Archive for April 2013

Bersabarlah


posted by fiza saiza

4 comments

Haluuuuuuu.....

Untuk menyelesaikan suatu masalah yang tidak ada jalan keluar adalah dengan bersabar.. Dikatakan :" Barang siapa yang selalu bersabar, pasti akan beroleh kemenangan.

Peribahasa yang berkaitan dengan bersabar :


  • Sabar adalah kunci kejayaan.
  • Barang siapa bersabar, dia akan berjaya mengatasi masalah.
  • Buah kesabaran itu adalah keberhasilan.
  • Ketika musibah yang berat menimpa, pasti akan datang kebahagiaan.

Ketika kita ditimpa musibah, kita harus sedar bahawa mungkin orang lain masih ada ditimpa musibah yang jauh lebih besar, sehingga kita akan merasa bahawa musibah yang menimpa kita masih ringan.

Bersabarlah atas keburukan jika itu harus kita terima kerana boleh jadi keburukan itu membuatkan kita gembira.

p/s : "Sesungguhnya dalam keburukan itu ada kebaikan."




Berfikirlah Sambil Melakukan


posted by fiza saiza

2 comments

Hai kawanII,

Thomas Edison mengatakan :
"Tidak ada cara yang dapat dilakukan oleh manusia sebagai tempat pelarian untuk bersembunyi dari fikirannya".



Pernyataan ini benar berdasarkan pengalaman. Kerana ketika kita sedang membaca atau menulis, kita sebenarnya sedang berfikir.

p/s : Salah satu cara terbaik untuk menajamkan dan mengawal fikiran adalah melakukan perkerjaan yang menyenangkan dan bermanfaat. 



Memaafkan Kesalahan Teman.


posted by fiza saiza

2 comments

Hai...Haii...hai...

Sangat tidak patut menjauhi teman yang mempunyai satu atau dua kebiasaan buruk yang tidak dapat diterima, dan yang selebihnya adalah baik. Jika satu atau dua kesalahan masih dapat dimaafkan kerana kesempurnaan sangat sukar dicapai.

Jangan kerana satu aib teman yang tersembunyi atau dosa kecil yang pernah dilakukan tapi ditutupi oleh kebaikannya yang lebih banyak tapi kita menjauhinya sedangkan kita pernah puji latar belakangnya, yang pernah kita terima kehidupannya, yang pernah kita ketahui kemuliaannya dan yang pernah kita ketahui kemampuan berfikirnya.



Cerminlah diri kita sendiri. Pertimbangkanlah teman dengan pandangan yang objektif, dan bukan menilainya dengan pandangan mengikut kemahuan kita. 



Setiap diantara kita pasti mempunyai kekurangan atau kelemahan yang tak sedap mata memandang. Sangat tidak adil jika inginkan teman yang begitu sempurna sedangkan diri sendiri tidakla sempurna mana. 

p/s : Memaafkan kesalahan teman dan menutup mata atas kekurangannya. Itupun, jika ada..

Kendalikan perasaan anda :)


posted by fiza saiza

4 comments

As salam semua,

Kebiasaan emosi dan perasaan seseorang akan bergolak disebabkan 2 perkara iaitu kegembiraan yang memuncak dan musibah yang beratEmosi yang tidak terkawal hanya akan meletihkan, menyakitkan dan meresahkan diri sendiri sahaja. 

Jika mampu menguasai perasaan dalam setiap peristiwa, samaada yang memilukan atau mengembirakan pasti akan memperolehi kebahagiaan yang tenang kelak. hurmm...agakII betul ke??

Contoh hal kemarahan : kemarahanya akan meluap dan sukar dikendalikan membuatkan seluruh tubuh gementar, mudah memaki sesiapa sahaja, dan cenderung mengikut nafsunya.

Contoh hal kegembiraan : Andai mengalami kegembiraan, pasti kegembiraan itu dinikmati secara berlebihan, menjadikan lupa diri dan tidak ingat lagi siapa dirinya.


Inilah manusia...ketika sedang bermusuh dengan seseorang, cenderung mengherdik dan mencelanya lebih daripada segalanya sehinggakan melupakan seluruh kebaikan orang yang tidak disukai itu begitu sahaja.



Namun apabila menyukai orang lain, kekurangan orang itu akan segera dilupakan, bahkan orang itu akan terus dipujadan sanjung setinggi-tingginya seolahII tiada cacat celanya.

Peringatan bersama : Aku memohon kepadaMu (ya Allah) agar aku selalu boleh bersikap sederhana, baik ketika marah ataupun senang.

Jangan marah-marah...


posted by fiza saiza

12 comments

Selamat pagi semua,

Setiap manusia dikurniakan dengan pelbagai jenis perasaan antaranya perasaan marah. Namun setiap amarah itu ada penawarnya... Jom, kawal kemarahan dengan :

1. Berusaha menghilangkan perasaan marah.



2. Berwuduk. Marah adalah bara api dan api hanya boleh dipadamkan dengan air. 



3. Jika marah dalam keadaan berdiri, sebaiknya kita duduk dan jika dalam keadaan duduk sebaiknya berbaring.

 
 

4. Jika sedang marah, berdiam adalah cara terbaik dan jangan berbicara.




5. Sebolehnya cuba ingat ganjaran yang boleh diperolehi jika mampu menahan amarah dan suka memaafkan kesalahan orang lain.



 

Selamat mencuba :) 

Melakukan Sihir


posted by fiza saiza

5 comments

As salam kawanII,

Hari ini, topik saya berkenaan sihir. Sihir ialah suatu amalan zaman jahiliah yang digunakan untuk mengkhianati seseorang. Orang yang melakukan sihir atau mengupah orang agar melakukan sihir terhadap seseorang adalah berdosa besar.


Biasanya seseorang yang mahu menggunakan sihir dengan meminta orang lain melakukan sihir untuk merosakkan nikmat akan orang yang didengkinya. Sihir banyak digunakan oleh manusia yang berhati busuk seperti mahu menceraikan pasangan suami isteri, menundukkan seseorang, berebut harta, balas dendam dan sebagainya. 

Asal sihir adalah daripada syaitan yang digunakan untuk merosakan orang yang beriman dikalangan umat manusia, khususnya umat Nabi Muhammad SAW. Moga dijauhkan kita daripada semua ini.


Nota : Bertaubatla bagi yang mengamalkan sihir..Nauzubillah..

Opppsss....Sehangat Asmara


posted by fiza saiza

6 comments

Hallo readers,

Novel Sehangat Asmara merupakan novel kesayangan saya yang ada dalam koleksi novelII saya sebelum ini. Bila mula ditayangkan dalam drama, saya memang tak akan miss dalam setiap episod. 

Tagline novel: "Bibir tidak perlu berkata bila hati sudah mula bersuara"

Sinopsis :
Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Jalan cerita yang dapat memberikan pengajaran untuk kita.

Dalam drama Rita Rudaini sebagai Kay dan Adi Putra sebagai Nal. Lakonan yang sangat mantap daripada mereka berdua!!..



Malam semalam saya menonton Ooops sehangat asmara.. Saya memang mengikuti drama sehangat asmara di saluran mustika setiap hari isnin hingga rabu sehingga episod akhir baruII ini. 

Memang agak mengelikan hati jugak apabila ada babakII yang tak menjadi ketika watak mereka dilakonkan..hahaaa



Bertemu, berpisah, bertemu semula dan bersatu semula.. Harap mereka digandingan lagi bersama :)





BerjimbaII bersama puteri'ian...


posted by fiza saiza

2 comments

As salam kawanII,

Pada hari ahad baru ini, saya join kawanII ex-schoolmate puteri terjah ke rumah effa dan jugak terjah ke kedai imah.

PagiII lagi da bgun dan bersiapII. Dalam pukul 10pagi umi datang jemput saya.

 
Selepas umi menjemput saya, kami pergi mengambil syazana dan babynya amani di kuaters bukit aman. Kami pun bertolak ke umah effa yang terletak di Apartment Desa Tasik sungai besi.

Sesampai dirumah effa kami dihidangkan makan tengahari nasi ayam dan jugak pencuci mulut pavlova. Yummy..yummy..




Kekenyangan kami disini.. Kami lepak dirumah effa sehingga pukul 3ptg... Sebelum balik moh bergambar dulu yekkk :)



Destinasi seterusnya di kedai imah pula yang terletak di sungai buloh. Sampai disana kami disediakan makan petang pula..

Memang banyak lauk yang dihidangkan oleh imah antaranya nasi gajus, ikan masak stim, ikan masak 3 rasa, ayam masak lemak cili api dan sayur goreng. Pencuci mulut pula kami dihidangkan dengan puding caramel. hehee


Sangat merindui ketika zaman persekolah bersama mereka..

Bertemu kawan lama..


posted by fiza saiza

No comments

Hai..haiii..haiiii...

Beberapa hari menyepi...hari ini saya muncul yea readers. Agak busy lately, itu yang tak sempat nak buat story mory kat sini..

Pada jumaat malam yang lalu saya, saya menemani cousin ke ampang untuk mengambil pahar yang kami sewa untuk majlis perkahwinannya nanti. Disewa pulak dengan kawan sekolah puteri yang bernama nadia.

Jadi, dikesempatan itu dapat la saya bertemu dengan nadia setelah lama kami tidak berjumpa, selalunya hanya chat di fb, whatapps ataupun kami berwechat. Untuk berjumpa secara life memang agak sukar.

Bila da jumpa bergambar la..nadia makin bambam sejak jadi isteri orang ni :)



Apepun, Selamat Pengantin Baru buat nadia dan pasangan yang telah selamat diijabkabulkan pada 23 Februari 2013 yang lalu. CepatII la ada baby yea :D

Mendedahkan Rahsia Peribadi Seseorang


posted by fiza saiza

2 comments

As salam kawanII,

Setiap orang mempunyai rahsia peribadi yang tertentu yang tidak mahu diketahui oleh orang lain. Sekiranya rahsia peribadinya dibongkar atau diketahui, ia akan memalukan.


Ataupun, jika ada orang lain mendedahkan rahsianya kepada orang lain atau kepada umum, menjadikan mereka marah dan boleh menimbulkan pergaduhan dan pecah belah sesama sendiri.

Nama pun rahsia peribadi, so amat dilarang oleh Islam menceritakan kepada orang lain atau kepada umum, yang akan mengakibatkan harga diri seseorang itu jatuh atau menghilangkan kepercayaan orang lain terhadapnya.

p/s : Perbuatan ini amat tidak bagus sama sekali..

Ohh!! Bahayanya!! Kaki dicelah tren


posted by fiza saiza

6 comments

Hallo peeps,

Saya ada satu cerita yang hendak disampaikan, kejadian yang berlaku pada 3 bulan yang lalu..masih menjadi igauan buat saya.

Ketika saya pulang dari kerja seperti biasa, saya akan menaiki tren putra di KL sentral dan turun di masjid jamek. Sepanjang perjalanan ke stesen masjid jamek keadaan didalam tren yang agak sesak dan berhimpit antara satu sama lain.

Sesampai je di masjid jamek masingII berebut untuk keluar, dan tak kurang juga untuk berebut masuk. Mengapa tiada nilaiII displin pada rakyat malaysia ini?? Kita seharusnya bagi ruang untuk penumpang keluar terlebih dahulu...Jadi tak perlu la berebutII macam tu kan...Ketika itu, ada seorang girl ni dia nak keluar juga dari tren semasa di stesen masjid jamek.

Entah macam mana kakinya terjatuh antara ruang yang ada pada pintu tren dengan pintu stesen. Semua orang menjerit memegang pintu tren tak kasi pintu tren tertutup. Keadaan menjadi kelam kabut seketika. Kemudian ada orang cuba mengangkat girl tersebut dan dia terselamat.

Sejak berlakunya kejadian tersebut didepan mata saya, saya menjadi lebih berhatiII ketika hendak melangkah keluar dari tren. SangatII takut bila terkenangkan kejadian tersebut.




p/s : U'olls please and please and please mind the gap okay!!


Buat arwah ibu saudara yang tersayang :(


posted by fiza saiza

4 comments

As salam rakanII semua,

Setiap manusia akan menemui kematian. Setelah kita dilahirkan didunia ini dan menjalani kehidupan didunia, selepas itu kita akan menemui pula suatu peristiwa lagi iaitu MAUT.

Pada pagi sabtu lalu, jam 3 lebih ibu saudara saya telah menghempuskan nafas yang terakhir di sisi suami dan anakIInya yang tersayang. Pemergian ibu (mak dah) kami terima dengan redha.

Kenangan bersama arwah takkan kami lupakan dan kami akan sentiasa sedekahkan Al-fatihah dan doaII untuk mu buat arwah ibu (mak dah) di sana.. Moga arwah tenang dan ditempatkan dengan orangII yang beriman. Amin...




"Apabila seseorang itu sudah sampai ajalnya, ia tidak boleh dilewatkan atau dicepatkan walaupun sesat"

(An-Nahl:61)


Dalam rahim mama ada SAYA!! Sudah 27 tahun kini


posted by fiza saiza

10 comments

As salam semua,

Hari ini sudah genap usia saya yang ke 17 tahun..ehhh..bukan 27 tahun ke??
Yupp..memang 27 tahun la..saja ja nak mengeletis...hehee  

Terciptanya saya di dunia yang penuh dengan pancaroba ini dengan kuasa Allah s.w.t yang menjadikan kita daripada tanah. Bermulanya, melalui dengan air mani yang dikumpulkan didalam rahim mama saya.

Kemudian saya menjadi segumpal darah didalam perut mama saya. Selepas itu pula, saya menjadi seketul daging kecil yang semakin hari semakin membesar lalu tumbuh tulang berserta daging yang membuatkan saya sempurna dan cukup sifat. 

Lalu dengan kuasa besar-Nya, diutuskan malaikat lalu meniupkan roh kedalam tubuh saya. Kemudian genap 9 bulan barulah saya lahir sebagai bayi yang comel..comel kerr??

Disini saya selitkan gmbr mase kecik..




Saya sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini untuk mengenal dunia melalui pengalaman yang saya alami sepanjang hidup saya. Terima kasih kepada abah dan mama..Anda adalah segalaIInya bagi saya..
Love both of you so much

  


Giveaway Canon Camera By Miraa Hussin


posted by fiza saiza

8 comments


Mari !! Mari !!!  Let's make this segment more enjoyable !!.
Tak perlu malu dan tak perlu segan cuma perlu ringankan jari jemari anda untuk sertainya..[sebenarnya saya yang malu & segan - (¬_¬) ]
Hanya perlu klik banner diatas okay :)

Soalan dari GA sebab saya mahu menang dalam segmen ini?? 

Mestilah sebabnya saya mahukan kemenangan dan mahu mencuba juga untuk menang walaupun akan kalah..Tapi, tak apa rezeki masingII kan? :)

Yang sebenarnya hadiah dari segmen ini sangat menarik iaitu sebuah tabung yang berbentuk kamera. Waahh...sangat unique to me :)
Jika saya menang dapatla saya memanfaatkan tabung yang unik ini untuk terapkan nilaiII menabung kembali yang telah lama lupus..


Jika zaman kanakII saya dahulu saya cuma guna tabung yang dibuat dari buluh itupun atuk yang buatkan untuk simpan duit syiling.. Bila da besar tidak lagi menabung dan duit siling terbiarkan merataII didalam rumah saya. Bila memerlukan duit syiling baru la tercariII..hehee

Jadi, tunggu apa lagi..jom kita sertai ramaiII..




Ketuk


posted by fiza saiza

4 comments

Hello readers,

Dialog ketuk..

Ali     : Abu, kereta aku kena ketuk dari belakanglah

Abu   : Aahlah, teruknya kereta kau kena ketuk...ni kena hantar ketuk ni..

Ali     : Bosanla, dahla kereta kena ketuk, nak kena hantar ketuk pulak

Abu   : Kau nak hantar ketuk kat mana?

Ali     : Mana-mana boleh hantar ketuk apa...

Abu   : Eh..kau jangan hantar ketuk sebarang..nasib tak baik, engkau pula karang kena ketuk...

Ali     : Berani diaorang nak ketuk aku, aku suruh ketuk ketampi baru tahu. 


Nota : ketukkan diketuk seperti mengetuk sampai pengetuk menjadi ketuk...:)

Kaki Berbau!! Oh Tidakk!!!


posted by fiza saiza

10 comments

As salam semua,

Hampir seminggu saya tidak update blog saya kerana terpaksa balik ke kampung untuk melihat ibu saudara saya yang sakit dan telah di masukkan di wad ICU di HTAA, kuantan. 

Coretan saya pada hari ini berkenaan..

 
Kehadiran peluh bukanlah sesuatu yang buruk kerana ia adalah proses perkumuhan semula jadi tubuh. Pada masa sama perlu juga berhati-hati dengan kesihatan kaki terutama bagi yang menghadapi masalah peluh kaki berlebihan.
Namun, ia kurang menyenangkan apabila peluh keluar berlebihan atau disebut hyperhidrosis. Kaki berpeluh boleh berlaku pada semua orang dan menimbulkan masalah fungus atau kulat serta bakteria penyebab bau yang kurang enak. Kebiasaannya kulat pada kaki akan muncul di celah-celah jari dan telapak kaki.
Ia biasanya berlaku pada mereka yang memakai kasut tertutup dalam jangka masa lama (lebih empat jam), lebih-lebih lagi di iklim tropika yang mudah menyebabkan seseorang itu berpeluh.

Ketika saya didalam bas untuk pulang ke kampung isnin lalu. TibaII saya ada terbau sesuatu yang kurang menyenangkan. Tapi, saya buat tak tau sahaja. Namun, makin lama makin kuat baunya.

Saya cuba mencari bau yang tidak menyenangkan itu dari arah mana. Dan, akhirnya mata saya tertumpu kepada penumpang yang duduk di belakang seat saya bersama ibunya...

RupanyaII dia la punca bau yang kurang enak kerana dia membuka kasutnya dan membiarkan kakinya yang berpeluh dan berbau itu melular ke arah hidung saya..Arrghhh...bau busuk betol.. Agak menghairankan jugak, takkan auntie tak terhidu bau kaki anaknya.. sabar je la..

Saya buat macamII cara untuk mengurangkan bau yang tidak menyenangkan itu daripada menghampiri lubang hidung saya.

Percubaan per-1 :
Menutup air-cond di tempat duduk saya. Tapi, malangnya tidak berhasil, makin berbau jugak.


Percubaan ke-2 :
BuatII tidur. Tidak berhasil jugak.
  
Percubaan ke-3 :
Saya asyik memandang muka penumpang tersebut dengan membuat memek muka seperti dibawah agar dia perasan. Tidak berhasil lagi....
Percubaan ke-4 :
Saya semburkan perfume di tempat duduk saya. Hilang jugak sekejap baunya, tetapi tak lama kemudian kakinya berbau lebih kuat :'(
 
Dan Percubaan terakhir saya adalah saya ingin berterus terang sahaja. Bayangkan takkan selama 3 jam 1/2 saya kena tahan bau yang kurang menyenangkan itu. Saya tidak sanggup!! Tidakkkk Sanggup!! Berterus terang adalah lebih baik. 

Saya pun bercakap dengan auntie itu secara slow talk. Nasib baik auntie tuh memahami dan meminta anaknya memakai kasut semula. Tak lama kemudian bau yang tidak menyenangkan itu hilang.. Yeahh!!!! berhasil akhirnya!! :)

Wahh!! saya sudah bebas!! bebas dari cengkaman bau yang kurang enak itu.
Yang kelakarnya tak lama kemudian saya terbau perfume yang wangi.. Mungkin mereka sembur perfume kot..hehee

P/s : Sebaiknya lap dan keringkan kaki bila mula rasa kurang enak kerana terasa lembap akibat peluh.