Archive for February 2013

Otak di kepala lutut


posted by fiza saiza

2 comments

Hai..haii..haii semua...

Pada Minggu lepas, saya pulang ke kampung di Kuantan untuk menghadiri kursus kawin...pada hari sabtu dan ahad..hehehee..Adakah itu tandanya saya sudah mau melangkah kegerbang perkahwinan?? Oh!! Tidak!! belum lagi la kawanII...saya sendiri tak pasti bile masa itu akan tiba.. =)

TAPI, bukan itu yang nak diceritakan..Cerita sebenarnya...pada hari sabtu malam saya pergi tengok perlawanan bola Pahang lawan Kelantan di Stadium Kuantan..Saya pergi bersama fiq dan adik lelaki saya... Mak dan ayah saya pun pergi jugak,kami pergi berasingan..

Walaupun, saya bukan la peminat fanatik bola...tp, saya ikut jugak fiq pergi..jika tak bosan jugak tinggal dirumah sorangII...Sampai je di Stadium..ramai giler orang...nak masuk ke dalam stadium pun kena berhimpitII...Xsukanya saya!! 

Perlawanan pun bermula..sampai di masa kedua..ketika tu keputusan seri 2-2.
Tetapi...terdapat sebilangan manusiaII yang agak kurang ajar dan tak berotak..Ada penonton yang duduk di bahagian atas...buat acara baling membaling bekas air kebawah...Naseb saya dapat mengelak jugak mulaIInya..

Kemudian tanpa disedari ada pulak 'monyet' berupa manusia kot yang tersesat dalam stadium membaling air lada.. Habis baju dengan rambut saya terkena air lada tuh.. Lebih malang ada gurl yang duduk dihadapan saya..betulII kena atas muka dia air lada..sampai menangis gurl tuh..yalah, air lada termasuk kt dalam mata..mana xpedih...memang kurang ajar betul budak2 zaman sekarang ni. 
Jenis tangan jahat betul.. 

If saya ada kuasa terbang dan boleh detect sape punye angkara...saya akan terbang ke atas dan kasi penampor je kat pembaling tuh..Memang saya doakan siapa yang buat kerjaII macam tuh akan hidup tak aman selamanya!!!

Huh!! betulII menyakitkan hati!!....




Happy belated besday my lovely ousmate :)


posted by fiza saiza

No comments

Selamat petang semua..

Malam semalam dalam pukul 8.30 malam saya bersama cik erni & cik erna celebrate birthday cik lea yang comel genap berusia 26 tahun pada 12 Februari lalu dirumah saja...

Maaf yea lea..kami semua lambat wish..sebab masingII busy..
Apepun, kami belikan jugak Moist Chocolate cake utk cik lea kita...
Disini saya sertakan gambar kami.

Muka yang diconteng dengan kek itu la birthday girl..
U are getting old friend ..hehee

Berhati-hati dengan halangan di hadapan anda !


posted by fiza saiza

2 comments

Selamat Pagi semua...

Hari ini saya nak menceritakan kejadian yang berlaku lewat petang semalam..
Dalam pukul 6.40 petang..semalam saya kuar opis lewat sebab menyiapkan kerjaII yang melimpah ruah seperti lauk yang berlebih-lebihan...

Seperti hariII biasa saya akan naik putra kat kL sentral untuk pulang kerumah..tapi, semalam saya singgah di ATM cimb untuk memasukkan duit yang Xseberapa banyak...Selesai je semua proses memasukkan duit, saya terus berpusing dan meneruskan perjalanan dihadapan sambil menyimpan resit dan beg duit didalam handbag.

Tetiba bunyi BERDETUUUUUUMMMMM.... Apakah itu?? Aduiii kenapa kepala dan lutut saya berasa sakit??? Terasa binggung dan tingtOng sebentar... 
Yeaahhh!! Tersangat perfect!! saya terlanggar cermin kaca.. Ya Allah... malu yang teramat sangat apabila semua orang di situ memandang saya... Ada yang gelak...ada yang geleng kepala...Ape lagi..saya terus berjalan tanpa menoleh kebelakang lagi..malu yang xterhingga...Malangnya nasib... Sobb...sObbb...sObb...

Tapi, tergelak sendirian pulak..bile teringat kejadian tuh sepanjang perjalanan pulang kerumah semalam...HAHAHAHAAAA....Pagi tadi saya sempat men-snapkan gambar tempat kaca bertemu kepala saya semalam...hehehee...


 

Yee Sang untuk Low Sang


posted by fiza saiza

2 comments

Hai Kengkawan semua...

MulaII ingin mengucapkan syukur Alhamdullillah SEBAB tengahari tadi dapat angpow... =)


Thank you! Thank you! Thank you! BOS =)

Hari ini saya keluar lunch bersama bos n colleague kat Spring Garden Suria KLCC. Untuk makan yee sang..First time makan yee sang nih.. sebelum nih cuma tau hidangkan je yee sang..sebab pernah buat partime bahagian banquet di vistana hotel. 

Apepun..Memang sedap la..Ada 11 hidangan.. Makan..makan...makan...
sampai xlarat nak balik opis kerana kekenyangan..heheee

 Ni muka kekenyangan...huhuu



La La La Kerjalah


posted by fiza saiza

2 comments

As salam semua...

Pagi ini saya masuk kerja tersangatla awal.. Jam 8.45pagi saya sudah terpacak di depan opis. Time masuk opis sebenarnya pukul 9.30pagi..Baguskan?? Boleh dapat anugerah pekerja terbaik if hariII masuk kerja awal? hehehe...

Bile duk sorang2 kat opis...1st thing i do is...bukak facebook :)
Cuma tengok sekali imbas sahajalah dulu..semua notification belum dibuka lagi.. KERANA tujuan saya masuk opis mestilah untuk melaksanakan tugasII harian saya.

Bile bukak je email..Makk aihhhh..berderetII email masuk... Inilah upahnya selepas cuti sakan SEMINGGU... :'( mau patah jari jemari nih untutk siapkan kerja yang tertangguh selama seminggu.. 

So...La la la Hari hari kerja..
La la la Bosan dengan kerja
La la la Hidup harus kerja...kerja... 




Memancing....


posted by fiza saiza

4 comments

Kesabaran dan minat perlu ada untuk kaki pancing...Golongan ini sanggup menghabiskan masa mereka berjamII untuk memancing tidak kira di sungai, kolam, laut dan lainII tempat yang membolehkan mereka memancing. Kaki pancing yang tegar akan menjadikan ianya satu hobi untuk mereka dimana memancing sekadar sukaII. Apabila joran mereka berjaya memperolehi ikan, ikan tersebut akan dilepaskan semula. Ada juga yang menjadikan hasil pancingan mereka untuk juadah masakan dirumah...

Pada pukul 9.30 malam fiq mengajak saya menemaninya memancing di kolam kampung peramu, kuantan. Memandangkan saya sendiri tak tau nak buat apa di rumah, jadi saya pun bersetuju untuk mengikutinya.

Sampai di tempat memancing kolam tersebut, terdapat ramai jugak kaki pancing. Tidak kira tua dan muda..ada jugak yang membawa anak kecil yang berusia dalam 5 tahun untuk menemaninya memancing. Pada mulanya fiq hendak memancing selama 2 jam sahaja..2 jam pun sudah terlalu lama bagi saya sebagai penemannya..tetapi, kakak di kaunter tersebut cakap rugi jika amik 2 jam sahaja kerana 1 jam RM15, jika amik 3 jam terus RM30. Jika amik 2 jam harga sama RM30. Jadi, fiq pun amik selama 3 jam.

OMG!!! Terpaksa menemaninya selama 3 jam :(.. Dari pukul 9.40 malam sehingga la 12.40 malam masa tamat untuk kami memancing. TETAPI bagi peneman kaki pancing bagaimana pula yea??? Bosan!! Penat menunggu!! Tak sabar nak balik!! Boring!! Jalan kesana kemari!!.. yeaahhh..Inilah keadaan saya apabila menemani fiq memancing.





Akhirnya....hasil memancing, kami dapat juga seekor ikan siakap...besar jugakla..hehehee...

Salam Takziah


posted by fiza saiza

No comments


Adik Ahmad Adam Syukri yang telah lahir pada 04 Mac 2012 secara vacuum & telah mengalami BRAIN DAMAGED Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy) @ lebih dikenali sebagai kerosakan pada saraf otak..

Sewaktu kelahirannya adam keluar dlm keaadan flat & kekurangan oksigen. Scan MRI pada 9 Mac 2012 menunjukkan otak adam mengalami kerosakan yang amat teruk. Adam tidak pandai menelan air liur dan bergantung pada mesin oksigen kerana perlu sedut air liur dalam rongga hidung & mulutnya untuk terus hidup. 

Mata kanan adam mengalami injured, begitu juga dengan telinga sebelah kanan yang tidak dapat mendengar kerana kerosakan pada bahagian dalam telinganya. Doktor pakar otak mengesahkan adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal memang amat tipis. Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak adam sebagai kematian saraf otak....sumber daripada:Adik Ahmad Adam Syukri

Salam takziah kepada keluarga arwah adik adam..

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar.” 

(Surah al-Anfal, ayat 28).

Yeahhhh..cuti lagi.....


posted by fiza saiza

No comments


Dengan adanya jari jemari saya diatas papan kekunci ini untuk mengucapkan....




kepada semua kaum cina di seluruh dunia.

Tp, u'all jangan jeles yekk...kerana saya dapat cuti selama seminggu :) . Da, bos kasi cuti kan..ape lg..grab sahaja peluang itu....heheheee... Kepada semua clientII seperti MAS, NESTLE, PEMANDU, ENRICH dan seangkatan dengannya..tolong jangan ganggu saya sepanjang minggu depan yea..hehehee...saya mau menghabiskan masa dengan yang tersayang...

Saya orang baru...


posted by fiza saiza

No comments

Haii...haii..haii,

Urmmm....hurmmm...emmmm...mmmm..ok ok...

Ini entri pertama saya..jadi tak ada apaII yang nak dikongsikan. Cuma ingin mengucapkan salam perkenalan dari saya untuk andaII semua dia luar sana..

Harap andaII semua sudi singgah diblog saya kelak :)