Archive for August 2014

Yang simple jadi bersimpul


posted by Unknown

2 comments

As salam dan hai..haii..haii...

Situasi : Di tempat kerja.




A : Jam berapa engkau sampai ke pejabat?

B : Malam tadi aku tidur lewat sbb tengok bola. Pagi tadi pula aku terbangun lewat sebab bini aku tak kejutkan aku. Jalan ke pejabat jem sebab ada kemalangan. Kereta aku plak semput dan mati enjin ditengah jalan...

A : (si A memotong cerita si B) Aku hanya nak tau jam berapa engkau sampai ke pejabat.  Itu aje!

Agak mengelikan hati jugak jika ada perbualan seperti ini. Ada orang suka bercakap lebih daripada yang sepatutnya. Orang begini biasanya menjawab soalan yang pendek dengan jawapan yang panjang supaya mendapat markah yang lebih dalam peperiksaan. 

Ia juga mengambarkan seseorang yang menyukarkan perkara yang mudah.
Mengapa kita perlu menyuap nasi dengan mengangkat tangan kanan kebelakang tengkuk untuk menyuap ke kiri mulut? Kan mudah hanya menyuapkan nasi dari pinggan terus ke mulut?

Sikap sesetengah daripada kita yang membelit sesuatu yang lurus memang pelik.

Oleh kerana sikap kita yang suka menyukarkan yang mudah, kita sendirilah yang mengheret langkah kaki dan memperlahankan tindakan. Padahnya, yang simple jadi bersimpul, yang lurus menjadi berselirat, yang senang menjadi sukar dan yang jernih menjadi keruh... kan??

Mulut orang tak boleh ditutup...


posted by Unknown

15 comments

Hai..haii..haiii...



Bila kita jadi jahat,
ORANG BENCI.

Bila jadi baik,
ORANG MELUAT.

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita
BERLAGAK ALIM.

Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata
"ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"

Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita
SKEMA.

Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam
TAKDE MASA DEPAN.

Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni
BAJET BAGUS.

Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni
KURANG AJAR.

Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni
'KAMPONG GILERR'.

Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni
TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free.

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata
"JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"

Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata
"TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"

Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata
"YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"

Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata
"APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah. Tapi kalau buat baik pun masih ada yang mengata. Seharusnya, keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula, perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH S.W.T terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan ALLAH S.W.T. Dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati.

P/S: buatlah yang terbaik pada diri sendiri..teguran akan menjadikan kita insan yang lebih baik =)

Majlis Persandingan di Pantai


posted by Unknown

11 comments

As salam dan halooo haloo untuk semua...

Maafla sudah lama tak update blog ni.. Cerita lama yang baru nak dikongsikan untuk kawanII bloggers saya... Sudah 3 bulan lebih baru dapat kongsikan gambar persandingan saya...hehehee

Pada 5 April 2014 (Sabtu) berlangsung pula majlis persandingan saya dengan suami di Pantai Tanjung Lumpur, hanya berhadapan rumah saya sahaja :) Majlis persandingan ini juga jatuh pada harijadi saya yang ke 28 tahun..:D

Majlis bermula dari pukul 12.30 sehinggalah 5.00 petang. Pada pukul 10 pagi saya mula dipersiapkan oleh mak andam dan siap dalam pukul 12.00 tengahari.


Sementara menunggu belah lelaki tiba..Berposing dulu la dalam bilik & dalam rumah..hehehe



Dalam 12.30 tengahari, belah lelaki pun sampai...Laluan karpet merah ke pelamin.


Untuk tatapan anda, antara gambar kami di pelamin :)




Itu sahaja buat hari ini :)

Pakej Andaman : Andaman Sri Faza (Faizal) : 019-998 6554
Lot 1.20 Aras 1 Kompleks Teruntum, Kuantan, Pahang