Archive for June 2013

Jadilah pemberi, Jangan jadi peminta


posted by fiza saiza

7 comments

Hallo kawanII,

Memberi belas kasihan kepada orang lain adalah sebuah tanda ketinggian nilai sedangkan menerima belas kasihan dari orang lain adalah sebuah petunjuk tentang kegagalan.


"Tangan diatas lebih baik daripada tangan yang dibawah". Yang di atas adalah yang memberi dan yang dibawah adalah yang menerima.

Segmen Bloglist Julai Blog Paly


posted by fiza saiza

16 comments

Haiii....haiii...haiii...

Tengah duk blogwalking tetiba nampak segmen dari blog paly..Apa lagi..Jom join!! Jangan terlepas!!... :)

Klik banner untuk join :)

Segmen bermula 24 Jun sehingga 27 Jun 2013 @ 11:59 malam....Yang bestnya blog yang terpilih akan dimasukkan ke dalam bloglist sidebar blog paly..& juga akan cuba diketengahkan kepada bloggerII lain.

Waahhh...sangat bagus segmen ini untuk blogger baru macam saya...heheehee


Seperti kata paly....Ape2 lagi, jgn malu2, segan2, meh2, jom join! :)
  

 


MakanII di Serai Empire, Subang


posted by fiza saiza

18 comments

Hallo..hallo...hallo....

Tengahari semalam, saya bersama colleagues dan bos kami pergi ke subang untuk makanII bersama client MAS.

Reservation dibuat oleh client di Restaurant Serai Empire, Subang. First time jugak saya makan disana.


MasukII sahaja dalam restoran terus bau serai.. Diatas meja juga diletakkan perhiasan batang serai...heheee..

Ha...ni dia air serai ice lemon tea with ice cream... Nampak tak batang serai disitu...hehehe


Dibawah makanan yang di order.. Sebenarnya banyak lagi..tapi, tak sempat nak snap...huhuuu


Ok..last sekali pencuci mulut...saya order pavlova..


Memang paling best n terbaikla pavlova yang pernah saya rasa berbanding sebelum ini.


Bola & Birthday :)


posted by fiza saiza

6 comments

Haiii...haii...haiii...

Minggu lalu saya pulang ke kuantan... Tapi, tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan kerana keadaan jerebu yang makin menjadiII menghadkan aktiviti saya semasa dikampung.

Pada malam sabtu saya pergi menonton perlawanan bola Pahang vs Perak di Stadium Darul Makmur bersama fiq..

Pada awal permainan agak membosankan..apabila separuh masa kedua barula pahang berjaya menjaringkan gol..Yeahh!!! Goal!!


Namun, kemenangan berpihak kepada perak jugak kerana berjaya menjaringkan 2 gol. Tapi, tak apalah..adat perlawanan pasti ada menang dan kalah kan.. :)

Ok..cerita pasal bola sudah habis..

Tepat 12 malam...jatuh pada hari ahad..pada 23 Jun 2013, genapla fiq berumur 26tahun. Jadi saya menempah kek red velvet untuk meraikan birthday boy.


Happy Birthday my boy..fiq...Hope you happy always! Love u!

Bersila di depan pintu opis


posted by fiza saiza

16 comments

Haii...haiii..haii...

Pagi ini bangun tidur seperti biasa dikejutkan oleh housemate saya. Terus bangun mandi dan bersiap dalam masa 45minit dan terus keluar rumah untuk pergi kerja.

Dalam pukul 9.30 pagi saya sampai di KL Sentral.. Turun sahaja di stesen kl sentral perut mula bergendang minta diisi.. Jadi saya singgah di Mcd untuk tapau Chicken Muffin + Milo panas untuk sarapan pagi.

Selesai saja tapau, saya teruskan perjalanan untuk ke opis saya di Plaza Sentral. Sampai je di opis, pintu opis masih tertutup dan berkunci. Lihat jam sudah pukul 10.00 pagi..

Namun, tiada sesiapa lagi yang datang..cuti kah hari ini? Tak apa, saya abaikan sahaja. Saya pun menyelongkar handbag saya untuk mencari kunci opis. Cari punya cari sampai keluarkan semua barang namun tak jumpa. T_T

Sah!! Tertinggal sudah kuncinya. Saya pun terus whatapps kawanII opis yang lain. Nasib baik ada di antara mereka sudah hampir sampai.

Terpaksa la duduk bersila depan pintu opis dan menanti colleagues yang lain tiba sambil merenung chicken muffin yang masih panas...(tertelan air liur)..gurlppp..huuuhuhuu

Duduk didepan pintu opis - fiza saiza

p/s : harus memastikan tiada barang yang tertinggal sebelum keluar dari rumah yea  :)









Selamat Hari Bapa buat Abah Tersayang! :)


posted by fiza saiza

7 comments

Haii...Haii...haii,

Ini cerita semalam...Seperti biasa bangun pagi untuk bersiap pergi kerja. Biasanya bila bangun terus capai tuala untuk mandi tapi pagi semalam saya terus capai telefon.

Tekan sahaja no 2, terus keluar no telefon abah. Menanti panggilan dijawab...

Sebaik sahaja panggilan dijawab, saya terus berkata "Assalamualaikum Abahhh....Selamat Hari Bapa!! Terima Kasih untuk segalanya" dengan hati yang girang.


Tapi, abah macam diam membisu seketika. Tak lama kemudian barulah abah bersuara dan berkata "Terima Kasih" dengan nada yang sebak.

Tetiba saya pun turut berasa sebak dan kami menangis bersamaII dalam talian. :'(

Pendengki


posted by fiza saiza

20 comments

Halloo..hallo..

Terdapat ungkapan - Tiada yang menyenangkan dari seorang pendengki, kerana dia akan selalu menjadi musuh dalam selimut.

Seorang pendengki itu, ibarat orang yang membakar roti....



lalu setelah panas dia memasukkan dirinya sendiri kedalam pembakar itu.



Seorang pendengki akan selalu panas ketika melihat orang lain mendapat kenikmatan dan kelebihan. Ianya mungkin akan berlanjutan sampai mati ataupun sampai kenikmatan orang lain tadi sudah tiada ada lagi.

Bagaimanapun, seorang pendengki itu tetap seperti ular hitam berbisa yang tidak akan pernah diam sebelum menyemburkan bisanya pada tubuh yang tidak berdosa.

p/s : Sesungguhnya marilah kita beringat sesama sendiri agar jangan sekali-kali cuba memiliki rasa dengki. Jauhila diri daripada bergaul dengan seorang pendengki.


Setiap kesulitan ada kesenangan


posted by fiza saiza

8 comments

As salam semua,

Sepastinya setelah lapar ada kenyang, setelah haus ada kepuasan, setelah berjaga malam ada tidur nyenyak dan setelah sakit ada kesembuhan.

menangis hati ini.....

Setiap tangisan ada berhujung dengan senyuman, ketakutan akan berakhir dengan rasa aman dan kegelisahan akan datangnya kedamaian.
kegembiraan dihati

Jadi, janganla kita merasa terhimpit, kerana setiap keadaan pasti berubah. Hanya perlukan kesabaran. Biarpun, hari demi hari akan terus berganti, tahun demi tahun akan selalu berganti..

Sesungguhnya setelah kesulitan itu tetap akan muncul kesenangan.

Alhamdullillah..Selamat sudah :)


posted by fiza saiza

10 comments

Haiii..Haiii..haii...

Agak lama jugak yea saya menyepi..Bukan apa, lately agak sibuk sikit..
Pada 6hb Jun iaitu hari khamis, saya pulang ke kuantan untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu rapat saya.

Pernikahan berlangsung pada 7hb Jun malam jumaat. Sebelum majlis pernikahan berlangsung majlis kenduri tahlil dilakukan buat arwah kedua ibubapa pengantin perempuan (sepupu) yang telah dijemput illahi dan persandingan berlangsung pada keesokkan harinya pada 8hb Jun. 

Dengan sekali lafaz..mereka sah bergelar suami isteri.. 


Gambar ketika majlis berlangsung..Saya jadi "penyepitnya"(pengapit)..hehee


Gambar pengantin bersama keluarga dan sanak saudara.


Ok..masa untuk pulang yea..Untuk packingII barang pulang ke kl pula..


p/s : Selamat Pengantin Baru buat eila & eiman. Jadi isteri yang solehah yea.. Moga berbahagia hingga ke akhir hayat. Love u dear...


Wedding di Saloma Bistro


posted by fiza saiza

11 comments

Hallu..hallu...

Selamat hari minggu buat semua... Hari ini saya punye entri pasal menghadiri majlis perkahwinan hani bersama suaminya pada malam semalam.

Majlis bermula pada 8.00 malam di Saloma Bistro. Saya pergi bersama 2 orang lagi housemate. Ketibaan pengantin dalam pukul 8.30malam... Tersangat cantik dan comel hani (pengantin perempuan).

Pada jam 8.45 malam, jamuan santapan malam pun bermula... Makanan yang disediakan sangat sedap juga. Sambil makan kami dipersembahkan dengan persembahan mini orkestra.

Selesai makan, saya mengambil sedikit gambar untuk kenangan.


Dibawah gambar bersama housemate dan pengantin.


P/s : pengantin lelaki penat agaknya...


Melantak Nasi Dagang dipagi hari


posted by fiza saiza

6 comments

Haiii..haiii..haiii,

Pagi tadi saya bersama kawanII puteri yang lain dijemput kerumah kawan kami iaitu umi untuk makan nasi dagang yang disediakan oleh ibunya. Majlis bermula dari pukul 9 pagi sampaila nasi habis..heheee

Saya tumpang syazana untuk pergi kerumah umi di area gombak. Apapun, memang sedap hidangan yang disediakan oleh keluarga umi.

Inilah hidangan yang disediakan oleh tuan rumah..berserta gambar kami bila semua orang da balik.. :)



P/s : Sedap betul nasi dagang tuuuuuu....