Archive for March 2013

Makan-makan sampai bambam :)


posted by fiza saiza

No comments

As salam dan selamat malam semua,

Hari ini seharian saya keluar jalan dan berjimbaII di rumah kawan sekolah puteri di temerloh dulu kerana sudah lama tak jumpa kan... nak buat reunion masingII busy dengan komitmen masingII. Jadi kami yang masih bujang ni hanya boleh terjah ke rumah mereka yang mana free la..

Kami pergi ke rumah kawan saya yang sudah berkeluarga di berek polis bukit aman yang bernama zana untuk makanII, lepakII dan bersembangII sampai tertido...huhuhu...

Mana taknya kami makan sampai kekenyangan dirumah zana time tengahari tadi...nak tau ape hidangannya?? Jom tengok..


Firstime saya makan lontong ni,sebelum ini memang tak pernah makan lontong..sedap jugakla :) . Sampai 2 kali saya menambah..hahahaa... Lepas makan lontong kami dihidangkan pula dengan desert iaitu fruit cocktail.. Jangan ditanya berapa kali saya tambah...huhuu...sedap sangat tak terkira tambahnya bila makan cocktail ni..heheee


Selepas itu, dalam pukul 4 petang kami bertolak pula ke rumah ogy kawan kami yang tinggal di kampung melayu subang di ikuti juga dengan zana berserta suami dan babynya amani.

Dirumah ogy kami dihidangkan pula makan petang iaitu...



Makin bambam la saya macam ni bila ikut dorang terjah rumah kawanII lain.. makan non-stop..hehehee...Mee karinya jugak sangat sedap.. dan dihidangkan pula dengan pencuci mulut apam polkadot.

Oh Tidak!!!!!!! kelihatan saya sama bulat dengan mereka!!... Jangan marah yea kawanII :p



Ok...berFOTOGEDIK sebelum pulang kerumah masingII..


Itu sahaja coretan saya buat hari ini.. :)






Mini Giveaway Aisyah Humaira'


posted by fiza saiza

5 comments



Jom join bersamaII =) Klik Disini
Hadiah-hadiah:
Peplum X 1
Topup RM5 X 14
Blouse X 1
Buku Motivasi X 1
Jam Dinding [gambar sendiri] X 1
Novel X 2
Mystery Gift X 2


Syarat :
  • Blogger Malaysia
  • Follow blog Aisyah Humaira dan para sponsor
  • Like fanpage Aisyah Humaira dan sponsor [bagi yang ada facebook]
  • Buat Entry bertajuk " Mini Giveaway Aisyah Humaira' " dan linkkan ke entry ini
  • Tinggalkan link entry anda di kotak komen.

Jom makan di area rawang!


posted by fiza saiza

5 comments

Salam sabtu semua...

Pada hari semalam time lunch hour bos mengajak saya & colleague saya makan lunch di area rawang. Jauh tuh dari jalan kl sentral ke rawang..huhu

Bos dah ajak mesti la bos nak belanjakan. Rezeki makan jangan ditolak yea....Masa perjalanan diambil dalam 45minit jgakla dengan jalan yang agak jammed biasala hari jumaat kan.

Sesampai disana memang agak ramai jugakla orang makan ditempat yang bos bawak, yang mana saya sendiri tak tahu tempat apa, yang pasti area rawang..huhuhuuu

Bos order 7 ekor ikan itu bermakna seekor seorang kerana kami ada 7 orang..hehehe..mampu ke saya habiskan??

Nak tengok menu apa yang bos saya order?? Jom lihat :)



Banyak kan?? Dalam gambar ni ada 5 ekor ikan baru, lagi 2 ekor on the way time itu..hehee

Apepun, memang sedapla..sampai licin saya makan..Terima kasih bos! :)





Kempen Jejak Blogger & Tambah Follower 2013


posted by fiza saiza

No comments

Assalamualaikum..hello all,

Saya orang baru dalam dunia blogger ni, biasa la bila melihat dan membaca post bloggerII yang sedia ada seperti bertukarII pendapat, pandangan, kongsi bermacamII tips dan sebagainya membuatkan diri ini dan juga jari jemari ini rajin untuk menghasilkan blog untuk diri sendiri.

Pada awal bulan februari saya baru berjinakII dalam berblogging ini. Jadi, teringin jugak nak menambah followers seperti bloggerII lama dan memperluaskan kenalanII dalam blogging ini. hehehe.. 

Jadi, saya pun search di google dan terjumpa dengan SEGMEN : Kempen Jejak Blogger & Tambah Follower 2013. 



Melalui segmen ini dapat memberi peluang untuk bloggerII baru seperti saya untuk menambah kenalan dan dapat berkongsi lebih banyak ceritaII yang dipaparkan oleh tuan punya blog la..hehee

Jika mahu join jugak untuk tambah follower boleh singgah di page admin :
http://kakikerja.blogspot.com/2013/02/segmen-kempen-jejak-blogger-tambah.html

Oklah..trademark saya...Bab kata pepatah melayu 
"Tak kenal maka tak cinta" :)

Tag pejalan kaki & touch card


posted by fiza saiza

4 comments

Hello peeps...

Hari ini saya balik dari keje agak lewat.. pukul 8.30 malam baru saya keluar opis sebab menyiapkan kerjaII yang ada memandangkan esok jumaat takut tak sempat nak siapkan pula esoknya.

Sepanjang perjalanan pulang saya hanya mendengar radio hotfm melalui telefon buruk saya dengan fikiran yang agak kosong. Apa yang penting mahu selamat sampai dirumah.

Sampai je di lrt sentul timur saya terus ambil cab untuk pulang ke rumah. Sesampai je depan pintu guard saya terus membuka handbag dan mengambil tag untuk membuka pintu pejalan kaki kat guard. Nak harapkan guard kat situ tolong bukakkan pintu memang mereka tak kan bukakkan la.

Mungkinkah faktor keletihan atau blur atau fikiran yang terlalu kosong tanpa saya sedar saya telah amik touch card opis untuk disentuh di reader pejalan kaki. Tetiba lampu merah menyala menandakan kad gagal dibaca. Memang kompom la gagal dibaca habis touch card opis yang digunakan bukan tag untuk pejalan kaki.

Adoii..doi..doii..perbezaan pada touch card dan tag pejalan kaki sangat la berbeza. Ntah kenapa boleh jugak salah amik.heheee

Nak lihat perbezaan yang ketara antara 2 benda ini..lihat dibawah yea...





Malangnya masih boleh salah guna kad..memalukan diri sendiri sahaja.huhuu

Tidak mahu berprangsangka buruk


posted by fiza saiza

2 comments

Selamat Malam Semua....

Memalam buta macam ini baru terasa nak update blog pulak..hehehee

Saya ada story mory yang nak diceritakan pada 8 Mac 2013 lalu, jatuh pada hari jumaat bersempena Hari Wanita Sedunia.

Seperti hariII biasa saya pergi kerja saya akan menaiki star dari stesen sentul timur turun ke stesen masjid jamek. Apabila sampai di stesen masjid jamek saya akan tukar putra dan ambil aliran kelana jaya untuk turun di kl sentral kerana pejabat saya di Plaza sentral.

Tapi, story morynya di stesen masjid jamek. Ketika saya sedang beratur menunggu tren tiba. TibaII ada seorang hamba Allah ini berjalan dihadapan saya dengan lenguknya yang begitu lentik sekali...Dengan berpakaian fesyen yang terkini berbaju peplum berkain duyung labuh berserta tudung dikepala. Tengok dari belakang memang nampak sangat cantik bodynya kurus dan tinggi persis model. 

Akan tetapi bentuk mukanya nampak semacam sahaja. Lalu saya alihkan pandangan saya untuk tidak memikirkan yang bukanII. Ketika tren sampai saya pun terus masuk di ikuti hamba Allah tersebut dan dia berdiri bersebelahan dengan saya. Semua orang memerhatinya termasukla saya sendiri sebab saya rasakan ada sesuatu yang lain pada dirinya tapi tidak tau apa..


Ketika sampai di stesen pasar seni, handfonnya berbunyi lalu dia pick up the fon & berkata 'hello'...tetapi suaranya garau semacam. Saya masih tak mahu pikir bukanII dan hanya memikirkan mungkin dia mengalami sakit tekak sahaja. 

Dan hamba Allah tersebut masih on call dan chit chat di telefon, suraunya betulII garau semacam...namun saya masih tidak mahu berprangsangka buruk yang dia mempunyai HALKUM....Ohh!!!Tidakk!!

Mungkin juga dia nak turut serta dalam sambut hari wanita sedunia...hmmm

nota : Lelaki Menyerupai Perempuan dan Perempuan Menyerupai Lelaki dimaksudkan lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya ialah dalam bentuk pakaian, tingkah laku dan lainII hinggalah melakukan pembedahan untuk menukar sifat agar bertukar daripada bentuk kejadian asal atau menukar dan membuang manaII anggota agar ia bertukar menjadi perempuan dari jenis asalnya iaitu lelaki atau sebaliknya.




Bos!! Nak Bamboo Pen Tablets yang baru...


posted by fiza saiza

4 comments

Hai semua...

Wahh..wahh..wahh...demand lebih pulak saya ni yek..Nak minta bamboo wacom yang baru pulak..Tapi, itulah, almost 2 years saya guna pen tablets ni.. Sampai haus mata pen tuh dan macam da tak boleh nak digunakan lagi...

Ingat lagi masa mulaII masuk kerja kat sini pada bulan 5 tahun 2011. Bos saya kasi pen tablets ni dan minta saya belajar gunakannya untuk melukis. 1st time guna habis kacau bilau dibuatnya folderII saya..ada yang ter'remove' ada yang masuk ke folder lain..nak nagis rasa..yelah..tak pernah guna dan sangat janggal rasanya bile nak gunakan...

Inilah pen tablets yang saya gunakan dia tempat kerja..




Tapi, lama kelamaan saya jadi mahir menggunakannya. Sampai hariII saya gunakannya mengantikan mouse saya yang sebelum ini.. Bila sudah biasa guna pen tablet ini, mouse saya sudah saya tidak pedulikan lagi, sampai saya tak tahu kemana perginya tetikus saya..hehee.. dan kini saya berasa janggal pula menggunakan mouse..

Bila da gunakan terlalu lama..macam ni la jadinya..mata pen sudah haus. 
Jadi, nak kena bodek bos nih untuk dapatkan pen yang baru.. :)




 Bos!! boleh dapatkan yang baru tak??? heheee





Karikatur


posted by fiza saiza

No comments

Selamat Hari Isnin Semua...

Tinggal 2 bulan lebih sahaja lagi, sepupu saya eila akan melangsungkan perkahwinan dia dengan pasangannya bernama man. Dia telah meminta saya untuk mendesignkan kad jemputan perkahwinan, bunting serta tag terima kasih untuk majlisnya. 

Jadi, dengan hati yang terbuka, saya menolong eila designkannya. Terdapat beberapa design jugak yang saya buat dan bagi mereka pilih...Antaranya design yang saya hasilkan adalah karikatur daripada gambar mereka.

Memandangkan sekarang kad jemputan kawin lebih banyak kepada gambar vector dan karikatur...saya manghasilkan muka eila dan man agar menjadi gambar kartun.

Walaupun, saya ini tidakla sepandai dan tidak sehebat mana nak melukis...tapi, saya cuba juga melukisnya. dan mereka akhirnya pilih kad yang ada gambar karikatur mereka.


Dibawah adalah gambar mereka.






Dan ini hasilnya...karikatur mereka :)




Jadi, macam mana?? Ok ke x?? hehehee



Senangnya Memasak..Betul ke??


posted by fiza saiza

4 comments

As salam semua =)

Dihari cuti macam ni, MOOD nak memasak memang berkobarII. Walaupun, tak pandai sangat memasak...heheee

Sebenarnya memang agak senang memasak untuk diri sendiri DAN saya menjadi hebat memasak apabila ada sifu yang beri tunjuk ajar.. Nak tau siapa sifu saya?? Jenngg..jengg..jenggg....Inilahhhhh dia....


Buku resepi Senangnya Memasak oleh Chef Hanieliza :)
Cara menyediakan bahanII dan memasak dalam buku ini memang mudah...Semudah ABC...cewaaahhhhh...

MulaII saya menyediakan bahanII yang diperlukan, nanti senang nak campak je dalam kuali kan...


Selepas semua bahanII potong dan dibersihkan..Bermulalah adegan berkungfu didapur dan inilah hasilnya yang agak tak berapa sama dengan dalam buku resepi...huhuhuu..


Apepun...perut sudah lapar..makanan pun da siap untuk dihidang...
Jemput makan semua!! :D






Tidurla dengan lena....


posted by fiza saiza

3 comments

TIDUR. Bercakap tentang tidur, tidur ini merupakan satu keperluan dalam hidup kita. Dan bagi umat Islam, tidur juga dikira sebagai IBADAH.

Waah..bestnye jadi umat Islam ini. Tidur yang mungkin ada di kalangan kita menganggapnya remeh pun Islam anggap sebagai ibadah. Tidur pun dapat pahala? Memang Best!!!

Tapi, kadang-kala agak sukar jugak untuk saya melelapkan mata.
Lebih malang lagi jika keesokkan harinya adalah hari bekerja.
Hurmmm...pasti ke pejabat dengan muka yang letih dan tak cukup tidur.

Punca tidak boleh tidur daripada diri saya sendiri apabila disiasat iaitu :

  • Melayari internet : online & ketagihan bermain games online.
  • Membaca novel sampai tak sedar sudah lewat pagi (peminat novel).
  • Banyak sangat berfikir : memikirkan banyak perkaraII yang perlu difikirkan. 
  • Tengok tv sampai tak sedar hari dah lewat malam. 
  • Tidur dengan waktu yang tidak menentu.
  • Keadaan bilik yang terlalu gelap.
  • Bilik yang tidak berkemas dan bersepah.
Dan cara untuk saya mengatasinya untuk dapatkan tidur yang secukupnya :
  • Kurangkan melayari internet diwaktu malam.
  • Membaca buku yang membuatkan cepat mengantuk (selain buku novel).
  • Kosongkan fikiran sebelum tidur.
  • Menetapkan limit menonton TV pada hari bekerja sehingga 11malam sahaja.
  • Menetapkan waktu tidur sama setiap malam.
  • Memerlukan cahaya untuk dapatkan tidur yang lena.
  • Persekitaran bilik yang selesa dan nyaman.
  • Baca doa sebelum tidur.

Doa agar mudah tidur :


اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ

يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي


Maksudnya : Ya Allah , telah malap bintang-bintang , dan telah tenang mata-mata manusia , dan Engkau maha berkuasa , Wahai yang Maha Berkuasa , lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .

Sekian sahaja dari saya...Selamat berkongsi tips dari saya untuk andaII yang mengalami kesukaran untuk tidur.