan 3 orang ditemuduga secara serentak.
Soalan temuduga antaranya berkaitan kemas, isu semasa dan politik.

Antara soalannya :
1) KEMAS di bawah kementerian apa?
2) Selain tadika dan taska, program apa yang KEMAS ada?
3) Apa yang anda tahu berkenaan GDW (Gerakan Daya Wawasan)
4) Apa itu GST dan apa pandangan anda sebagai rakyat tentang perkara ini?
5) Dari segi sains apa yang anda boleh contribute untuk kanakII tadika?
6) Jika anda sebagai guru tadika, dan cuma ada 3 orang kanakII sahaja disitu, apa yang akan ada lakukan untuk memperkenalkan dan membangunkan kemas selain promosi?
7) Siapakah Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah?
8) Berapakah parti yang ada dalam Malaysia?
9) Berapa kerusi parlimen dalam Malaysia?

Itu je antara soalan yang saya ingat... hehee

Apepun, saya da buat yang terbaik, berjaya atau tidak saya terima je :)

Jadi keputusan bagi yang berjaya dalam temuduga ini akan keluar pada 20-27 April 2016 di www.kemas.gov.my.

Bercuti di Langkawi bersama buddies Part 3 :)


posted by Unknown

No comments

As salam semua..

Hari terakhir kami di langkawi pada 10 May 2015, kami bershopping... Rugi besar datang langkawi tak bershopping.. MacamII antara kami shoping untuk family dan juga untuk diri sendiri. Ada beli set pinggan mangkuk, borong coklat, borong rokok, beli bagasi baru dan macamII lagi la.. Penuh 1 van.. hahahaa

Ok.. masa untuk check out.. Selamat tinggal Langgura Baron chalet!! Asik letak muka saya je, letak muka husband la plak.. :)


Da settle check out, kami masih ada masa beberapa jam lagi, jadi kami singgah ke dataran lang untuk bergambar sebagai kenangan.

JejakaII sado~ hahahaa



 
Agak ramai juga orang masa ni, da puas bergambar, kami bertolak ke airport pula. ByeII langkawi..

 
 
Tamat percutian di langkawi bersama gengII ex-SKTL .. :)
 
p/s: next destination pls buddies! haha

Bercuti di Langkawi bersama buddies Part 2 :)


posted by Unknown

No comments

As salam semua..

Pada hari esoknya 9 May 2015, kami beraktiviti di Pulau. Kami ambil pakej Island Hoping dengan melawat 3 Pulau iaitu Tasik Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah.

Bergambar dulu sebelum trip island hoping...


Kami dibawa ke Tasik Dayang Bunting dulu.. okay...gegurl sedang mendaki sambil posing :)

 
Agak penat jugak..naik turun tangga untuk sampai ke tasik dayang bunting ni. Akhirnya sampai juga... Amboi...kemain dorang bergambar, saya plak jadi photographer dorang.. xpe.. xpe...

 
Nah... giliran saya plak bergambar :)

 
 
Mengikut kataII orang, bagi sesiapa yang inginkan zuriat digalakkan minum air tasik ni.. In sha Allah..ada rezekinya..
 
Kami diberi masa untuk mandi manda dan bersantai kt sini.. Si jejaka semua terus terjun tasik. Kami yang gegurl just mainII air je kt tepi...
 
Kemudian kami bertolak pula ke Pulau Singa Besar untuk Eagle Feeding, pemandu bot mencampakkan daging ayam untuk menarik perhatian helang. 
 
 
Dan destinasi ke-3 Pulau Beras Basah, Fiq dengan jejakaII lain da sibuk ke snorkelling dan mandi manda. Saya plak amik peluang untuk bergambar. Dah puas bergambar baru turut serta mandi manda dengan dorang.
 
 
 
Cantik dan bersih juga pulauII di Malaysia ni. Rugi bagi sapeII tak berjalan dinegara sendiri! :)
 
Trip island hoping da habis... kami balik ke chenang semula.. Sampai di pantai chenang, masa tu baru pukul 5 petang, jadi kami keputusan untuk main babana bot dan parasailing dulu di Pantai Tengah.
 
Ready... and I'm flying... :) Walaupun hakikatnya agak gayat dan takut, namun hilang semua ketakutan tu bila tengok keindahan alam dari atas..  
 
 
We are buddies..
 
 
 
PART 3
 
 
 

Bercuti di Langkawi bersama buddies Part 1 :)


posted by Unknown

No comments

As salam semua..

Hari ini saya hendak menceritakan pengalaman kami bercuti di Langkawi selama 3 hari 2 malam bersama kawanII pada 8-10 May 2015. Tiket air asia juga agak murah..RM39 one-way. Kami pergi seramai 7orang termasuk saya dengan fiq.

 
Sampai sahaja di airport langkawi, kami menaiki van yang telah disewakan dan menuju ke 3D Art Museum dan Cable Car. Nasib baik ada kawan yang tahu jalan, jadi tak susah la nak menuju kesana..
 
Memang menarik sangatII 3D Art kat langkawi ni, kami bergambar sakan!! hahahaa..
 

 
 
Da puas bergambar, kami pergi naik cable car pulak.. adoii!! gayat ler :(
 
 
Habis melawat area situ, kami teruskan perjalanan ke chalet untuk check in, kami stay di Langgura Baron di area chenang. Chenang merupakan tempat tumpuan untuk mereka menginap kerana berdekatan dengan pantai dan juga kemudahan yang banyak.
 
Sampai je di chalet, kami berehat dan pada malamnya kami keluar berjalanII area pantai chenang dan makan malam bersamaII.
 
 
Da makan kenyangII, kami lepak dipantai untuk ambil angin malam..
 
 

Selamat Pengantin Baru Girlfrend


posted by Unknown

1 comment

As salam semua...

Pada awal bulan 2, saya balik ke kuantan untuk menghadiri majlis perkahwinan my beautiful gurl. Pada 6 Feb 2016 pagi sabtu berlangsungla majlis pernikahan Lynda & Shah.

Alhamdullilah, majlis pernikahan lynda berjalan dengan lancar.


Hari esoknya pula, 7 Feb..majlis persandingan berlangsung di Dewan. Saya antara bridemaidsnya :)
 
 
 
 
Apepun, Selamat Pengantin Baru Lynda & Shah! Semoga korang berbahagia till Jannah...Amin....
 
 

Bercuti di Krabi, Thailand 2015 Part 3


posted by Unknown

No comments

As salam.... Haloo.. haloo.. halloo..

Balik je dari aktiviti snorkelling, kami makan petang dan balik berehat di hotel sebab malamnya kami nak ke night market pula untuk shoppingII barang dan beli sedikit souvenir untuk keluarga.

Pada pukul 8.30 malam, sebuah mini van datang ambil kami, kami menghabiskan masa dipasar malam sehingga pukul 11 malam. If korang nak membeli belah, datangla ke night market, semuanya lebih murah berbanding di aonang.

Keesokkan harinya, 5 April 2015..kami bersiarII di sekitar aonang sahaja dan kami membuat rawatan urut badan dan kaki sementara menunggu flight balik pada pukul 5.10petang.



 
Pada pukul 7.30petang kami sampai di Klia2. Fiq ajak singgah minum, tibaII saya dapat sepotong kek lalu dinyanyikan lagu Happy Birthday :)
 
Terima kasih suami!! :) lalalaaa~
 
 
 
p/s: Terserlah muka kepenatan... next time bawak saya travel lgi yea fiq :)

Bercuti di Krabi, Thailand 2015 Part 2


posted by Unknown

No comments

As salam.... Haloo.. haloo.. halloo..

Hari ini, kami bangun awal untuk aktiviti di pulau.. Kami sangatII excited!! Bergambar dulu sementara tunggu pelancong lain datang. Dalam pukul 8.30pagi, semua pelancong sudah berkumpul dan mendengar sedikit penerangan daripada pemandu bot, kami pun bertolak.

 
Pulau pertama, kami dibawa ke Bamboo Island.. Yeahh...da sampai.. Memang cantik sangatII Bamboo Island ni, pasir yang putih bersih dan air yang sangat jernih.

 
Mereka memberi kami masa yang telah ditetapkan untuk melihat keindahan di sekeliling pulau ini dan juga untuk bergambar untuk kenangan.

 
Destinasi ke-2 pula, Viking Cave. Disini kami tak dibenarkan turun, cuma boleh melihat dan bergambar dari bot sahaja. Namun, dengan hanya melihat dari luar, memang dalam hati berdetik, "indahnya bumi Allah"..

 
Pulau ke-3 pula, kami sampai di Maya Bay.. Disini, masa diberikan agak lama untuk kita bersantai dan mandi-manda di pulau ini. Saya lebih teruja melihat sekeliling kawasan, fiq plak tak sabar nak mandi katanya.. heheee

 
Hari ini 4 April 2015, genapla setahun kami bergelar suami isteri. Masih jauh perjalanan kami berdua, semoga kami dikurniakan cahaya mata kelak dan kekal bahagia till Jannah..Amin... p/s : Happy Anniversary 1st year sayang!

 
Haa...tengokla tu, kemain lagi fiq tersadai kat pasir..tak takut sunburn ke?? Seronok yea mandi kat sini...hahahaaa

 
Ok.. sebelum pergi ke pulau seterusnya, kami bergambar dulu di Maya Bay Island ni untuk kenangan bersama..
 
 
Destinasi ke-4 kami dibawa pula ke Phi Phi Don, disini kami disediakan makan tengahari dan berehat... Makanan yang disediakan juga sedapII belaka. Disebabkan kekenyangan, jalan pun sambil tido..hehehee
 
 
Walaupun da kenyang, minta fiq belanja aiskrim kelapa... sedap!!
 
 
Bagi mereka yang tak reti penat, boleh sambung mandi manda kt phi phi don pula, kami buat keputusan nak berehat je, sebab nak simpan tenaga untuk snorkeling jap lagi... hehehe..
 

 
Pulau ke-5, kami dibawa ke Noi Bay... aktiviti ini yang dinantiII oleh fiq.. Sampai je kat noi bay ni, terus fiq terjun... hurmm..saya je la snap gambar dia dari atas bot sambil makan buah-buahan yang disediakan dalam trip ini..heheee


 
Pulau ke-6 adalah Lohsamah Bay, disini juga untuk aktiviti snorkelling. Jadi, kami sambung snorkeling lagi kat sini. Seronok betol orang belakang tu tengok ikan nemo...
 
 
Habis sudah, aktiviti pulau hari ini, muka pun da sunburn..ayuh pulang ke hotel..:)
 
 
If korang ke krabi, amikla pakej yang ke PhiPhi Island..memang berbaloi!!..
 
PART 3
 

Bercuti di Krabi, Thailand 2015 Part 1


posted by Unknown

No comments

As salam.... Haloo.. haloo.. halloo..

Memandangkan sudah setahun saya tak pedulikan blog ini.
Hari ini mula terasa nak mengupdatekan segala benda yang sudah bertahun duduk dalam draf.. hahaa..

Saya ingin menceritakan pengalaman kami bercuti ke krabi untuk 3 hari 2 mlm.
Kami pergi ke krabi pada 3-5 April 2015 sempena anniversary kami yang baru setahun ketika ini. 

Flight kami dari KUL(kuala Lumpur) ke KBV (krabi) pada pukul 4.15petang sampai disana pada pukul 4.40petang. Kami amik tiket petang sebab tiket sangat murah waktu itu berharga RM78 untuk oneway.


Waktu disana awal sejam dari tempat kita. Sampai sahaja disana kami dijemput oleh pemandu airport yang kami booking untuk transport pergi dan balik ke airport krabi. Kami menginap di J Hotel yang berdekatan dengan Aonang.

Sesampai di Hotel, kami terus check in untuk letakII barang, kemudian kami keluar balik utk melihat sekitar pantai aonang. Aonang adalah tempat yang paling strategik untuk korang menginap kerana disini kemudahan yang sangat banyak selain dekat dengan pantai.

Tanpa buang masa kami surveyII pakej untuk ke pulau untuk aktiviti esoknya.
Kami ambil pakej Phi Phi Island untuk ke 6 buah pulau termasuk makan tengahari. Aktiviti pulau dari pkul 9pagi sehingga 5petang dan kami juga amik transport untuk ke night market pada malamnya dari pkul 8.30malam sampai pukul 11 malam.

Da settle booking untuk aktiviti esok pagi, kami balik ke hotel semula untuk berehat dan keluar pula pada malamnya untuk makan malam. Jangan risau disini terdapat jugak restoran yang halal.. Selesai makan kami pusingII lagi disekitar aonang ini.




Kawasan aonang ini sangat meriah walaupun dimalam hari. Sudah puas pusingII disini. Kami pun balik ke hotel semula, esok nak beraktiviti di pulau pulak.. so, kna balik rehat la... :)

PART 2





 

 

Majlis Sambut Menantu :)


posted by Unknown

4 comments

As salam semua...

Hampir 2 tahun baru nak publish majlis sambut menantu..Hahahaa..

Majlis sambut menantu atau juga dikenali majlis bertandang dilakukan 2 bulan selepas majlis persandingan dibelah saya. Pada 31 Mei 2014 majlis bertandang di langsungkan. Majlis ini kami buat lewat kerana kami gabungkan majlis perkahwinan adik suami saya dengan majlis bertandang kami.

2 pasangan pengantin di satu majlis.. Jimat masa..jimat tenaga dan jimat kos juga..Itu yang penting...hehehe..

Pada majlis pernikahan dan majlis persandingan kami dah mengenakan persalinan moden. Jadi, di majlis bertandang kami mengenakan persalinan tradisional iaitu songket.

Gambar pengantin : Rizal & Zue | Fiza & Fiq



Sesi outdoor di Pantai Sepat, Kuantan




Diharap kawanII dapat mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kami sehingga akhir hayat...Amin...:)


Pakej Andaman : Andaman Sri Faza (Faizal) : 019-998 6554
Lot 1.20 Aras 1 Kompleks Teruntum, Kuantan, Pahang