Archive for July 2013

Iftar bersama keluarga di Padang MPK, Kuantan


posted by fiza saiza

13 comments

As salam..haii..haii..hai...

Hujung minggu baruII ni, saya pulang ke kuantan kerana merancang bersama keluarga untuk berbuka bersamaII.

Setiap tahun di bulan puasa kebanyakkan masyarakat di kuantan mengambil kesempatan untuk beriftar bersamaII keluarga & kawanII di tengah Padang MPK, Kuantan.

Lokasi ini dipilih kerana berdekatan dengan bazar ramadhan yang dibuka di taman kerang memudahkan untuk mereka membeli lauk untuk berbuka. Ianya juga bersebelahan dengan Masjid Negeri, Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan.

Kami membawa makanan yang telah sedia dimasak oleh mama.


Selesai berbuka kami menunaikan solat maghrib di Masjid dan kemudian pulang ke rumah.

p/s: Suasana meriah apabila dapat berbuka bersamaII keluarga.









Alhamdullillah...rezeki di bulan puasa...


posted by fiza saiza

16 comments


Haii...haii..haii..

Tak dapat nak mengambarkan kepelbagaian perasaan yang saya rasakan sekarang ini. Terkejut, seronok, gembira dan teruja sangatII kerana saya menang dalam segmen yang saya join awal bulan lalu.


Memang tak disangka saya akan menang dalam segmen Giveaway 10k Followers Mialiana... Dalam banyak kali saya join manaII segmen.. Inilah kali pertama saya menang. Kali ni saya rasa diri ini bertuah pula....hehehee

Saya dapat Sehelai Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65. Apepun, saya ingin mengucapkan terima kasih banyakII buat kak mia liana kerana menganjurkan segmen ini.

Tidak lupa juga kepada sponsor segmen ini iaitu 
keledek pedas kerana menyediakan hadiah kepada pemenang.

Selamat Berjaya untuk korang dalam apa jua yang dilakukan.. Amin..


p/s : tak sabar nak tunggu parcel sampai..




 

Kesibukkan melanda...


posted by fiza saiza

10 comments

Haloo...haloo..haloo..

Hampir 2 minggu saya tak update blog kerana komitmen pada kerja yang tak pernah habis.



Apepun, Selamat Bekerja yea kawanII..


p/s : Kesabaran diuji ketika bulan puasa dalam melaksanakan semua kerjaII di opis :)

Buku - Teman Sejati


posted by fiza saiza

19 comments

Haii..haii..haiii..
Faedah membaca dan menelaah.


1) Mengusir perasaan was-was, kecemasan dan kesedihan.
2) Menjauhkan kemungkinan seseorang untuk berhubungan dengan orang yang     menganggur dan tidak memiliki aktiviti.
3) Melatih lidah untuk berbicara dengan baik.
4) Mengembangkan akal, mencerahkan fikiran.
5) Meningkatkan pengetahuan dan mengembangkan daya ingatan dan pemahaman.
6) Mematangkan pengetahuan seseorang.
7) Meningkatkan keimanan khususnya ketika membaca bukuII karangan muslimin.     Sebab buku juga merupakan pemberi nasihat yang terbaik.
8) Membantu fikiran agar lebih tenang, membuat hati agar lebih terarah.
9) Dapat mengasah pemahaman kita terhadap sesuatu makna.
10) Dapat mengambil faedah dari beberapa pengalaman manusia seperti hikmah     orang yang bijak dan fatwa hukum para ulama'.

P/s : Seorang penyair mengatakan : Inti dari roh adalah pencerna yang dikandung makna bukanlah sesuatu yang anda makan atau minum.

Giveaway 10K Followers Mialiana.com


posted by fiza saiza

14 comments


Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Mialiana.com, Add Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  3. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :
Kerinchi | MyKeledek | Fanpage
Alycia | Fanpage
Aida Hanafiah
Amir Rofie | Google+
Chekgu Skolah | Fanpage
Anastasyea | Google+
Sha Dhira | Fanpage
Rafina Mimi | Fanpage
Paly | Fanpage
Dayang Deno | Fanpage
Cikgu Kaca Mata | Fanpage
Ieta | Fanpage
Deq'Nyss | Google+
Keyme Keymo | Google+
Nur Dzafirah | Fanpage

Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :
1 x Jus Delima Pompure bernilai RM 150
1 x Glutaking bernilai RM 150
1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
1 x Teddy Bear bernilai RM 100
2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35
1 x Wang Tunai RM 50
1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
1 x Farcheese Powder bernilai RM 25
3 x Doodle bernilai RM 10
2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
9 x Topup bernilai RM 10
4 x hadiah misteri bernilai RM50.00

jom support Mia Liana ya... join Giveaway ini dengan klik banner di atas...

Teknik baru peminta sedekah


posted by fiza saiza

20 comments

Haii..Haii..Haiii..

Pada hari jumaat lepas selepas habis waktu bekerja pada pukul 6 petang saya hendak pulang ke kuantan. Tiket bas pukul 7 petang. 

Sampai di titiwangsa dalam pukul 6.45petang. Tapi, bas tidak kelihatan, saya terus ke kaunter pertanyaan. Abang di kaunter bagitau jalan sesak, bas tiba lewat. Saya pun duduk menunggu disitu.

Sementara menunggu bas saya main candy crush. Tengah seronok main game. Tetiba datang seorang makcik ni yang berusia 30-an anggaran saya. Kelihatan seperti mahu menuju kearah saya.

Mukanya makeup agak tebal, siap ada letak blusher merah lagi dipipi, bibirnya disapu dengan lipstick merah. Dia memakai baju ibu mengandung berwarna hitam yang agak lusuh,tapi, dia tidak mengandung pun..berstoking hitam dan memakai kasut getah berwarna kelabu dengan membawa beg yang digalas ditepi bahu.


Lepas tu, tibaII sahaja terus dia duduk sebelah saya. Saya masih gigih main game tanpa pedulikan makcik tersebut. Namun, dia asyik memerhati saya..risau pulak saya dibuatnya..saya memerhati sekeliling..ada orang ramai..

Takut jugak jika tak ada orang ramai disitukan. Kemudian barulah makcik tuh bersuara. Dia bertanya, '"Adik, adik nak naik bas ke? Adik nak balik kemana? Akak pun nak naik bas jugak. Tapi, akak tertinggal bas". katanya.


Saya masih diam membisu..sambil concentrate pada candy crush yang makin lama corak permainannya semakin kejam...Susah betul nak lepas kat level ni.

Kemudian akak tu bersuara lagi.. "Adik, tu tpon iphone ehh..berapa harga tepon tuh dik?? Seratus ke dua ratus? Kawan akak ada kirim minta beli telefon macam tuh.."katanya lagi..

Saya mula berpikir, waras ke tak akak ni.. Kemudian dia berkata lagi. "Adik naik bas apa?" Pukul berapa? Saya pun bersuara."transnational, pukul 7petang, tapi, bas lewat..jalan sesak.." kataku...

"Akak terlepas bas la dik.."katanya lagi. Saya pun membalas, beli jela tiket baru kak kalau da terlepas bas. Lepas tuh, dia bersuara... "Itulah, tiket tuh dah tak leh pakai lagi".. katanya.

Kemudian dia mencari sesuatu didalam beg kecilnya yang dipenuhi kertas sahaja sambil dia ulang perkataan yang sama..."Akak tertinggal bas dik, itulah tiket tuh da tak leh pakai lagi..." sambil saya memerhati tingkah lakunya.


Kemudian dia berkata lagi... "Adik, ada no telefon tak?".. sambil dia memegang pen dan sehelai kertas...Saya pun berkata. "Nak buat apa?" Akak tu jawab.. "Akak nak topap kat adik semula nanti. Saya memandang akak tuh dengan kehairanan..

"Akak nak minta RM5 dik.. Sebab akak nak p topap, akak ada RM10.. tak cukup duit akak nak topap, Adik kasi RM5, nanti akak ganti balik akak masukkan topap kat adik semula RM5...

Sah!!.. Akak ni dah tak waras + peminta sedekah... Saya pun menjawab.."Tak ada duit".. sambil mata saya tertumpu pada game dan tak pedulikan akak tuh lagi.

Tak lama kemudian, dia beredar dari situ selepas saya tak pedulikan dia lagi.. Saya lihat dia menuju kearah budak perempuan lain pula.. Dalam hati saya, pasti budak perempuan tu akan jadi sasaran dia pula.

Dan bas pun tiba jugak akhirnya dalam pukul 7.30 petang...

nota: Macam mana boleh tak cukup RM5 untuk topap....sedangkan dah ada RM10...Hanya membantu pada yang layak sahaja.... Beginikah teknik baru peminta sedekah?? hurmmm..

Tanyalah Diri Sendiri


posted by fiza saiza

22 comments

Haii..Haii..Haii...

Hiduplah dalam detik-detik hari ini.

 
1. Apakah saya akan menunda kehidupan hari ini kerana takut akan hari esok?
 
2. Apakah saya harus menjadikan hari ini menjadi sedemikian getir dengan membayangkan perkaraII yang telah terjadi dimasa lalu?
 
3. Apakah saat bangun di pagi hari, saya telah bertekad untuk menggunakan sebaikIInya hari ini?
 
4. Apakah saya mampu  mengambil faedah dari detik demi detik dalam kehidupan hari ini?
 
5. Bila saya akan mulai melakukan itu semua? Minggu depan? Esok? Atau, hari ini?
 
p/s: pertanyaan untuk diri sendiri jugak :)