Archive for May 2013

Jadilah Diri Sendiri


posted by Unknown

10 comments

Hai peeps,

only urself

Ada 3 kecenderungan yang biasanya dialami oleh manusia dalam hidupnya, iaitu kecenderungan untuk mengikut, memilih dan mencipta.

Kecenderungan mengikut adalah meniru sikap orang lain, mengenakan peribadi mereka dan menyerupai sifatII mereka hingga melebur diri sendiri.

Timbulnya kecenderungan ini kerana rasa kagum dengan orang lain, bergantung padanya dan sangat menyukainya. Sehingga sanggup meniru semua yang dilakukan oleh orang yang dikaguminya, baik dalam perkara gerakan, lirikan, cara bercakap, cara menoleh, dsb.

Bila sampai ke tahap meniru seperti ini, sama sahaja seperti dia menguburkan hidupII peribadi sendiri dan membunuh potensi yang ada dalam dirinya serta berlawanan dengan arah dirinya.

Oleh itu hargailah diri sendiri dimana setiap manusia memiliki kelebihan, potensi dan bakat masingII.

Dengan kata lain, menerima  dengan penuh kerelaan setiap anugerah yang ada pada diri kita. Kembangkanlah, tumbuhkanlah dan dapatkanlah manfaat darinya.

Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2


posted by Unknown

8 comments





Nabeel Fikree sedang mencari bloglist untuk bulan Jun dan Julai iaitu pencarian bermula dari 26 Mei 2013 dan berakhir pada jam 11:59 malam 30 Mei 2013 nanti. 20 orang yang bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Nabeel Fikree bermula 1 Jun nanti.


Syarat-syaratnya :

  1. Follow blog NabeelStories.com.
  2. Buat satu entri bertajuk Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link entry pada ENTRY INI sahaja

Harap segmen ni mendapat sambutan.

Jumlah peserta yang akan di pilih untuk masuk ke dalam bloglist bergantung kepada penyertaan anda.





.

Kita lebih beruntung daripada orang lain.


posted by Unknown

5 comments

Haiii..haii..haiii,

Sebenarnya terdapat banyak penderitaan yang terjadi dan berapa ramai pula yang sanggup bersabar menghadapinya. Dengan itu, kita bukanla satuIInya orang yang ditimpa kesusahan.

Mungkin penderitaan atau bencana yang menimpa kita tidakla seberapa berbanding dengan bencana orang lain.

terbaring kesakitan

Berapa ramai manusia di dunia ini yang terbaring sakit di atas katil selama bertahunII lamanya dan mereka hanya mampu merintih kesakitan dan menjerit menahan penderitaan.
disebalik jeriji sel

Berapa ramai orang yang dipenjara selama bertahunII tanpa dapat melihat cahaya matahari walaupun sekali dan mereka ini hanya mengenal jerijiII selnya sahaja.

Berapa ramai orang tua yang kehilangan permata hatinya pada saat masih muda , masa yang seharusnya dihiasi dengan kesenangan. Berapa ramai manusia di dunia ini yang menderita, mendapat ujian dan cubaan, belum lagi pada mereka yang setiap saat menahan kesempitan hidup!

Apabila perbandingan dibuat, kita akan sedar yang keadaan kita lebih baik jika dibandingkan dengan mereka. Malah kita akan merasakan penderitaan kita hanyalah sebahagian daripada duriII kecil yang tiada ertinya.

Jangan Derhaka kepada Ibu Bapa


posted by Unknown

6 comments

Haiii...haaii..haiii,

Kedudukan ibu bapa bagi seseorang itu adalah di antara orang yang termulia dan diwajibkan supaya memulia dan menghormatinya.

hug mom

Kedudukan mereka telah diletakkan pada taraf yang tinggi juga. Seseorang yang cuma bersyukur kepada-Nya tanpa diiringi bersyukur kepada kedua ibubapa, kesyukurannya ditolak.

Janganlah kita mengaibkan ibubapa kita di khalayak ramai. Walaupun, kadangkala pendapat kita berbeza dengan kedua ibubapa, tapi perlu ingat..tanpa mereka tiadala kita didunia ini.

Renungan untuk kita bersama :)

"Keredaan Allah terletak kepada kedua ibubapa dan kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan ibubapa"

Mini Birthday Party Princess Amani


posted by Unknown

5 comments

Haii..haii..haii..

Hahh...nak tau apa aktiviti saya pada hari minggu? Pada hari sabtu saya cuma menghabiskan masa dirumah sahaja..Bangun, makan, baca novel, sambung tidur kemudian bangun makan..Sampai la masa terbuang begitu sahaja. T_T

Tapi, pada hari ahad saya keluar untuk celebrate birthday anak syazana yang bernama Amani yang sudah genap 1 tahun. Mini party dibuat di Lake Garden, Taman Tasik Perdana bertemakan kuning biru..(^___________________^)

Jadi saya bersama kawanII lain datang untuk memeriahkan lagi majlis. Kami tiba di lake garden pada pukul 11pagi. Jom kita lihat sedikit gambarII ketika majlis amani berlangsung..

mini party

Gambar fotogedik dari saya...tetibe plak*


fotogedik

Ini pula gambar kami beramaiII..bersamaII schoolmate ex-puteri.





Alhamdullilah..Majlis amani berjalan dengan lancar walaupun amani tidak berapa sihat kerana demam..Biasala macam orang tuaII kata baby nak beralih bulan.. 

p/s : seronok sangatII tengok kawanII yang ada baby..

Senyumlah...senyumla..wahai cik mek molek..


posted by Unknown

11 comments

Haiii...hai..haiii,

senyum

Senyuman merupakan ubat kecemasan dan mengubat kesedihan. Dalam senyuman terdapat kekuatan yang menakjubkan dalam membuat jiwa kita gembira dan dapat menyenangkan hati sendiri.

Seringkali saya ketawa untuk membahagiakan hati sendiri. Ketawa pula pula adalah puncak kegembiraan, keceriaan dan keriangan.

Jangan pula ketawa berlebihan yang membawa maksud dengan niat mengejek atau mencemuh sebagaimana dikatakan dalam pepatah :

Janganla terlalu banyak ketawa, kerana terlalu banyak ketawa akan mematikan hati...errk...betul ker?

Seandainya saya disuruh memilih diantara harta yang paling banyak atau kedudukan yang lebih tinggi, dengan jiwa yang tenang dan selalu tersenyum, pastilah saya pilih kedua.

Sebabnya apala ertinya harta yang banyak apabila wajah selalu muram? Apa ertinya pangkat dan kedudukan sekiranya jiwa sering cemas? Apa ertinya segala yang ada didunia, apabila perasaan sering bersedih seumpama orang yang baru sahaja menghantar jenazah kekasihnya?..dahsyatnya...

FikirIIkan dan renungan bersama :)

p/s: Senyuman tidak akan berharga sekiranya tidak terbit dari hati yang tulus.

Simple GiveAway Bintang Mencari Cinta By Cik Akak


posted by Unknown

11 comments

Haiii..haii..haii...

Klik banner untuk sertai

Saya dijemput oleh tuan punya segmen iaitu cik akak dan juga ditag oleh nazirah untuk menyertai segmen ini. Terima kasih kepada kalian berdua :)

Segmen ini berkenaan menghasilkan ayatII cinta yang kreatif dan menarik. Alamakkk..saya tak kreatif...hentam sajalah... :p

Cinta adalah subjektif bagi saya. Jadi saya ingin menghasilkan ayatII cinta terhadap semangat yang berkobar.
 
Seseorang tidak akan gagal
kerana cinta mempunyai kesungguhan untuk terus berusaha.
Segala urusan yang sulit atau remeh
dengan cinta terhadap kesabaran dapat ditangani dengan baik.
Orang yang memiliki cinta terhadap prinsip
adalah orang yang tidak hanya menerima perintah
namun dia punyai orientasi sendiri
dan memiliki visi yang jelas.
Itulah cinta terhadap pilihan
yang hidup bukan sebagai seorang kecundang.
Walaupun kesempatan telah tertutup baginya
cinta terhadap semangat didalam dada akan tetap terus berkobar.
 
popeye
 
Macam popeye ni yang mempunyai semangat yang berkobarII.. Jadi ini sahaja dari saya... :)
 
Rakan yang ditag ikaikafaid & Noor Atyka..
 
Bermula 13 Mei hingga 17 Mei 2013...Jom Join!! :)

Yang Lalu, Biarlah Berlalu


posted by Unknown

10 comments

Hallu semua,

Mengingati masa lalu dan menghadirkan ia kembali kedalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih diatas kedukaan dan kegagalan itu merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila.
bersedihIanya sama erti dengan membunuh semangat, harapan, dan menghalang perjalananan kehidupan seadanya. Bagi yang orang yang berfikir, kenangan masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali.

Harus mengurung dan melupakannya didalam penjara, mengikat dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar melihat cahaya. Apapun, pelbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.

Dengan itu, tiada lagi kesedihan, kedukaaan dan kegagalan. Janganla hidup di dalam mimpiII buruk masa lalu, atau di bawah bayangII kesedihan masa lalu.
Angkatla diri daripada fantasi tersebut!

berduka

Orang yang kembali ke masa lalu, adalah tidak ubah seperti orang yang menggiling tepung, padahal diri sendiri tergiling didalamnya. 

Hidup kita akan terumbang-ambing apabila kita lemah menghadapi masa kini dan menyibukkan diri dengan masa lalu.

p/s : Tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajah kebelakang, kerana angin akan terus berhembus kedepan, air akan mengalir kedepan, setiap manusia akan berjalan kedepan. Oleh itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan.

Happy Mother's day..Mama :)


posted by Unknown

10 comments


Hello Readers,

Girl     : I will be grateful for that chance
            Even if it's for a while... Or just one day...

            or even just one hour..
            What do i want to do? (pause as if thinking very hard)
            I want to hug her tight....
            I want to kiss her face all over...
            I want to tell her how much i love her...
            But I know God loves you more than me, mom.

Boy     : (soft and sad voice) Sis..I want that too...

Situation :

The story behind the script is this child has lost her mother. She is explaining what it would be like to have another chance to see her and speak to her again.

bersama mama

Note : I'm grateful because i still have a mother..Happy Mother's day mom...love u..

Liebster Award


posted by Unknown

9 comments

Haii...haii..haiii....

Masa duk belekII blog sendiri, tetiba tengok ada pengomen yang cute komen kat entri saya. Memang saya suka sesangat...maklumla blogger baru macam saya ni hati akan riang ria bila ada yang sudi baca dan komen entri saya..(^_________________^) tersenyum lebar.

Apepun, saya ingin mengucapkan terima kasih banyakII buat ikaikafaid kena sudi mencalonkan blog saya dalam Liebster Award ini. 

Pada mulanya agak terkialII juga bila ika bagitau "ika dah nominate blog fiza untuk Liebster Award tau". Jom Join!!. katanya...Dalam hati pikir apa benda tu?? Jadi, saya pun terjah blog beliau..
 
Rupanya satu segmen yang dapat kita beramah mesra dengan bloggerII lain.
semua ada
 
Apa lagi, peluang da ada depan mata, jadi saya grab sahaja peluang ini. Tanpa buang masa lagi jom kita mulakan...senang sahaja caranya.
 
Syarat-syaratnya :

1) List 11 facts about yourself.
2) Answer the 11 question  given to you.
3) Create 11 new questions for the bloggers you nominate.
4) Thank the person who nominated you and link back to their blog.
5) Choose 5 bloggers with 200 or less followers to nominate.
6) Go to each bloggers page and let them know about the award.  

11 Fakta tentang saya :

1) Kaki Novel..Kalau da mula membaca memang tak peduli sesiapa da..^_^
2) Tak pandai potong kuku..Pasti bentuk kuku saya hancuss bila potong sendiri -_-
3) Tidak boleh tido dalam gelap.Penakut..(O_O) hehehe
4) Anak ke-2 daripada 5 beradik.Masa kecik selalu kena beralah dengan kakak dan adik..@_@
5) Ada lesung pipit..Bagi saya sangat pelik ada lekuk dipipi bila nak senyum..~_~
6) Tak suka kucing.Walaupun, kat rumah mama penuh dengan kucing peliharaan dia..@_*
7) Tak boleh makan pedas.If makan pedas..alamatnya berumah di ladies room je la...#_#
8) Tak makan lauk sardin atau karipap sardin. Pasti muntah...erkkk.. +_+
9) Tak makan sayur putih seperti taugeh...ApaII sayur hijau boleh makan siap ratah lagi..hehehe#_# 
10) Kuat minum air mineral.Sehari 1 botol besar diperlukan.^_^
11) Merantau ditempat orang..Dari sekolah lagi da tinggal di asrama..jadi,sudah biasa tinggal berjauhan dengan keluarga. O_*

Soalan cepu emas dari cik ika :

1) Blog apa yang selalu uolls update perkembangannya?kenapa?
--> Namee Roslan...sebabnya cerita yang menarik dan pelbagai tips yang berguna. Saya jadikan blognya sebagai mentor dan inspirasi dalam menghasilkan blog...

2) Dalam sehari berapa kali uolls ucap terima kasih pada mak ayah?
--> Alamakk...tersentap mak nOkks dengan soalan ni..Nampak sangat jarang sekali ucap terima kasih. Terus call mama & mengucapkan terima kasih atas segalanya..

3) Apakah aktiviti yang paling gila uolls buat sepanjang hidup uolls?
--> Hurrrmmm..puas pikir tak tau aktiviti apa yang paling giler yang pernah buat sepanjang hidup..macam tak ada je.. Ni soalan yang paling last jawab sebab tak leh pikirkan jawapannya..hehehee

4) Hadiah apa yang akan uolls beri pada orang tersayang?tak kisah la 
    family/bf/gf
--> Hadiahkan tudung atau baju untuk mama sempena hari kelahiran dan sambutan hari ibu..Maafla ma, tak mampu nak belikan barang kemas walaupun tahu itu kesukaan mama..huhuuu

5) Sedang uolls duduk dalam train sambil pegang barang yang banyak dan ada 
    seorang warga emas berdiri hadapan uolls,apakah tindakan uolls?
--> BuatII tidur..ehhh...ehh..tipu je tau!! Harusla terus bangun dan utamakan warga emas untuk mereka duduk. Kitakan masih muda & masih kuat untuk berdiri sambil pegang barang yang banyak.. :)
         
6) Perkara pertama yang uolls buat sebaik sahaja bangun daripada tidur...
--> Terus minum air masak.. Memang hantu air suam saya ni...
 
7) Antara sahabat dan kekasih,mana pilihan uolls?Alasan?
--> Errkkk...pilih keduaIInya..Alasannya keduaIInya sangat penting..boleh ker bagi jawapan macam ni..huhuu
 
8) Belajar di IPTA atau di IPTS,mana uolls rasa lagi bagus?
--> Bagi saya IPTS lebih bagus sebab lebih banyak menggunakan kelas lab berbanding IPTA banyak belajar teori. Masa belajar dulu,dalam kelas lab...saya banyak curiII online FB berbanding dengar apa yang lecturer ajar..jangan tiru perbuatan saya..tak bagus!! huhuuu
 
9) Target untuk tahun ini ada yang sudah tercapai tak?Nyatakan.
--> Belum tercapai lagi. Nak simpan duit ikut target..tapi, lum tercapai...huhuuu
 
10) Favorite cartoon yang paling uolls suka tengok sampai hari ini?Kenapa eh?
--> Hurmmm rancangan kartun tak ada, tapi rancangan paling disukai...goo..gooo power ranggers!! Kononnya nak selamatkan dunia dari kejahatan raksasa..Selalu berangan jadi perempuan yang pakai custome warna pink..hehee
 
11) Dengan duit 50 sen apa yang uolls dapat beli?
--> Jika zaman sekolah saya duluII 50sen boleh beli air anggur + nasi lemak. Jika sekarang 50sen nak beli gulaII pun tak cukup.. Sadisnya...

Soalan saya kepada anda..Mudah sahaja.. :)


1) Mengapa anda menghasilkan blog?
2) Sebelum tidur apa yang anda lakukan?
3) Subjek yang buat anda tertekan?
4) Ketika bosan, apa yang anda lakukan?
5) Pernah didenda oleh cikgu / pensyarah didalam kelas? Sebabnya?
6) Apa yang anda lakukan apabila ada rasa ketidakpuasan hati pada sesuatu perkara?
7) Kenangan manis yang tidak dapat anda lupakan? 
8) Anda obses terhadapa apa?
9) Perkara yang anda hendak jauhi?
10) Apakah makna kawan baik pada pandangan anda?
11) Tinggal di kampung atau bandar pilihan anda? Nyatakan.

Ucapan :


Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat ika kerana nominate blog saya yang sangat super duper simple ini untuk Liebster Award. Saya tidak gentar dan cabaran anda saya telah sahut!! :)

5 calon yang terpilih...jengg..jenggg :
 

Oklah, pastikan anda menjawab soalan dengan hati yang tenang dan ikhlas lalu jawapan itu disalurkan ke jari jemari gebu anda dan pantas memaparkan diruangan blog anda. Salam persahabatan dari saya. :)

Selamat bergembira dengan Liebster Award ini.

Hari konvokesyen sibambam!! ahakkkss..


posted by Unknown

6 comments

As salam semua...

Entry ini sebenarnya nak post bulan lepas, tapi terlupa pulak..heheee
Pada 13 April lalu, kawan sebilik saya ketika kami samaII belajar di KLMU iaitu shikin yang
berasal dari sabah turun ke kuala lumpur untuk menghadirkan diri untuk majlis konvokesyen beliau yang diadakan di PICC, putrajaya.

Jadi saya bersama 2 orang rakan lagi iaitu anis dan zura datang untuk memberi sokongan kepada shikin.. Tahniah buat shikin kerana berjaya menamatkan diploma anda.. Semoga dapat menyambung ke peringkat ijazah kelak :)

Saya sertakan gambar kami...Saya pakai tudung & berjubah time ni..tetibe rasa nak pakai mcam nih..hehee :)

gurlfriend convocation

p/s : Rindukan suasana tinggal diasrama beramaiII ketika belajar.



My hometown!! Syok habis!!!!


posted by Unknown

6 comments

Hai semua...

BaruII ni saya pulang ke kampung untuk menunaikan kewajipan kepada negara. Kebiasaannya dalam sebulan, 2 kali juga saya pulang ke kuantan. Al-maklumla, keluarga semua berada di kuantan, pahang..

Di KL pula, sumber rezeki masih disini... Jadi, saya lebih gemar balik ke kampung pada hari minggu..hehee...

Pada tengahari sabtu, anak saudara saya ajak pergi jalanII ke pantai yang hanya berhadapan dengan rumah saya untuk dia bermain disitu.

tanjung lumpur

Giler apa if nak pergi ke pantai waktu tengahari & panas macam nih....Da la sememangnya warna kulit jenis hangit nanti terus jadi hangus pulak kan..hehe..Lagipun, kepala boleh sakit jika kena cuaca panas macam ni..

Jadi saya pun memujuknya minta tunggu kepetang baru turun ke pantai.. Petangnya, janji harus ditepati, jika tidak saya dicapatikan oleh anak saudara pulak..

Jom..kita turun ke pantai...melihat pemandangan pantai yang boleh mententeramkan jiwa dan minda..Kekusutan boleh hilang jugak...
 
pantai yang cantik

Masa mulaII turun, katanya nak jalanII dan main pasir je.. alihII..mereka sudah tenggelam dengan main air..Iskkhh...budakII ni...Sabar je la. Tapi, biasala budakII memang suka main dengan air kan...


zaza

Hari dah nak masuk maghrib..tapi budakII ni buat tak tau pulak bila ajak balik.. nak kena shout mcm ni..baru nak naik...huhuu
 
Ok..masa untuk melepak di pantai sudah habis... :)
 

p/s : sangat gembira apabila berada dikampung menghabiskan masa bersama family tersayang :)

Kepahitan, Kesusahan & Kesengsaraan nenek moyang kita dahulu


posted by Unknown

2 comments

MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH?

kerana melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun dari basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan.

Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka.

Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British.

Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

Artikel dr Utusan..

p/s : Hanya untuk perkongsian pengetahuan untuk kita mengingatkan sejarah kehidupan dan kesusahan nenek moyang kita yang mereka alami sebelum kemerdekaan.

Segmen : Kenalan Blogger , Hamizah


posted by Unknown

3 comments

Salam semua,
 
Jom ramaiII join segmen ini.. Memandangkan saya blogger baru dan tak ramai kenalan lagi, jadi saya ingin join segmen ini supaya dapat menambah kenalan disamping berkongsi story-mory dengan korangII semua :)
   
Untuk join cuma klik banner diatas :)

Segmen yang sangat simple dan mudah...cuma copy soalan dan jawab sahaja..Mudah kan :)
 
Nama : Fiza Saiza
Suka apa ? : Sangat suka membaca novel..
Saya seorang : Yang suka senyum...(kadang-kala senyum sorangII..hehee)
Blogging since : Feb 2013 (blogger baru)
Saya suka blog : Namee Roslan

Facebook or Face The Book : Facebook
Quotes  :
Menikmati kehidupan anda sendiri tanpa membandingkan dengan yang lain..:)
 
Tag : Mira & Iema
 
4 MEI 2013 - 24 MEI 2013
 


Bride to be...


posted by Unknown

2 comments

Haii kengkawan,

Semalam hari pekerja..jadi saya cuti!!!..saya bercadang nak pergi ke pesta buku di PWTC.. Tapi, perasaan bermalas-malasan di atas katil lebih menebal dalam diri daripada kerajinan untuk keluar...hehee..

Jadi, saya menghabiskan masa saya dirumah sahaja la sampai ke petang.. Petangnya pula saya keluar bersama erni, lea, juju & babynya uqail untuk hangout bersama bakal pengantin iaitu hunny.

Biarpun tak pandai sangat melukis..lukisan tidak menjadi...nak lukis jugak.....tak peduli!!!..tetap nak lukis gak..huhuu

Kami makan di Klcc, Marini's kat tingkat 57.. 1st time makan kat situ..layanan memang bagus dan paling best..pemandangannya sangat cantik....#Terbaik!!

Jadi saya sertakan sedikit gambar fotogedik kami bersama.. :)


p/s : Semoga majlis perkahwinan hunny berjalan dengan lancar & bahagia hingga ke akhir hayat bersama bakal suami tercinta yea :)


Saya Pilih Mengundi..Anda Bagaimana?


posted by Unknown

9 comments

As salam buat semua,

Lagi beberapa hari election kan... Jadi kawanII semua sudah bersedia mengundi?


Sebagai rakyat Malaysia saya sangat bertuah kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang memberi hak dan peluang kepada kita semua untuk memilih dan menentukan corak masa depan negara kita sendiri.

Hak mengundi hak kita dan undian kita adalah rahsia :)

Soalan : Kenapa saya harus mengundi pada Pilihan Raya?
Mengundi adalah hak setiap warganegara Malaysia yang termaktub dalam Perlembangan Malaysia Perkara 119. Pilihlah pemimpin anda, dan ambil bahagian dalam keputusan negara. Pilihan raya membenarkan orang ramai untuk bebas memilih wakil mereka dan memastikan mereka bertanggungjawab terhadap keputusan mereka dan undang-undang yang mereka lulus.

Soalan : Apa pentingnya undi saya dalam pilihan raya?
Sebagai individu, kita diberi hak untuk memilih calon yang tepat untuk mewakili kita dan menggunakan hak yang diberikan.

Soalan : Apakah peranan saya sebagai pemilih?
Adalah tanggungjawab kita dan hak untuk memastikan wakil rakyat yang dipilih bertanggungjawab terhadap prestasi di pejabat mereka. Kita melakukan ini melalui peti undi. Dengan itu, kita boleh membuat pililhan dengan:
memilih orang-orang yang telah berjuang, atau kita percaya akan berjuang untuk kepentingan kita dengan mengundi untuk mereka tidak memilih mereka yang tidak berjuang, atau kita percaya tidak akan berjuang untuk kita jika dipilih, dengan tidak mengundi mereka.

Soalan : Siapakah yang boleh melihat undi saya, dan bolehkah pihak lain mempengaruhi saya dalam membuat pilihan?
Tidak ada seorang pun boleh melihat atau mempengaruhi pilihan anda. Anda mempunyai kuasa untuk memilih mana-mana calon yang anda rasa layak tanpa desakan atau ugutan mana-mana pihak. Setiap undi adalah rahsia dan sulit.

Soalan : Adakah wajib saya mendaftar sebagai pemilih?
Tidak, ianya adalah hak individu. Jika ada rasa tanggungjawab untuk negara daftar la yea :)

Soalan : Jika saya tidak mendaftar sebagai pengundi, bolehkah saya mengundi?
Tidak, anda harus mendaftar sebagai pemilih mengikut syarat-syarat kelayakan untuk terlibat dalam pilihanraya.

Selamat Mengundi!!